»

01 May 2011

Ustaz Dajjal Rogol Ibu dan Anak Serentak




















Perangai macam ni memang patut dipanggil perangai celaka dan dajjal. Apa lagi jika ia dilakukan oleh seseorang yang dihormati oleh masyarakat, seorang yang dianggap sebagai ilmuan agama, seorang ustaz. Tak patut betul dia melakukannya begitu. Yang lebih tak patut, bukan saja si-ibu, si-anak gadisnya juga diperkosa serentak dengan si-ibu. Celaka punya "ustaz"!!!

Cerita ini berlaku di Jawa Barat, Indonesia. Seorang lelaki bernama DS, 47 tahun yang dikenali sebagai "ustaz"  dari Perum Mulya Mekar, Desa Mulya Mekar, Kec Babakan Cikao, Kab. Purwakarta telah mengajak seorang wanita dan anak gadisnya berubat di dalam dua bilik berbeza. Di dalam bilik itu kedua-dua mereka  disuruh melakukan solat taubat kerana dikatakan  memiliki banyak dosa. Sebelum melakukan solat taubat, "ustaz" itu memujuk kedua-dua mangsa untuk bertelanjang bulat di depannya. Dalam waktu hampir bersamaan, dukun cabul yang dipanggil ustaz itu berjaya menyetubuhi kedua-dua ibu berusia 42 tahun dan anak gadisnya 19 tahun hampir serentak. Kedua-dua ibu dan anak itu mendakwa mereka cuba melawan dan berteriak, tapi suara tidak keluar seperti dipukau.

Si-ibu selepas dirogol pulang ke rumah dan memberitahu peristiwa itu kepada suaminya.Suaminya yang berang kerana isteri dan anak gadisnya dirogol telah meminta bantuan orang-orang kampung untuk mengajar "ustaz" itu.  Setibanya mereka ke rumah "ustaz" @ dukun cabul itu, orang-orang kampung beramai-ramai  telah "mengerjakan"nya setengah mati sebelum di bawa ke balai polis. 

DS akan dibicarakan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 12 tahun kerana merogol.


(Garapan JR dari sumber: Ikada News Online)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....