Pemain bolasepak Mat Salih ni kata Liga Bolasepak Asia teruk dan bodoh!! Mengapa dia kata Liga Bolasepak Asia satu persaingan teruk dan bodoh?
Kalaulah JR jadi presiden AFC (Persatuan Bolasepak Asia), JR pasti akan beri amaran kepada Mat Salih ni jangan cuba-cuba nak hina orang Asia. Hanya kerana pasukannya tewas dengan kelab Indonesia, dia menghina keseluruhan bolasepak Asia? Kalau pasukannya menang? Kalau pasukannya menang tentu dia melompat sakan meraikan kemenangannya. Bila kalah, dia hina Asia.
Yang peliknya Mat Salih yang menghina Asia ni bermain dengan kelab South China, Hong Kong - sebuah kelab Asia. Kelab dari Asia itulah yang memberinya gaji, memberinya makan, tapi dia menghina Asia. Jahanam punya Mat Salih!!
Baca selanjutnya:
HONG KONG: Bekas penyerang Chelsea, Mateja Kezman yang kini beraksi dalam Liga Hong Kong mengkritik salah satu saingan utama Asia dengan mengatakan ia bodoh dan pertandingan paling teruk pernah disertainya.
Pemain berusia 32 tahun itu mengeluarkan kenyataan ‘pedas’ selepas pasukannya, China Selatan dengan bekas pemain antarabangsa England, Nicky Butt turut beraksi, tewas 2-4 kepada Persipura Jayapura dari Indonesia.
“Ini adalah saingan yang tidak adil kerana pasukan yang berentap di tempat sendiri mendapat kelebihan,” kata pemain Serbia itu yang pernah beraksi untuk Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain.“Hakikatnya, ini adalah kejohanan paling teruk dalam sejarah hidup saya,” katanya kepada akhbar South China Morning Post.
Masa depan Kezman bagaimanapun belum pasti kerana kontraknya bersama South China akan tamat bulan ini. Dia menambah, pasukannya terpaksa menempuh perjalanan 18 jam hanya untuk bermain pada waktu tengah hari di tengah cuaca panas.
“Saya cuba sedaya upaya bermain tapi amat sukar. Ini adalah perlawanan yang pelik dan bodoh,” katanya.
Kezman dan bekas pemain Manchester United, Butt, menandatangani perjanjian jangka pendek dengan kelab Hong Kong itu. Tapi Kezman mengatakan dia cenderung untuk kekal bersama pasukannya ketika ini.
“Saya belum lagi berbincang dengan pengurus pasukan tetapi saya amat gembira berada di Hong Kong." (Sumber: HM)
hehe die tensen sbb kelab dia kalah tu jr. tu pasal main kutuk kelab asia pula
ReplyDeleteFreaky: Dia main dgn kelab asia, tapi kutuk kelab Asia...bodoh punya mat salih!
ReplyDelete