»

06 May 2011

Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh Kita: Do It Yourself



Korang pernah dengar cerita manusia dirasuk jin? Korang pernah dengar tentang tubuh manusia ditumpangi 'saka'? Ia bukan perkara mustahil dalam diri kita bahwa ada jin yang tak kita sedari kehadirannya. JR sendiri pernah melihat banyak kali orang yang kerasukan jin...sangat menyeramkan!

Tengahahari tadi kebetulan ketika sedang bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, JR tertonton (tak sengaja tonton) siaran Wanita Hari Ini di TV3. Tetamu dalam siaran TV itu ialah seorang ustaz muda dengan topik mengenai gangguan 'saka'. Korang tau ke apa itu 'saka'? Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai dari waris terdahulu yang diwariskan kepada anak cucu pemiliknya. Saka sebenarnya adalah sejenis  jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya. Jin dalam ilmu saka ini membolehkan makhluk halus itu membekalkan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam.

Kebanyakan manusia pada awalnya tidak sedar dia memiliki ilmu saka kerana ibu bapa atau datuk neneknya tidak pernah memberitahu hal itu kepada mereka. Mereka ingat mereka cantik kerana ibu mereka cantik, rupanya mereka cantik kerana bantuan saka warisan ibu mereka yang menampakkan mereka cantik. Mereka ingat mereka kuat kerana bapa mereka kuat, rupanya ia adalah bantuan saka warisan bapa mereka. Mereka cuma menyedarinya pada  satu ketika apabila  sudah terlewat ketika saka itu mula mengganggu hidup mereka dan orang-orang yang mereka sayangi.

Lalu bagaimana cara untuk kita mengesan kewujudan saka dalam tubuh kita? Mengikut kata-kata ustaz yang JR tonton di TV tadi salah satu cara untuk mengesan kewujudan saka dalam tubuh kita ialah dengan membaca surah Al-Isra' ayat 70 sebanyak 100 kali. Jika kita dapat menghabiskan bacaan ayat itu dengan tenang tanpa merasai apa-apa, itu menandakan tiada saka di dalam tubuh kita. Tapi jika baru baca 30, 40 atau 50 kali ayat itu tapi sudah rasa mengantuk, itu bermakna ada sejumlah saka dalam tubuh kita. Tapi jika selepas membacanya beberapa kali terasa badan menggeletar kuat, itu bermakna wujud saka yang begitu kuat di dalam tubuh dan ia perlu dikeluarkan dengan segera bagi mengelakkan gangguan yang lebih teruk. Jika itu terjadi, temuilah ustaz bagi mengeluarkan saka secara ruqyah.

Firman Allah dalm surah Al-Isra' ayat 70: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (manusia). Dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut, dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

3 comments:

  1. takot juga kalau2 ada saka dalam badan ni.. x pernah terfikir pun benda macam ni

    ReplyDelete
  2. Freaky: Kdg2 kita cuma tahu sesuatu perkara ketika sudah terlewat...

    ReplyDelete
  3. Hеllо, і read your blog occasionally
    and i own а ѕimilaг onе аnԁ i wаѕ just
    wondering іf уou get a lot οf spam rеmaгks?

    If so how do you pгοtеct against it, аnу ρlugin оr
    anуthing you сan аdvise? I gеt so much lately
    it's driving me crazy so any assistance is very much appreciated.

    Here is my web blog ... simple wood projects

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....