»
Showing posts with label peluk. Show all posts
Showing posts with label peluk. Show all posts

02 August 2015

Menteri Promosi Peluk


Semenjak dua menjak beberapa hari ni, Menteri wanita ni selalu dikritik kerana kenyataan-kenyataan kontroversialnya. Tapi biarlah orang gelar dia sebagai 'pembodek', 'menteri krisis identiti' kerana imej rambut pendek cacaknya, JR tak pernah ambil pot, apa lagi tumpang sekaki mengkritiknya. Jika dia pembodek dan sedang hadapi masalah krisis identiti, itu dia punya pasallah. Itu caranya, ikut suka dialah..


Tapi bila dia cuba mempromosi adegan peluk dalam filem dan drama  Melayu, itu JR tak boleh terima. JR sendiri pun dah lama boikot drama Melayu di TV kerana adegan yang tak sesuai dengan diri JR dan keluarga yang beragama lslam ini.



Alasan 'ia cuma sekadar lakonan' bagi JR yang masih berfikiran waras ini tak boleh diterima. Kalau ada orang pergi peluk dan cium menteri wanita rambut cacak itu atas alasan ia cuma 'sekadar lakonan' bolehkah dia menerimanya? 

Dalam Islam lakonan bukanlah lesen untuk melakukan perkara-perkara yang tak dibenarkan dalam agama. Muhrim dan lakonan jika libatkan hukum ia tetap sama, orang yang ada latar belakang undang-undang seperti menteri itu tentu sangat memahaminya.

Betul kata Ustaz Kazim, kalau kita tak mampu jadi baik, janganlah halang orang lain jadi baik!