Malam tadi JR terbaca tajuk berita ini:
Berita selanjutnya:
Ada banyak kes sangat ke ketika isteri bersalin, suami pergi main golf? Kalau tak banyak kes tak kan sampai Datin Seri kita tu terbuka mulut untuk berkata begitu?
JR yang punya 6 anak (tak masuk 4 keguguran), maknanya isteri JR 10 kali bersalin sama ada matang atau pra-matang, tapi tak sekalipun dalam 10 kali bersalin itu pernah terlintas di hati ini untuk pergi main golf ke, hoki ke, tenis ke, bowling ke. Tempoh 7 hari pertama rasa macam tak cukup masa, mana nak urus isteri, nak urus baby baru, nak urus anak-anak lain yang perlukan perhatian, nak masak, basuh pakaian.... Jadual padat, sangat-sangat padat, sampai tak ada masa untuk pikirkan kayu golf, bola golf dan lubang golf!!!
Malah kalau terpikir tentang kayu golf, bola golf dan lubang golf pun buat apa... JR bukan saja tak reti main golf, malah benci dengan sukan golongan orang lemah fikiran itu!!
Malah kalau terpikir tentang kayu golf, bola golf dan lubang golf pun buat apa... JR bukan saja tak reti main golf, malah benci dengan sukan golongan orang lemah fikiran itu!!
Tapi JR pernah juga dengar ada suami nafsu iblis mata keranjang yang masa tempoh isteri berpantang, mereka pergi main kayu tiga. Tapi itu main kayu tiga, bukan main kayu golf. Main golf perlu ada kayu, bola dan lubang. Kalau tak ada 3 benda itu tak sahlah main golf.
Main kayu tiga pula JR tak pasti sama ada perlu kayu, bola atau lubang kerana JR sendiri belum pernah main kayu tiga!!





