»
Showing posts with label Qu Puteh haram. Show all posts
Showing posts with label Qu Puteh haram. Show all posts

23 January 2016

Tu La..Nak Sangat Pink!!!

Kan pak cik dah cakap jangan teruja sangat dengan sesuatu produk kecantikan! Tengoklah sekarang apa dah jadi, bukan baju kau saja jadi pink, dengan kulit-kulit kau sekali sekarang dah bertukar jadi pink. Mujur kau tak jalan merangkak, nanti silap-silap orang samakan kau dengan binatang haram berwarna pink tu, hahahaha..

 

Bercakap tentang pink, JR nak suarakan simpati kepada  pengeluar produk kecantikan Qu Puteh apabila kerajaan Malaysia dan Brunei kelmarin telah mengharamkan penjualan produk itu kerana didapati mengandungi merkuri yang tinggi yang membahayakan kesihatan pengguna termasuk keguguran rambut dalam tempoh 3 bulan dan kerosakan buah pinggang. 

Yang agak menghairankan JR ialah bila produk dari China yang berlambak di pasaran juga mengandungi merkuri langkah pengharaman lambat diambil. Tapi bila melibatkan produk Melayu nampak laju saja tindakan diambil, apa lagi di dalam keadaan produk itu tengah hot di pasaran sekarang. Seperti kata seorang rakan facebook solah-olah bila China nak rosakkan muka dan kesihatan Melayu, lambat tindakan diambil. Tapi bila Melayu nak rosakkan muka dan kesihatan Melayu, cepat saja tindakan diambil....