»
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

08 April 2015

Akibat Buta Jawi


Korang tau tulis dan baca tulisan jawi kan..? 

Kalau tak pandai jawi macam mana nak baca Quran dengan betul ye tak? JR bernasib baik kerana masa kat sekolah rendah dulu pagi ke sekolah rendah kerajaan, petang pula ke sekolah agama. Bukan nak angkat diri tapi kalau baca dan tulis Bahasa Melayu dalam ejaan jawi memang tak ada masalah hingga kini..

Kelmarin ketika melalui sebatang jalan di Alor Setar, JR terbaca ejaaan "Jalan Perak" yang ditulis dalam tulisan jawi begini:


Betul ke ejaannya begitu?

Apa yang JR tau kalau fa-ro-alif-fa bunyinya bukan perak tapi perap. Jadi bukan Jalan Perak tapi Jalan Perap, hehehehehe....

Ejaan yang betul untuk Perak sepatutnya begini:


Agaknya mereka yang kerja di Majlis Bandaraya Alor Setar tak mahir tulisan jawi atau buta jawi kot? Rosak bahasa aku....