»
Showing posts with label Najib vs Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Najib vs Mahathir. Show all posts

26 April 2015

Ayahanda..Tolong Maafkan Dia


Maafkan dia duhai ayahanda 
ketelanjurannya mungkin bukan atas faktor kesengajaan 
mungkin sesekali dia hilang ingatan 
mungkin dia dipengaruhi seseorang ketika buat keputusan 
mungkin itu benar-benar bukan salahnya
melakukan tanpa sedarnya. 

Jadi ayahanda tolong maafkan dia 
maafkan dia 
maafkan dia 
doakan akal warasnyanya kembali kuasai diri
doakan kesengsaraan kami berakhir di sini
doakan kerosakan itu tak berulang lagi

13 April 2015

Dr Mahathir Kena Tangkap?


Kata orang, jangan terlalu suka bercakap tentang 'jika'. Kerana semua perkara boleh jadi atas nama 'jika'. Kalau pakai andaian 'jika', lembu pun boleh terbang, ayam pun boleh berenang, anjing pun boleh panjat pokok. Semuanya kerana 'jika'.

Janganlah terlalu teruja meramal masa depan. Semua 'jika' hanya khayalan tanpa izin Tuhan...