»
Showing posts with label Mukhriz Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mukhriz Mahathir. Show all posts

03 February 2016

Jangan Pandang Rendah Orang Kelulusan Rendah


Jika anak kita tak cemerlang PT3
katakan padanya dengan PT3 pun boleh jadi orang kaya 
Lim Goh Tong tak pernah sekolah
tapi Genting Highland dia punya.

Jika SPM anak kita cuma cukup-cukup makan
katakan padanya SPM bukan penanda aras kejayaan
di tempat kerja cakap boss ikut saja
pandai puja dan puji ada rezeki boleh jadi menteri.

Katakan pada anak-anak kita
engkau tak perlu ada diploma dan ijazah untuk berjaya
jadi menteri tak perlu degree
yang penting ada kemahiran berkomunikasi
setakat habis Tingkatan Tiga pun tak apa.

Jangan pandang rendah orang berkelulusan rendah
pandanglah pada kuasa yang mereka ada.

Nota Kaki: Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru mulai hari ini menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.  Semoga Kedah akan terus aman damai di bawah teraju Datuk Seri.

Sedikit tentang biodata Menteri Besar Kedah yang baru:
Nama: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Tarikh lahir: 10 Oktober 1950 (66 tahun)
Kelulusan akademik: Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah St Michael, Alor Setar.
Kerjaya politik: ADUN Alor Merah (1995-2004), ADUN Bakar Bata (2004-sekarang), Exco Kerajaan Negeri Kedah (1999-2008), Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2013-kini).