»

16 January 2016

Realiti Kerja Seorang Jurutera


Hari ini, selepas 2 minggu kerja di syarikat perumahan di Pulau Pinang, barulah Faez, anak JR mendapat cuti. Begitulah realiti kerjanya - kerja 2 minggu baru dapat cuti 2 hari (Sabtu dan Ahad). Tak seperti kerja kerajaan, tiap-tiap minggu dapat cuti dua hari. Tapi apa nak buat sejak kecil cita-citanya nak jadi jurutera, jadi dia kenalah terima realiti kerjaya seorang jurutera. Syarikat mengejar target siap projek, jurutera tapak kenalah paham kehendak syarikat..

Sebelum kerja sebagai jurutera projek di Pulau Pinang, Faez kerja sebagai jurutera pengeluaran di sebuah syarikat pengeluar barang pasang siap di Johor Baru. Di situ tiap-tiap minggu mereka dapat cuti sehari (Ahad), hari Sabtu pula kena kerja 2 hari dalam sebulan.

Bila Faez sampai ke rumah kami di Alor Setar tengah malam tadi terkejut juga tengok kulitnya. Dulu kulitnya cerah, kini dah jadi gelap - sun burned. Maklumlah hari-hari berjemur di tengah matahari dari pukul 8 pagi hingga 7 malam dan kemudian sambung pula kerja sampai 10 malam baru kerja habis. Dulu masa praktikal di JKR dia kata sangat boring kerja di JKR, kerja pukul 8 pagi - 5 petang, kerja pula banyak goyang kaki. Sekarang di tempat barunya tak ada masa nak goyang kaki - keluar kerja bersama bulan (6.50 pagi dah keluar rumah), balik rumah bersama bintang (sampai rumah pukul 10.45 malam)..

Kadang-kadang nampak macam syarikat tempat Faez kerja seperti memeras tenaga pekerja, tapi sekarang susah nak dapat kerja walaupun dengan ijazah jurutera dengan pointer 3.8. Apa nak buat itulah realiti kerja seorang jurutera swasta:

- Waktu kerja pukul 8 pagi hingga 10 malam.
- Kerja 12  hari baru dapat cuti 2 hari.
- Public holiday - tak kira Thaipusam ke, Raya Cina ke, Deepavali ke, Maal Hijrah ke, kena kerja juga kerana syarikat tak cukup jurutera.
- Di tempat kerja dipenuhi CCTV bagi mengawasi semua pekerja agar kerja ikut jadual. Sesiapa yang nampak kurang buat kerja akan diberi amaran atau potong gaji.
- Setiap hujung minggu kena buat weekly report, kalau lambat hantar gaji dipotong hingga RM300 sebulan. Kalau 4 kali sebulan lewat hantar report, bayangkan jawapan kepada RM300x4!!
- Cuti tahunan cuma 10-16 hari setahun mengikut seniority. Tak seperti kerja kerajaan cuti tahunan antara 25-30 hari.

 
Dulu kulit cerah sekarang dah gelap macam crook filem Tamil, hahaha..


Dekat pukul 10 malam masih kerja..

Yang bagusnya tentang syarikat tempat Faez kerja ialah majikan menyediakan rumah percuma (termasuk api dan air) kepada pekerja yang memerlukan. Rumah yang disediakan sangat selesa, misalnya Faez dan jurutera lain yang tak ada rumah ditempatkan di kondominium RM1.3 juta yang mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Maklumlah kerja di syarikat perumahan bolehlah rumah dapat percuma...

Begitu juga bila kerja malam  mereka dibayar overtime dan elaun makan..

Setiap kekurangan ada kelebihannya...

8 comments:

  1. hakikat kerja di swasta memang macam ni. hatta seorang kerana cabuk pun,perlu buat OT sebab ada deadline.
    tak nak keje, boleh berenti, ramai lagi sedang menungu. itu contoh kata-kata yang buat sakit hati.
    Cuti tahunan saya baru 16 hari setelah hampir 7 tahun bekerja.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. tiap kekurangan ada kelebihan..
    Moga Faez kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian..

    ReplyDelete
  3. Sangat mencabar tu JR. Apapun JR gaji jurutera antara yg tertinggi kan. tak apa lah susah dahulu senang kemudian...tahniah anak dah kerja kan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...rezeki tu..dari satu sudut macam susah...tapi dari satu sudut lagi kalau buat ikut spek yang ditetapkan...pasti senang hati sepanjang kerja...

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang ni apa saja kerja, perlu pengorbanan dan cabaran... bukan senang nak senang...

    ReplyDelete
  6. company chinese ke?biasalah...tapi memang betul, kelebihannya diorang cukup jaga pekerja.kalau kita cakap nak berhenti, diorang akan kalut dan umpan kita supaya stay..ada pro n cons nya..good luck Faez!kerja, kerja jugak, diri kena jaga

    ReplyDelete
  7. Realiti yang menyebabkan saya bertukar profesion dari jurutera ke peniaga...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....