Kelmarin bermulalah penerbangan sulung Rayani Air, syarikat penerbangan pematuhan syariah yang pertama di Malaysia dari KLIA2 ke Langkawi dan KLIA2 ke Kota Bharu. Tentu yang menarik tentang Rayani Air ialah pematuhan mereka terhadap prinsip syariah walaupun pemilik syarikat penerbangan itu sepasang suami isteri bukan Islam..
Tahun depan Rayani Air akan mengembangkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak dan seterusnya China, Indonesia, Filipina, Asia Barat, India dan Australia.
Apa yang membezakan Rayani Air dengan Mas, Air Asia dan Malindo Air pastinya penerapan nilai-nilai syariah dalam penerbangan Rayani Air:
-> Semua kru wanita beragama Islam diwajibkan berhijab.
-> Tiada hidangan arak dihidangkan dalam Rayani Air
-> Sebelum memulakan penerbangan doa akan dibacakan.
Setakat ini cuma ada beberapa penerbangan di dunia yang mematuhi prinsip syariah seperti Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air.
Tahniah kepada pemilik Rayani Air, Mr Ravi Alagendrran dan isterinya Dato Karthiyani Govindan kerana berjaya menerapkan unsur syariah dalam penerbangannya. Mereka telah membuktikan untuk memahami Islam tak perlu menjadi orang Islam..
Jika perlu naik kapal terbang nanti, JR mesti akan letakkan Rayani Air sebagai keutamaan melebihi syarikat penerbangan lain. Sekurang-kurangnya dengan menaiki Rayani Air, mata tak sakit jika terlihat aurat kru wanitanya, tak perlu membayar tiket yang telah mengambil kira harga arak di dalamnya seperti tiket Mas dan hati damai bila bacaan doa dibaca sebelum penerbangan.
Seat hijau, uniform pramugari pun hijau..
Tak kisahlah siapa pemilik syarikat penerbangan itu, sama ada dia beragama Hindu seperti Rayani Air, Wahabi seperti Saudi Airlines atau Syiah seperti Iran Air, yang penting mereka menghormati Islam tak seperti Mas yang kononnya didokong oleh orang Islam Sunni tapi tidak menghormati Islam...
Maklumat lanjut mengenai Rayani Air:
Semalam lagi ada kawan dok bercerita pasal Rayani Air ni tapi takdelah pulak teringin nak google.. eemm.. menarik jugak.. boleh cuba lepas ni.. ;)
ReplyDeleteoo baru tahu owner dia orang india. ingatkan org islam.
ReplyDeleteSemoga pasangan ini mendapat hidayah dari Allah..
ReplyDeleteUntuk memeluk agama Islam..
Betul kata JR.. peluang kita utk bertukar..
betul tu yati..amin
ReplyDeleteBunda pun sependapat dengan Nur Hayati..
ReplyDelete'Patuh syariah' sebenarnya dah jadi satu 'industri' kat Malaysia.
ReplyDeleteMungkin sbb tu founder Rayani Air memilih konsep patuh syariah. Walaupun ia mungkin bermotif keuntungan bisnes/strategi penembusan pasaran industri penerbangan, tapi ia masih sesuatu yg baik dan patut disokong.
teringin gak nak try..camne servisnya.
menarik..Insha Allah nak try nanti, walaupun takdelah rasa nak terbang dalam masa terdekat..
ReplyDeleteJap lg nk fly ngn rayani
ReplyDeleteAlhamdulillah, kan elok sopan mcm ni. Nak naik kapal terbang pun rse tenang je hati, semua sopan2. Eventhough founder rayani air nonmuslim, tp why not utk support? keep on the good work. I support rayani air. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.
ReplyDelete>>>Tips Turun Berat Semulajadi!<<<
Tahniahlah sangattttt....
ReplyDeleteTahniahlah sangattttt....
ReplyDelete