»

06 December 2015

Sanggup Mati Demi Bola

Masa beli sarapan pagi dekat kedai makan Jalan Teluk Wanjah Alor Setar pagi tadi, ada orang beritau seorang penyokong bolasepak Kedah yang cedera kelmarin akibat terpijak ketika berpuluh ribu orang beratur untuk beli tiket bola sudah meninggal. Jika betul orang itu dah meninggal, alfatihah..
 
JR tak pasti sama ada berita itu benar atau tidak atau sengaja diperbesar-besarkan sebab setahu JR memang kelmarin ada seorang yang tercedera, lima orang lagi pengsan masa bersesak-sesak nak beli tiket.


 
Mau tak pengsan depa peminat bola sanggup beratur panjang sejak pukul 8.00 pagi depan stadium untuk beli tiket perlawanan Kedah-Felda United malam ini sedangkan kaunter cuma dibuka pada pukul 3.00 petang. Tujuh jam berdiri..bayangkan! Itu pun cuma 2 kaunter yang dibuka sedang yang beratur berpuluh ribu orang sejak pagi.



Kalau betul ada yang sampai mati, maknanya dia mati demi bola. Begitulah hebatnya bola ada yang sanggup mati demi bola. 

Di Kedah memang ramai orang gila bola. Sebab itu Stadium Darul Aman sentiasa penuh walau Kedah tahun ini cuma bermain dalam liga primier, liga kelas 2... Mengikut rekod FAM, stadium yang paling ramai penonton tahun ini ialah Stadium Darulaman Kedah, mengalahkan mana-mana stadium lain termasuk Stadium Shah Alam, Stadium Darul Makmur atau Stadium Larkin.

Malam ini Kedah akan menentang Felda United untuk peringkat separuh akhir di Stadium Darul Aman. Tengahari tadi pun JR dah nampak peminat bola dari seluruh pelusuk bumi Kedah sudah menyerbu Alor Setar bila terserempak dengan kereta yang membawa bendera hijau kuning dan dari percakapan mereka yang sedang pekena teh tarik di kedai makan.

JR nak tabik spring kepada seorang peminat bola dari Johor yang merupakan rakyat jati JDT kerana sanggup naik motor sejauh 600 kilometer dari Johor ke Alor Setar semata-mata nak beri sokongan moral kepada pasukan bolasepak Kedah. Begitulah gilanya bola, ada yang  sanggup berhujan dan berpanas  dengan motor sejauh beratus kilometer cuma nak tengok bola.



Kadang-kadang rasa malu juga JR dengan peminat bola dari JDT itu. Walaupun jarak rumah JR dengan Stadium Darul Aman cuma 4 kilometer tapi malam ini JR cuma akan berada di depan kaca TV. Tengok bola sambil kunyah kacang...

5 comments:

  1. Dapat menyaksikan bersama di dalam stadium adalah satu kepuasan.

    ReplyDelete
  2. hurrmmm ada dgr berita mlm tadi

    ReplyDelete
  3. rasanya yan tak sanggup nak berasak begitu...baik tengok kat rumah..dah habis game terus tdo...tak payah nak bersesak2 berjam jam

    ReplyDelete
  4. penangan bol ..bola itu bulat JR ..lilitan Bumi ,,World..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....