15 December 2015

PT3: Pelajar Semakin Cerdik Atau Dicerdikkan??


“Itu tak adil!” kata anak perempuan bongsu JR lepas keputusan peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) diumumkan kelmarin., “ Masa PT3 tahun lepas 80% ke atas baru dapat A, tahun ni 65% dah boleh dapat A. Tak adil..tak adil.."


Ye ke untuk peperiksaan PT3 tahun 2015, markah 65% dah dikira  A?  Betul ke Kementerian Pendidikan menurunkan gred markah PT3 tahun ini supaya lebih ramai pelajar dapat A kerana tak mau apa yang terjadi tahun lepas berulang? Tahun lepas (2014) bila diumumkan PT3, keputusan kebanyakan sekolah hancur kerana tak ramai yang dapat A dalam PT3. Malah banyak sekolah yang tak seorang pun pelajarnya dapat A. Dah la format peperiksaan berpuluh kali ganda susah dari PMR, guru dan pelajar juga cuma tau hala tuju sebenar PT3 2 bulan sebelum peperiksaan PT3 berlangsung. 

Itulah yang menyebabkan tahun lepas banyak sekolah yang Pengetua dan guru menangis bila melihat pelajar-pelajar pintar mereka menangis kerana tak dapat straight A. Sekolah anak perempuan JR belajar cuma 4 pelajar tahun lepas dapat straight A  PT3, berbanding 117 pelajar yang dapat straight A dalam PMR 2013. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, antara sekolah cemerlang Malaysia juga cuma seorang saja dapat straight A PT3 tahun lepas berbanding 137 dapat straight A pada 2013.


Tapi tahun ini keputusan berbeza. Sekolah anak JR belajar 30 pelajar dapat straight A, bukan lagi 4 pelajar seperti tahun lepas. SMK Aminuddin Baki, KL  tahun ini 25 orang dapat straight A dalam PT3, berbanding seorang saja tahun lepas.


Kata anak JR, kawan-kawannya mendapat maklumat dari guru mereka tahun ini dapat markah 65% dah boleh dapat A. Tahun lepas dapat markah 80% baru layak dapat A. Itu yang menyebabkan anak JR kata tak adil tu... Kalau dia ambik PT3 tahun ni katanya dia tentu dapat 10A dan bukan 9A 1B seperti tahun lepas.


Lepas solat maghrib di masjid malam kelmarin, ada satu grup masjid sedang bercakap mengenai PT3. JR tanya seorang cikgu sekolah menengah yang sedang berbincang itu - benarkah untuk PT3 tahun ini 65% dah boleh dapat A? 

Cikgu itu tak jawab secara terus terang tapi katanya Kementerian Pendidikan sentiasa mengubah gred markah peperiksaan setiap tahun bukan saja untuk PT3 tapi peperiksaan lain. Kadang-kadang mereka terpaksa menurunkan gred markah bagi menunjukkan “kejayaan” sesuatu peperiksaan, walaupun kejayaaan itu cuma “kejayaan syok sendiri”! Dia bagi contoh masa mula-mula Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris dulu, kerajaan terpaksa menurunkan gred markah peperiksaan untuk subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi menunjukkan kejayaan dasar PPMSI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris), walaupun pelajar yang cemerlang dalam subjek-subjek itu bukan cerdik sangat pun tapi mereka telah "dicerdikkan" oleh keputusan peperiksaan..


Kata JR kepada anak apa nak dirisaukan sangat tentang gred markah peperiksaan PT3 dinaikkan atau diturunkan? Kamu tumpukan kepada SPM yang akan berlangsung tahun depan kerana SPM dan bukan PT3  yang akan menentukan arah mana seseorang pelajar akan pergi. Dan kedua, yang paling penting,  mereka yang cemerlang dalam akademik belum tentu cemerlang dalam kehidupan duniawi dan akhirat…

6 comments:

  1. Assalamualaikum...mak bapa baru nak faham PMR...dah tukar PT3...nanti pas PT3..apa pula nyusul...

    ReplyDelete
  2. Kalau kita bagus, kita tetap akan bagus sekiranya kita berusaha mengekalkan kebagusan itu... :)

    Masih jauh langkah perlu dihayun...

    ReplyDelete
  3. Ikut selera Kementerian jer ye JR..
    Rasa takut kena bantai..
    Turunkan jer markah tu, untuk periuk nasi sendiri..
    Tak tahu dah apa matlamat PT3 ni..
    kalau grednya boleh di ubah sesuka hati..

    ReplyDelete
  4. x tau nak komen apa..yang kesian nyerkat budak2...jap suh belajar macam ni jap suh belajar gini plok..

    ReplyDelete
  5. Kesian pada anak2 yang menjadi mangsa 'kejayaan syok sendiri' itu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....