14 December 2015

Datuk Oh Datuk!!!

Ramainya Datuk di Malaysia ni kan?
Pergi joging pagi kelmarin dengar suara sapaan "Assalumualaikum Datuk!". Rupanya lelaki mamak berperut sedikit boroi di depan itu adalah Datuk.
 

Ketika habis solat maghrib di masjid malam tadi dengar bualan dua jemaah: "Lama tak nampak, Datuk sihat ka?". Datuk lagi!
 

Pergi market pula: "Banyak borong ikan Datuk!" kata seorang lelaki Melayu  kepada seorang lelaki Cina.
 

Di mana-mana pun ada Datuk! Di sana Datuk, di sini Datuk, di situ Datuk.

Bila masuk toilet supermarket lepas pergi market, dengar macam suara orang sedang meneran di bilik sebelah diikuti bunyi angin halus. Datuk ke yang sedang meneran dan membuang isi perut di bilik sebelah tu?

Betul kata Sultan Johor:


Sekarang Datuk bersepah di mana-mana. Sampai title Datuk dah macam tak ada nilai lagi, punyalah terlampau ramai Datuk. Pegawai kerajaan dan swasta, peniaga besar sampai peniaga pasar malam, imam, artis popular dan tak popular, ramai antaranya Datuk.


Agaknya kalau kita jumpa seorang Datuk dan kita cuma panggil namanya tanpa title Datuk apa reaksi mereka?


Teringat big boss JR masa kerja di satu agensi di KL dulu, nama rasminya Datuk H. Tapi dia enggan guna gelaran Datuk, malah dia marah bila dipanggil Datuk. Sebab tu kami cuma panggil dia 'Cik H' atau 'boss'...panggilan yang disenanginya. Kalau tandatangan  surat pun dia cuma tandatangan sebagai H**** D**, bukan Datuk H**** D**.


Kata PA kepada Datuk H, opppsss.. cik H, dia keberatan bila dipanggil ke istana untuk terima anugerah Datuk. Tapi akhirnya cik H pergi juga ke istana untuk terima bintang kerana kalau tak pergi takut pihak istana kecil hati.

Teringat seorang artis veteran (sekarang dah meninggal) yang bukan orang kaya tapi kerana banyak jasanya kepada dunia seni dapat gelaran Datuk. Kata Datuk itu betapa susah baginya menggalas gelaran Datuk kerana ramai orang ingat semua Datuk kaya. Dia bukan kaya, tinggal pun di flat kos rendah saja (flat Pekeliling). Kalau ada orang minta derma di flat tempat dia tinggal, penghuni lain selalu suruh peminta derma pergi minta kat Datuk. Padahal Datuk pun kais pagi makan pagi, bukan ada banyak duit selalu nak bagi derma, makan minum dia hanya bergantung kepada bantuan Seniman dan pejabat zakat..

9 comments:

  1. Asalam JR seronk pula membaca Oh datuk ni...tak apa lah JR pasti panjang umur jadi atuk boleh juga kan..hehe

    ReplyDelete
  2. tu la kan ... smlm kat GV pun byk nye datuk .... sombong plak tu .. tambah yg mengaku mkn Qu Puteh tu .... sabar je la .... org byr tu buat je la kerja tak pyh la nk pk kena bahan sgt pun .. mmg dibyr utk kena bahan pun .....

    ReplyDelete
  3. Cucu saya panggil saya tok ayah.

    kalau kat Perak, tok ayah ni bukan calang calang orang...

    ReplyDelete
  4. kalau dlm bisnes, mmg penting ada gelaran. Tapi kalau sekadar idup biasa2, jd susah jugakkan gelaran ni. Org ingat kaya.:)

    ReplyDelete
  5. Susah juga megang title datuk ni yek..
    Psssst...jom kita pakat kejar title ' taqwa' plak, sure terpandang di langit..

    ReplyDelete
  6. haah kan..sehingga jackie cahan n shah rukhkhan pun dapat DATUK

    ReplyDelete
  7. title datuk dah makin bersepah sekarang...

    kite pun datuk jugak tapi datuk fb je..hehehhee

    ReplyDelete
  8. ramai yg berebut nak pangkat di dunia ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....