»

25 December 2015

Israel Juga Haramkan Krismas


Hari ini hari Krismas. Walaupun orang Islam tidak menyambut Krismas tapi kita tidak menghalang penganut agama lain menyambut perayaan agama masing-masing.

Di beberapa negara luar, hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang menyambut Krismas. Di Brunei orang Islam yang menyambut Krismas akan dihukum maksimum 5 tahun penjara. Somalia sebuah negara Islam di Afrika juga 3 hari lepas mengikut langkah Brunei dengan mengharamkan sambutan Krismas. Malah di Somalia, perayaan tahun baru pada 1 Januari juga diharamkan.

Terbaru pihak berkuasa Israel juga berkemungkinan akan mengharamkan Krismas. Bukan saja setakat mahu haramkan Krismas, penganut Kristian juga diugut untuk dihalau keluar dari Israel kerana orang Kristian dianggap sebagai "pontianak penghisap darah":


Syukurlah di negara kita masih ada kebebasan beragama. Tapi kebebasan beragama juga ada hadnya. Perayaan agama berlebih-lebihan untuk menunjuk-nunjuk kebesaran sesuatu agama tidak begitu manis untuk sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia...

3 comments:

  1. Di sini rasanya Krismas disambut lebih meriah dari Hari Raya kalau dilihat pada hiasan di kompleks beli belah mahupun hotel-hotel ternama...

    ReplyDelete
  2. astagfirullah..maknanya tak ada makna lah kan JR..

    ReplyDelete
  3. yang patut menyambut tu biarkanlah...yang Islam nak berparti terlebih-lebih tu rasanya tak perlu.yang penting, rakyat Malaysia ambil kesempatan sale sempena Krismas.muahahaha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....