Korang tengok perkataan kat bawah ni:
"Cakaq depa sampai tomoih"
Korang paham ke makna ayat "cakaq depa sampai tomoih" tu?
Perkataan dalam dialek utara tu bermakna "cakar mereka sampai tersungkur".
Siapa yang mencakar, siapa mereka yang dicakar dan siapa yang tersungkur?
Sejak 2-3 lepas banyak bas, kereta, van, MPV dan motor dari Kedah menuju ke Shah Alam. Beratus bas, berpuluh ribu orang dari Kedah nak serbu Stadium Shah Alam malam ni untuk tengok final bolasepak Piala Malaysia yang mempertemukan Kedah dan Selangor. 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Kedah dah habis terjual tak sampai 2 jam Khamis lepas. Tu dia...ramainya orang gila bola, ramai yang gigit jari tak dapat beli tiket yang berharga RM40 itu!
Penyokong Kedah yang pergi ke Stadium Shah Alam sejak 2-3 hari lepas bawa macam-macam sepanduk sebagai tanda sokongan terhadap Kedah. Sepanduk tu tulis macam-macam, kadang-kadang nak gelak bila membacanya. Dan antara sepanduk yang dibawa macam foto di atas adalah "cakaq depa sampai tomoih"
Maknanya peminat Kedah harap pasukan lang merah (pasukan Kedah) dapat mencakar pasukan gergasi merah (Selangor) sampai tomoih (tersungkur). Tak kisahlah Selangor tertomoih dengan jaringan 1-0, 2-0, 2-1, 3-1...yang penting Selangor tertomoih kalah.
Tapi peminat Kedah kena paham, Selangor bermain di wilayahnya, di gelanggang keramat mereka sendiri. Mereka mempunyai pemain hebat dan berpengalaman dalam Liga Super dan mereka juga ada sejarah bolasepak tersendiri. Kalau silap strategi bukan Selangor yang akan tertomoih, tapi Kedah yang akan tertiarap. Dalam sukan bolasepak bukan kekuatan dan kemahiran pemain saja jadi ukuran kemenangan tapi juga strategi yang digunakan.
Apa pun kepada pasukan Kedah dan Selangor selamat berjuang!! Berjuanglah dengan penuh semangat kesukanan tanpa kekasaran dan penipuan. Peminat suka permainan bersih kerana padang bola bukan gelanggang tinju atau gelanggang gusti...
Nota Kaki: Malam ini JR cuma tonton bola depan TV di rumah sambil kunyah kacang goreng... JR harap Kedah menang walaupun tahu pasukan yang ditentang bukan calang-calang pasukan...
saya rasa Selangoq menang...tapi tipis jelah.This is Shah Alam yawww!
ReplyDeleteingat nak gi stadium jugak, tapi sebab lece skt shah alam tu, so tengok kat umah jelah sambil makan biskut cecah kopi
Haha ni kalau cakap depan2 dengan loghat kedah , alamat nye jmemang tak tahu sampai ke sudah ! . Haha - Syamsid Blog -
ReplyDeletemoga pengadil tak berat sebelah
ReplyDeletehuuu! penangan bola JR..bola itu bulat. Pastilah menang ke arah tempat tuan rumah kan..diorang bagi sokongan ...
ReplyDelete