Sebelum Krismas baru-baru ni JR bawa anak perempuan bongsu, Sha untuk beli barang-barang kelengkapan sekolahnya. Beli baju kurung, kain, stokin dan kasut serba sepasang, 3 helai tudung dan beg sekolah kosnya dah mencecah RM500. Hari kedua pergi beli alat tulis pula. Duit lagi!
Tahun depan (2016) cuma seorang anak JR yang masih bersekolah. Nasib baik anak-anak dah besar, 2 sudah kerja, 2 sedang menuntut di IPTA, seorang sedang tunggu result STPM. Cuma Sha yang masih bersekolah di Tingkatan 5 tahun depan.
Masa semua anak-anak masih bersekolah dulu kesengsaraan yang sama berulang setiap tahun. Masa itu kos pakaian baru dan kelengkapan sekolah baru tak semahal sekarang. Kalau dengan keadaan harga sekarang mau RM3,000 lebih juga rasanya terbang untuk 6 orang budak sekolah seperti JR ini.
Semua orang yang anak-anak sedang bersekolah sedang merasai kesengsaraannya. Memang ada yang beringat, menabung sejak awal tahun untuk beli kelengakapan sekolah di akhir tahun. Tapi dengan harga barang yang mencanak naik seperti sekarang berapa banyak sangat boleh ditabung? Maka akhirnya di hujung tahun air mata akan keluar juga menghadapi kesusahan ini:
Di dalam hati berdoa semoga mereka yang berkuasa di atas itu memahami rintihan dan kesengsaraan orang-orang kecil seperti kita. Tahun depan bila tambang bas sekolah naik, tol naik, LRT naik, harga barang juga semua naik dan naik, bila agaknya kesudahan hikayat orang-orang sengsara ini akan berakhir?
Betul tu JR..
ReplyDeleteSemoga pemimpin atasan tu memahami masalah rakyat bawahan..
Jika ibu bapa yg dah tak mampu.. mahu nanti ada anak2 tak bersekolah.. kembali ke zaman 70an.. terdapat yg buta huruf sedang negera menuju negara maju... :(
Saya pun anak tinggal 2 je masih sekolah ,3 di IPT,mujorlah anak faham beli yang perlu diganti saja ,yg penting buku tu pasti.
ReplyDeleteItu harga zaman sekarang. Zaman anak-anak saya sekolah pulak nanti tak tau la cemana. Ni pun lagi setahun dua nak hantar sekolah tadika, yuran tadika pun dah macam nak masuk universiti.
ReplyDeleteChe Mid tinggal ada seorang anak tadika. Yuran lengkap dengan pakaian sekolah RM600. Itu baru sekolah tadika... Allahuakbar..
ReplyDeletebaru 1 JR kat sini 5 ..bayangkan saja ya...tak apa tanggungjawab
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Saya pejam mata je belikan keperluan sekolah anak2, kalau terlampau memikirkan harga, tak terbeli rasanya.
ReplyDeleteBaru-baru ini Aina pergi beli baju utk anak perempuan kain-2, baju-2, tudung-2, kasut 1 utk anak lelaki seluar-2, baju-2, singlet-3 jumlah keseluruhan Rm360 jenama falcon dan kainnya agak berkualiti, jahitan dan cara potongan pu kemas.
ReplyDeletekelengkapan sekolah bganda naik harga tahun ni..mujur ada kedai rm2
ReplyDelete