»

16 November 2015

Panggilan Misteri


Petang kelmarin JR terima panggilan dari seseorang:

"Abang J ka ni?" bunyi suara seorang lelaki di hujung talian.

"Ya.. J..sapa bercakap tu?" tanya JR.

"Kawan lama pun tak kenai ka? Rizuan bercakap ni..."

Rizuan mana pulak?

Walaupun JR kata padanya tak ada kawan rapat bernama Rizuan tapi Rizuan dengan gaya sangat ramah memaksa JR mengingati namanya, "Tak kan tak ingat Rizuan kot...." ulangnya beberapa kali.

Akhirnya lepas beberapa lama barulah JR ingat pernah ada kawan sekerja bernama Rizuan masa kerja di Pulau Pinang lebih 20 tahun dulu.

"Ni Rizuan yang asal orang Baling tu ka?"

"Haa..Rizuan Baling tu la.. macam mana abang J boleh lupa saya pula?"

Tapi pasal apa dia panggil aku 'abang' pula? bisik hati JR. Sedang Rizuan lebih tua sikit dari JR, dulu kalau bercakap kami selalu guna bahasa 'hang' 'aku' saja..

Selepas beberapa minit bercakap Rizuan kata dia bercakap dari hospital Sungai Petani. Katanya ayahnya sedang berada di hospital, mangsa langgar lari. 

Kata Rizuan dia ada 'masalah besar' di hospital sekarang yang JR saja boleh membantunya..

Rizuan minta JR telefon dia balik sebab kreditnya dah nak habis.
"Telefon balik..sangat mustahak!"

Tapi tiba-tiba naluri JR rasa macam ada sesuatu  yang tak kena dengan 'Rizuan'.

"Nanti aku telefon balik hang Rezuan noo...eh, nama hang Rizuan bin apa..dah tak ingat nama ayah hang" kata JR.

"Rizuan..Rizuan bin lshak" jawabnya.

"Jadi la ni kita bercakap dengan salah orang la ni.. kawan dari Baling tu nama dia Rizuan Hussein, bukan Rizuan Ishak"

"Haa..Rizuan Hussein la ni..adooii, macam mana boleh tersilap cakap kata  Rizuan Ishak pula tadi!" kata 'Rizuan' tergelak kecil.

Tak kan nama ayah sendiri boleh terlupa? Pelik!

Dialog meragukan seterusnya:

JR: Rizuan dulu kerja mana?
 
Rizuan: Aaa.. kerja JKR, kan abang J buat lupa pula?
 
JR: JKR tempat mana Rizuan?

Rizuan: JKR Alor Setar.. aiii.. macam mana abang boleh boleh buat-buat lupa tempat kita kerja dulu ni?
 
JR: Tapi saya tak pernah kerja JKR, tak ada kawan di JKR Alor Setar pun..
 
JR: Eh..saya kenai Rizuan ka ni.. atau tersilap nombor tak?

Rizuan  terus letak telefon.

JR tak heran jika terima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Ia bukan pertama kali kes tersilap nombor.
Cuma yang menghairankan JR, macam mana walau tersilap nombor tapi nama JR dia tak silap? Kalau tanya syarikat telko mereka bagitau ke nama pemilik sesuatu nombor telefon?

8 comments:

  1. Bahaya zaman sekarang ni kan JR..
    Ada yg akan ambil kesempatan pada kita..
    Nasib baik JR pandai guna soalan yg memerangkap diri si "Rizuan" tu..
    Kalau tak mesti dia nak minta tolong kewangan sebab kononnya ayahnya sakit kena langgar tu..
    Itu pun boleh kes tipu kan JR..

    ReplyDelete
  2. yan kalau no tak.dikenali memang yan tak angkat..sebab tak suka perkara macam ni

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, tu tektik nak menipu...nak scam...
    Tahniah sebab JR siasat dengan detail.

    Hahaha.

    ReplyDelete
  4. 1st time dengar taktik ni. bahaya no...

    ReplyDelete
  5. Macam2 sekarang ni orang nak menipu...nak duit dgn senang...last2 menipu sana sini...

    ReplyDelete
  6. Dia dah call kami dari senarai nama dlm group wasap.. guna nama wan juga..
    Tapi kata mak dia kena langgar lari..
    Ramai yg dah terbank-in kat dia..

    Nk cari sampai dapat tuan nombor 0174606781.

    Setan sungguh..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....