Semua orang tau, banyak makanan yang sedap ada campuran kulit kayu manis. Kari daging, kari ayam, anika sup, kalau tak masuk kulit kayu manis tak sempurnalah masakan.
Selain sebagai penyedap makanan, kulit kayu manis juga dipercayai dapat mengurangkan paras gula dalam darah.
Tapi kulit kayu manis sendiri terbahagi 2 - pertama kuit kayu manis yang baik untuk kesihatan, kedua kulit kayu manis yang membahayakan kesihatan.
Berita buruk untuk rakyat Malaysia ialah kebanyakan kulit kayu manis yang ada di pasaran negara ini jenis kedua yang tak baik untuk kesihatan.
Berita buruk untuk JR ialah baru semalam JR tau kulit kayu manis yang selama ini ada di dapur rumah mungkin jenis yang tak baik untuk kesihatan. Malangnya!!
Semalam JR baca artikel dalam Sinar Harian "Kayu Manis Cassia Punca Ketoksikan Hati..." yang ditulis oleh Herbalis Bahrain Samah, seorang herbalis profesional:
Panjang tulisan Herbalis Samah, semuka penuh, kalau korang nak baca lihat di sini.
Tapi tak apa, JR saja nak tolong korang yang malas tak sempat baca. Ini summary artikel yang ditulis oleh Herbalis Bahrain:
~ Kulit Kayu manis yg dijual di pasaran terbahagi kepada dua jenis iaitu:
-Kayu manis Ceylon atau cinnamomum verum, dan
-Kayu manis cassia
~ Kulit kayu manis Ceylon banyak terdapat di Sri Lanka, Seychelles dan Magacascar. Cassia pula banyak diperolehi dari hutan Indonesia, Vietnam dan China.
~ Kulit kayu manis Ceylon baik untuk kesihatan kerana di dalamnya mempunyai kandungan coumarin yang tersangat rendah. Cassia pula sebaliknya mempunyai kendungan coumarin yang tinggi. Kandungan coumarin yang tinggi boleh merosakkan hati mereka yang memakannya.
~ Di US kayu manis Ceylon dipanggil kayu manis betul, kayu manis cassia seperti yang dijual di kebanyakan kedai di Malaysia pula dipanggil kayu manis palsu.
~ Kedua-dua kulit kayu manis Ceylon dan cassia mempunyai bentuk yang lebih kurang sama tapi berbeza dari segi ketebalan dan gulungan:
- Permukaan kayu manis Ceylon licin, cassia pula kasar
- Kayu manis Ceylon nipis dan rapuh, cassia pula tebal dan keras
- Kayu manis Ceylon bewarna coklat muda atau kekuningan, cassia pula beerwarna coklat tua kemerahan
- Kayu manis Ceylon bergulung penuh dan tiada lubang di tengah (lebih kurang macam kuih ketayap kot), cassia pula tidak bergulung penuh dan ada lubang di tengah.
- Kayu manis Ceylon beraroma lembut dan lebih manis. Cassia pula beraroma kuat, manis dan sedikit kelat
- Tukang masak lebih menggemari kayu manis cassia kerana aromanya yang kuat menjadikan hidangan lebih lazat dan menyelerakan.
~ Kajian sains yang dijalankan menunjukkan kayu manis Ceylon mempunyai kadar coumarin yang tersangat rendah berbanding cassia yang mempunyai paras coumarin yang tinggi. Kajian yang diterbitkan dalam Scientific World Journal pada 2012 berdasarkan beberapa sempel kayu manis menyebut kayu manis cassia mengandungi paras coumarin 2,650-7,017 mg per kg bebanding Ceylon yang bebas coumarin.
~ Dos coumarin yang terlalu tinggi antara 50-7,000 mg per hari boleh menyebabkan ketoksikan hati dan jika diamalkan boleh merosakkan hati.
Kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan berhati-hati dengan pengambilan kulit kayu manis cassia....
(sumber: google)
Tu lah JR dah byk pula makan yg kayu manis Cassia yg byk dijual dipasar kita kan..
ReplyDeleteSelepas ni kena berhati2 utk membeli kayu manis ni..
laaaaaa seb baik jarang guna tp tatau la klu kat restoren byk guna ....
ReplyDelete:-(( tak pernah jumpa yang jenis ceylon..
ReplyDeletetq jr info
Dkt rumah siap ada sebatang panjang beli dari Sabah.. dah boleh buat tongkat rasanya..
ReplyDeleteHadoiiii..
ReplyDeleteTQ for the info JR...
Kita boleh elak,jika makan masak sendiri..
Tapi, kalau makan kat luar?
Bertuah la peniaga nak beli kayu manis Ceylon !
Saya tak pernah lagi jumpa kayu manis Ceylon...
ReplyDeleteMungkin kita boleh mula menanam jenis ini jika bersesuaian dengan iklim kita.
terimakasih informasinya ya
ReplyDeletekondom sambung
obat hernia
celana hernia
obat peninggi badan
magic tissue
vmen plus
vigrx plus
boneka full body
obat pembesar payudara
pro extender
obat penumbuh rambut
obat penyubur sperma
obat penggemuk badan
obat penghilang bekas luka
pemutih wajah tensung
obat ambien
obat kuat cialis
vakum pembesar payudara
vibrator capsule
capsul penggeli
obat pembesar alat vital
TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT KAYU MANIS. MAKLUMAT YANG BERGUNA UNTUK SURI RUMAH.
ReplyDeleteADAKAN MAKLUMAT UNTUK REMPAH REMPAH YANG LAIN PULA.
ReplyDelete