»

30 November 2015

Akulah Suami Duka Lara Itu..


"Guru duka lara?".

Haha..pandai juga pak menteri cipta istilah baru. Tapi sedap juga istilah baru "guru duka lara" yang dicipta oleh pak menteri kita itu walaupun membawa maksud yang tak sedap.


Kata pak menteri "guru duka lara" bermaksud guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing kerana lokasi tempat kerja mereka berbeza.

Kalau itulah maksudnya, bukan guru saja yang "berduka lara", golongan lain juga pernah atau sedang hadapi masalah duka lara yang sama. Tentera, polis, pegawai kerajaan lain, anggota badan swasta, ramai yang pernah "berduka lara" kerana demi tugas suami dan isteri terpaksa tinggal di tempat yang berbeza. Anak-anak pula bertaburan, ada kes anak-anak tinggal dengan isteri, ada pula anak-anak tinggal dengan suami, ada kes anak-anak berpecah dua - separuh tinggal dengan isteri, separuh lagi tinggal dengan suami. Kesian....

Dulu kisah suami isteri tinggal di tempat berbeza digelar "perkahwinan jarak jauh" atau  "suami isteri hujung minggu" kerana biasanya mereka cuma berjumpa pada setiap cuti hujung minggu.

JR sendiri pernah mengalami jiwa duka lara ini sejak lepas kahwin hinggalah  kami mempunyai 6 orang anak. Lepas saja kahwin isteri yang baru keluar kolej pergigian ditempatkan di Bentong, Pahang. JR pula ketika itu bertugas di Pulau Pinang.

Lepas itu bermulalah rentetan kisah duka lara perkahwinan kami yang maha panjang ini:

~ JR di Pulau Pinang, isteri di Bentong
~ JR di KL, isteri di Bentong.
~ JR di KL, isteri di Alor Setar
~ JR di Taiping Perak, isteri di Alor Setar
~ JR di Alor Setar, isteri di Pulau Pinang
~ JR di Alor Setar, isteri di Langkawi.

Tapi selepas dicampur-campur semuanya lebih kurang 9 tahun kami tak tinggal sebumbung, akhirnya episod suami isteri duka lara ini selesai juga. Sekarang sudah 8 tahun lebih kami tinggal sebumbung semula, alhamdulillah..

Berdasarkan pengalaman JR sendiri, suami isteri yang tak tinggal sebumbung lebih banyak buruk dari baiknya. Ada yang kerana selalu berjauhan dan kesepian terpalit dengan cinta tiga segi walau anak dah berderet. Mujur JR jenis suami setia, hahahaha..

Kesan psikologi lain tak usah cakaplah. Prestasi kerja merudum, selalu cuti kecemasan, kurang beri tumpuan di tempat kerja dan kadang-kadang sanggup bertindak di luar jangkaan. Sepi..sungguh sepi bila tinggal berseorangan dalam bilik..malam cuma merenung siling, bercakap dengan cicak di siling adalah perkara biasa. Bagi yang suka menulis seperti JR entah berapa ratus sajak tercipta dalam tempoh itu. Semuanya bertemakan kerinduan kepada keluarga.

Yang bagusnya cuma satu bila suami isteri tak tinggal bersama - bila berjumpa hujung minggu, masing-masing suami isteri sangat menghargai masa terhad yang ada itu yang akan digunakan dengan aktiviti berkualiti sebaiki mungkin. Kalau pasangan yang suka bertengkar mereka akan cuba mengalah sebanyak mungkin kerana tak mau masa terhad itu digunakan untuk pertengkaran yang sia-sia.

Dan bagi JR, dalam dok sibuk-sibuk berjauhan itu sempat juga isteri beranak  sebanyak 6 orang (tak masuk 4 keguguran). Mungkin kerana masa yang terhad itu digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti berkualiti maka dalam berduka lara lahirlah anak berderet-deret, hahaha....

14 comments:

  1. Perenggan yang bawah tu...hihihi...memang betul2 gunakan masa yang ada..

    ReplyDelete
  2. Kalau yan..memang tak sanggup berpisah sebab kerja...bengong yan nanti

    ReplyDelete
  3. Ada yang sampai 'terpaksa' bercerai berai gara-gara sentiasa berjauhan...

    ReplyDelete
  4. Macamanalah tu JR..harap diberi kelonggaran kan yang berjauhan..

    ReplyDelete
  5. Haahahaha yg last tu tatahan ... kuikui

    penah baca satu luahan hati suami kpd guru wanita ... yg marah kan kpm kerana isteri die dok jauh ,..last terpaksa bercerai ... salahkan kpm sbb tu kot yb MP kaji semula ni

    ReplyDelete
  6. rasanya, dulu pun ada dengar janji yang sama dari menteri yang mungkin tak sama....

    ReplyDelete
  7. asa KL bentong tu okay la jugak. Sebab dekat je. Tapi mmg salute la JR dan isteri. Sbb kuat semangat. Wife JR mestilah kuat semangat sebab dia nurse kan? Saya ni nak kena pergi kursu 3 hari pun dah jiwa kacau sbb kena tinggalkan anak dan suami. Terganggu fikiran.

    ReplyDelete
  8. Pernah juga hidup berjauhan...walaupun tak lama.....sebab suami seorang angkatan tentera masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kini dah berpisah untuk selamanya...

      Delete
    2. Kini dah berpisah untuk selamanya...

      Delete
  9. Lama betul JR berduka lara..
    9 tahun..
    Dalam pada tu aktiviti dlm masa terhad pun dapat 6 ye..
    Kalau campur dgn 9 tahun duka lara tu mahu jadi 12 org kan.. eha

    ReplyDelete
  10. Melihat kepada senarai " duka lara" JR tu, itu mmg betul2 perlukan ketabahan....hahahaha...saya yang baru dalam tahun ni kadangkala berjauhan dgn isteri ( bukan lama pun, 2-3 hari je) pun rasa dukalara! hahaha

    ReplyDelete
  11. bila dok jauh2 ni kos pun bertambah..kereta kena ada 2, rumah pun bayar untuk dua..nak jumpa pun kos lagi..kan??

    ReplyDelete
  12. org bujang pun setiap malam renung syiling dan bercakap dgn kucing ... nasib baik ada blog ... heheheee

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....