»

01 October 2015

Aman Central


Ketika melalui pusat bandar Alor Setar pagi tadi, JR memandu ikut jalan susur Aman Central.

Aman Central adalah shopping complex terbesar di Kedah yang baru dibuka pagi tadi.

Ketika melalui jalan depan Aman Central, JR nampak banyak kereta beratur nak masuk. Orang keluar masuk ke Aman Central juga ramai. Maklumlah hari ini hari pembukaan. Selalunya hari pertama memang banyak tawaran hebat untuk pembeli. Sebab itu hari pertama pembukaan sesuatu shopping complex orang akan jadi terlebih ramai...


JR sendiri tak tau bila nak jejakkan kaki ke Aman Central walau jaraknya dengan rumah cuma kira-kira 4 km. Mungkin JR orang terakhir dalam rumah kami ke sana..itulah kebiasaannya!

Bila pandang shopping complex setinggi 8 tingkat itu, teringat aruah Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan sebuah shopping complex terbesar dan termoden di Alor Setar semasa PR memerintah Kedah. Di dalam Aman Central juga disediakan sebuah surau besar untuk kemudahan pengunjung hasil idea aruah ustaz Azizan.

Bukan mudah nak bangunkan Aman Central kerana pembinaannya ditentang hebat oleh sebuah parti politik Melayu yang disokong oleh NGO ultra-Melayu seperti Perkasa dan Pekida. Demo demi demo mereka buat untuk menggagalkan pembinaannya hingga satu peringkat Sultan Kedah sendiri terpaksa campur tangan.

Apa pun hari ini Aman Central berdiri dengan megah di tengah pusat bandar Alor Setar.

Jika ustaz Azizan masih hidup dan PR masih berkuasa di Kedah mungkin aruah sendiri yang akan dijemput merasmikan bangunan itu hari ini. Tapi ustaz Azizan telah pergi terlebih dahulu ketika bangunan itu baru di peringkat pra-pembinaan.

Semoga aruah Ustaz Azizan damai di sana bersama Yang Esa...

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. terlaksana juga impian aruah ustaz azizan tu JR..
    Tengok2 org yg membangkang pembinaan nya dulu..
    Hari2 gi shoping kat situ nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan komen kak Nur Hayati.. ;)

      Delete
  2. menarik ...mungkin blk kedai ni boleh pi .....

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah buat Ustaz Azizan....
    Kenapa /apa isu nya mereka tentang pembinaannya?adakah semata mata kerana perbezaan politik?

    ReplyDelete
  4. Pihak yg membantah pembinaan Aman Central tak setuju kerana sebahagian kecil tapak tanahnya terletak atas sebuah surau lama. Walaupun surau itu tak digunakan lagi dan cuma menjadi pejabat sebuah syarikat insuran dan pihak Jabatan Mufti Kedah juga bersetuju ia dirobohkan tapi fahaman politik yg berbeza menyebabkan isu ini berpanjangan selama beberapa tahun...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....