»

29 September 2015

Nasib Malang Jejaka Bersaiz S


Dulu JR sangka cuma mereka yang bersaiz XL, XXL hingga XXXXXXXL yang hadapi masalah untuk dapatkan pakaian yang sesuai untuk mereka. Mungkin JR terlalu percaya dengan dongeng dibaca yang selalu kata mereka yang bersaiz L, M, S dan XS tak hadapi masalah besar untuk dapatkan pakaian idaman.

Tapi pengalaman mencari pakaian anak bersaiz S sejak 2-3 hari ini mengubah persepsi JR. Nak dapatkan saiz S pun susah juga untuk kes-kes tertentu!!

Pada hari raya puasa lepas anak lelaki keempat JR yang usianya dah masuk 20 tahun merungut susah nak dapatkan jeans slim fit bersaiz 25/26 warna peach terang. Warna biru dan hitam banyaklah katanya..Susah juga rupanya bila berpinggang macam kerengga!!

2-3 hari ini pula Faez, anak nombor dua JR  yang mencari baju kemeja lengan panjang putih untuk majlis konvonya di UTHM pada awal minggu depan merungut benda yang sama - susah nak dapatkan baju kemeja slim fit putih bersaiz S untuk dipakainya pada hari itu.

2 hari berturut-turut (hari Ahad dan Isnin) JR mengikutnya untuk cari kemeja lengan panjang putih bersaiz S.  Hari pertama menjelajah 4 supermarket, hari kedua juga empat supermarket tapi masih tak berhasil. 

Faez dan Sha (anak bongsu) - kedua-duanya memakai baju saiz S dan kadang-kadang XS..

Rasa pelik pula mengapa baju kemeja lengan panjang putih yang banyak dijual cuma bersaiz L dan XL. Kemeja lengan panjang bersaiz M juga ada dijual di beberapa supermarket walau agak terhad tapi kemeja bersaiz S untuk dipakai Faez memang tak jumpa langsung sepanjang kami menjelajah beberapa supermarket sekitar Alor Setar ini. Baju kemeja lengan panjang bersaiz S dengan warna selain putih memang ada tapi yang berwarna putih ke mana menghilang?

Akhirnya kerana susah sangat nak dapatkan baju kemeja lengan panjang bersaiz S, JR cadangkan Faez beli saja baju kemeja budak sekolah menengah. Ini kerana baju kemeja budak sekolah menengah semua saiz tak kira S sampai XXL sentiasa ada dijual di pasaran. Lama juga untuk Faez mengangguk tanda setuju..ye lah JR pun paham, tak kan untuk majlis konvo yang cuma sekali seumur hidup dia nak pakai baju putih sekolah menengah?? Tapi kalau dah tak ada pilihan apa nak buat...yang penting warna kemeja itu putih seperti yang disyaratkan oleh pihak UTHM.

Ketiga nak keluar dari C-Mart - supermarket keempat yang kami jelajah di hari kedua, tiba-tiba ternampak kedai Gene Martino. Di dalam kedai itu kelihatan beberapa helai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, untung-untung ada yang bersaiz S?

Bila masuk memang nampak banyak baju putih lengan panjang dijual dengan jenama Gene Martino di situ. Belek punya belek dalam berpuluh baju putih lengan panjang adalah terselit juga sehelai baju bersaiz S..Cuma sehelai yang ada!! Walaupun harganya bagi JR tak murah (RM119) tapi itulah satu-satunya pilihan yang ada jika Faez tak nak pakai baju putih sekolah!

Apa yang lebih penting pemburuan mencari baju lengan panjang berwarna putih slim fit selama 2 hari ini akhirnya berhasil juga....

13 comments:

  1. Anak-anak bila dah besar dan berkeinginan kan?

    ReplyDelete
  2. Anak-anak bila dah besar dan berkeinginan kan?

    ReplyDelete
  3. Waduh...sukar juga bila bersaiz kecil ya? :)

    ReplyDelete
  4. ahh! Leganya rasa bila dah jumpa.. hilang rasa penat mencari dua hari tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. sy xs...hahah

    fahamilah kami tim2 kekanak riang ni nk dpt bju lawa2 style2 mmg payah.

    slalu tgk online shopping pon nelan aiolio je la..

    abis kuat pun kalu beli...kena alter pulak..

    x feel langsung..hahaha

    ReplyDelete
  6. Ye ke jr..saiz kecil susah nak cari..bila baca entri ni sampai habis...betul kata jr..huhu

    ReplyDelete
  7. sape kate kami senang cari bj susah hoooo ...huhu

    ReplyDelete
  8. puas hati la dapat yang mahal..mana tau akan datang nak kena pakai baju kemaja putih lagi..:)

    Tahniah ye Faez..

    ReplyDelete
  9. Sy perasan anak muda sekarang (termasuk anak sy) suka kemeja potongan slim fit. Kalau bukan slim fit dan saiz S masih nampak besar lagi ke?

    ReplyDelete
  10. mutakhir ini saya suka memakai baju batik buatan Dapper walaupun harganya mahal...

    ReplyDelete
  11. anak lelaki saya pun menjelajah beberapa supermarket mencari kameja putih utk konvonya...

    ReplyDelete
  12. Ye laaaa JR..
    Apa barang pakai baju kemeja sekolah..
    hehehehe nasib baik jumpa Faez ooiiii..
    Tidak kemeja sekolah juga lah yg ayah hang suruh pakai ~__^

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....