»

03 September 2015

Kembara Melaka 1

Hari Isnin dua tiga hari lepas JR, isteri dan 2 anak teruna dan seorang anak dara kami mengikuti misi kembara ke Melaka. Kami ke Melaka untuk hantar anak ketiga JR, Fitri yang melanjutkan pengajian ijazahnya di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dalam bidang Sains Komputer (software engineering).

Diringkaskan cerita, bertolak pagi, petangnya sampailah kami ke Melaka. Kami tinggal di Wana Riverside Hotel yang mempunyai pemandangan indah kerana di bawahnya ada sungai Melaka dan perkhdmatan river cruise

Esoknya kami menghantar Fitri untuk pendaftaran kemasukan ke UTeM. Lepas pendaftaran selesai, kami pergi hantar barang Fitri ke hostel penginapannya.

Ini beberapa gambar kenangan semasa dan selepas pendaftaran:

                                                Pendaftaran pelajar baru

                                        
                                                Fitri dan ibunya

                                           
                                      Anak-anak JR dan isteri di depan pejabat Naib Canselor.

Jangan tanya mengapa gambar si-tukang cerita tak ada. Si-tukang cerita terlalu sibuk ambil gambar keluarga hingga terlupa gambarnya sendiri...

Lepas ini kalau ada masa JR akan sambung cerita kembara Melaka 2 pula,  cerita pengalaman 3 hari berada di Melaka, insyaallah....

9 comments:

  1. ala, kan boleh selfie bang...

    melaka, antara tempat yang saya nak elak sebab sesak. kalau singgah bermalam pun, pilih tempat yang luar sikit.

    *saya ada buat bidaan dalam entri terbaru, kalau nak join...

    ReplyDelete
  2. saya pun tak suka diambil gambar sebab tak cukup hensem...

    ReplyDelete
  3. Tahniah fitri..
    Semoga beroleh kejayaan..
    Hihihi gmbr tukang cerita kena adalah JR.. baru best baca entri ni :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Fitri.. moga berjaya atas jurusan yang diambil.

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah...tahniah fitri.. :-))

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...dpt masuk IPTA.
    Dah besar2 sume anak JR..seronok tengok! :)

    ReplyDelete
  7. dah besar semua nya..sikit hari lagi nak terima menantu la..heheh

    ReplyDelete
  8. Tahniah fitri...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. dh tgk gambar tuan tanah pesal lain dari pic profail

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....