»

01 August 2015

Sekarang Di Perlis Dah Ada Bas!!


Masa JR kerja di Perlis kira-kira 10 tahun lepas, di Perlis tak ada bas. Maksud JR, bas henti-henti. Bas express misalnya Alor Setar-Kangar, Kota Bahru-Kuala Perlis, KL-Kuala Perlis memang ada. Yang tak ada cuma bas henti-henti. Bas sekolah juga tak ada di Perlis masa tu.

Bila JR tanya orang Perlis mengapa di Perlis tak ada bas? Orang Perlis kata mereka tak perlukan bas. Semua mereka ada kenderaan sendiri, sekurang-kurangnya motor untuk ke mana-mana. Bus stop memang banyak di Perlis tapi ia cuma jadi perhiasan, tempat kambing berak dan kencing. 

           10 tahun lepas bus stop di Perlis sunyi tak ada orang sebab di Perlis tak ada bas...
 
Mengikut orang Perlis lagi, banyak syarikat bas henti-henti cuba beroperasi di Perlis. Tapi akhirnya syarikat-syarikat itu gulung tikar sebab Perlis walaupun antara negeri termiskin di Malaysia tapi penduduknya tak perlukan bas. Mereka lebih berdikari pergi ke mana-mana guna kenderaan sendiri.

Tapi itu situasi 10 tahun dulu, masa JR kerja di Perlis. Sekarang dah berubah...

Tadi JR tengok dalam berita TV,  Perlis sekarang dah ada perkhidmatan bas henti-henti  lepas 15 tahun tak beroperasi. Perkhidmatan bas henti-henti itu dikenali sebagai MyBas dikendalikan oleh Mara Liner dengan 50 bas yang beroperasi di seluruh Perlis, termasuk ke kampung dan taman perumahan.



Baguslah jika sekarang bas dah ada di Perlis. Mungkin sekarang orang Perlis dah mula minat naik bas semula. Lagi pun harga minyak sekarang bukan murah macam 10 tahun dulu. Naik bas lebih menjimatkan dari naik kenderaan sendiri. Yang penting jadual perjalanan ikut masa ditetapkan dan bukan ikut masa pemandu bas...
 

7 comments:

  1. kalau tak de warga asing ramai memang lebih selesa naik bas..:)

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Diana Rashid.. tak selesa dan tak suka kalau sekarang kena naik bas.. ramai sangat bangsa asing..

    ReplyDelete
  3. saya pun baru tau perlis takde bas henti2 bila dengar berita radio petang tadi. kalau saya jadi orang perlis pun saya setuju jugak ada khidmat bas ni diwujudkan semula. sebab bukan semua orang (sekarang ni) nak naik moto ke mana2, ada jugak yang selesa naik bas.

    *ops, walau pun ada yang labelkan sebagai antara negeri termiskin, tapi perlis adalah antara negeri yang saya suka...

    ReplyDelete
  4. Dh laa x naik bas sbb ramai bangla yg naik...busuk.

    ReplyDelete
  5. baru tahu perlis dulu tak ada bas... :-)

    ReplyDelete
  6. Ingatkan saya seorang je yg xjumpa bas d perlis ni... dan xtau xde bas..rupanya stesen bas tu hanya jadi gajah putih.. tp saya akui masing2 ada kereta atau motor buat apa naik bas kan... ok lepas ni klu dtg melawat famili angkat d perlis, saya cuba naik bas la pula..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....