»

29 July 2015

KTM Electric Train Service (ETS)


Malam ni anak bujang nombor 2 JR, Faez,  nak ke Johor Baru kerana dia ada 2 temuduga jawatan jurutera di Johor Baru pada hari Jumaat dan Ahad. Ini adalah temuduga pertamanya sejak habis pengajian degreenya 3 minggu lepas. Semoga dia berjaya.

Mulanya JR nak ikut Faez ke JB. Maklumlah dah lama tak ke selatan tanah air. Tapi kerana kebetulan hari yang sama ada kerja penting di Alor Setar, tak jadilah JR ikutnya ke JB. 

Hujung minggu depan ada satu lagi temuduga yang menanti Faez. Kali ini di KL pula.

Kelmarin JR dah beritau Faez, kalau dia confirm nak ke KL, JR juga nak ikut. JR teringin sangat nak naik keretapi laju elektrik - ETS (Electric Train Service) - yang baru dilancarkan KTM  2 minggu lepas. 

Mesti seronok naik ETS baru buatan China ni, masa perjalanan dapat dijimatkan. Kalau naik keretapi lama KTM dulu, perjalanan dari Alor Setar ke KL ambik masa 12 jam, naik ETS cuma 5 jam aje. Lebih bagus dari naik bas express yang ambik masa 6 hingga 7 jam dari Alor Setar ke KL.

                                                             sumber foto: KTM

Cuma tambang ETS ni mahal sikitlah. Biasalah nak sampai cepat kenalah bayar lebih sikit kan? Kalau naik bas dari Alor Setar ke KL tambang lebih kurang RM40, tambang naik ETS  pula adalah RM73, hampir sekali ganda. Tapi berbaloilah kan..biar cepat asal selamat!

Hasil reseach JR, cuma ada satu perjalanan ETS dari Alor Setar ke KL iaitu pada pukul 4.30 petang setiap hari dan akan sampai ke KL pada pukul 9.15  malam.  Kalau perjalanan dari KL pula, ETS bertolak dari KL Sentral pukul 9.30 pagi dan tiba di Alor Setar pukul 2.30 petang. 

Kalau korang berminat nak gunakan ETS, berikut jadual ketibaan ETS di 15 stesen yang dilaluinya. Harap jadual ini dapat membantu korang melalui pengalaman baru menaiki keretapi laju ala-Malaysia:


9 comments:

  1. waaa..teruja nyer nak naik keretapi laju..

    ReplyDelete
  2. Mmg teringin nak buat trip naik ETS ni ke utara satu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. Sy pun sdg berangan-angan.... :)

    ReplyDelete
  4. saya ada kawan yang join KTM fan club. katanya naik keretapi baru ni tak best sebab tak boleh tengok anak dara mandi di sungai dan anak kecil di atas kerbau...

    ReplyDelete
  5. Masih dalam angan-angan.. sabarlah wahai hati.. ;)

    ReplyDelete
  6. teringin jugak nak naik..mahal x harganya?

    ReplyDelete
  7. makin mudah nak shopping padang besar... 'balik hari' pun boleh.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

    Satu perkongsian menarik tentang servis ETS yang anda gunakan. Saya ingin kongsikan sedikit posting saya tentang BAS VS ETS SHAH ALAM – BUTTERWORTH . Harap dapat datang untuk jenguk-jenguk blog saya JYWRITE

    Sekian Terima Kasih
    JYWRITE

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....