»

12 May 2015

Spy Solat Jumaat


Nampak macam serius sangat masalah suka ponteng solat Jumaat kat Kedah ni. Kalau tak serius tak kan sampai Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) buat undang-undang untuk hukum orang yang tak solat Jumaat?


Hukuman untuk kaki ponteng solat Jumaat ini boleh tahan juga - penjara 6 bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 

Mengikut JAIK undang-undang itu akan mula dikuatkuasa pada 1 Jun ini. Bagi memastikan undang-undang ini dilaksanakan, JAIK telah melantik 1,200 orang spy yang kerjanya mengintip dan melaporkan mereka yang tak solat Jumaat 3 kali berturut-turut.

JR pun tak tau macam mana spy solat Jumaat itu bekerja. Macam-macam persoalan yang timbul. Cukup ke spy seramai 1,200 orang itu untuk memantau pergerakan lelaki Islam yang wajib bersolat Jumaat di kawasannya? Macam mana spy tu nak pastikan seseorang itu betul-betul pergi solat Jumaat ke tidak? Ada disediakan punch kad ke di masjid?

Bagi JR, kalau buat undang-undang cuma setakat hiasan, baik tak payah buat. Buat orang gelak saja. Kalau buat undang-undang kena pastikan ia dikuat kuasakan dan ada mekanisme yang jelas untuk melaksanakannya. Baru orang hormat dengan undang-undang tersebut dan undang-undang itu tak diperlekeh dan jadi viral di media sosial nanti. 

8 comments:

  1. sepatutnya sebelum plaksanaan undang2 nie haruslah dikaji sedalam2 nya..jangan jadi macam gst..kata dah kaji...tapi bila plaksanaan...kacau bilau dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. kalau takat solat jumaat je buat, solat lain abaikan tak guna jugak..sama je hipokritnya..

    ReplyDelete
  3. Dah sah2 undang2 dunia ni tak seteguh dan setelus undang2 akhirat...ada undang2.ada hukuman baru nak buat...itu pun penguatkuasaannya tak sekuat sebagaimana yang diwar2kann... ish...ish..

    ReplyDelete
  4. soalan saya, macam mana pula spy tu nak tau orang tu mmg betul2 tak gi masjid? adakah si spy pun, kena ponteng sembahyang Jumaat? hahaha

    ReplyDelete
  5. Ye.. soalan yang sama dengan Daddy Ziyyad..

    ReplyDelete
  6. kat area KL lagi banyak kot....pergi je jengok kat shopping complex tme org lain solat jumaat, ramai gak lagi lelaki yang makan2.

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan pihak berkenaan selalu fikirkan denda sebagai alat pendidikan sebaliknya lupa bahawa dalam masa yang sama mereka juga seolah menggalak orang ramai bersikap seperti tidk ada pendidikan...

    ReplyDelete
  8. kena ada bukti dan saksi utk 3 kali x solat berturut2 tu ... ermmm

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....