»

25 May 2015

Prebet Adam


Korang pernah dengar nama prebet Adam? Atau 'cerita prebet Adam mengamuk di Chow Kit??'

Mereka yang berusia 28 tahun ke bawah tentu tak tau cerita ini. Ini kerana cerita yang menggemparkan negara itu berlaku pada tahun 1987 iaitu 28 tahun lepas.

Tadi JR terbaca dalam FB tentang kisah prebet Adam ini. Dalam FB itu prebet Adam disenaraikan sebagai salah seorang dari '10 orang penjenayah yang  terkenal dalam sejarah Malaysia'.

JR tak nak komen tentang penjenayah lain tapi JR sangat tak setuju prebet Adam dimasukkan dalam senarai penjenayah yang terkenal di Malaysia. Setahu JR prebet Adam bukan penjenayah, dia tak bunuh orang pun. Dia cuma mengamuk selepas rasa saudaranya teraniaya. Dua orang cedera hasil amukannya. Itu saja.

Ketika peristiwa itu berlaku, JR baru tak sampai setahun memulakan kerjaya di sebuah agensi di KL. Teringat lagi jalan-jalan di KL ketika itu lengang, polis dan tentera berada di mana-mana. Misi mereka cuma satu - nak menangkap prebet Adam. Dan kalau boleh kerajaan masa itu tak mau rakyat tau mengapa prebet Adam mengamuk, walaupun lepas itu orang tau juga mengapa...

Bagi yang tak tau hujung pangkal tentang prebet Adam, inilah kisahnya yang JR kutip dari FB yang dibaca tadi. Apa yang saudara kita itu catat dalam FBnya sama dengan apa yang semua rakyat Malaysia tau tentang prebet Adam. Lepas baca korang nilailah sendiri siapakah penjenayah dalam kisah benar ini:


Lepas baca cerita itu adakah korang masih rasa prebet Adam seorang penjenayah? Atau orang yang membunuh adiknya itu penjenayah?

9 comments:

  1. Kisah Prebet Adam ni mmg mahsyur..
    Kisah " bola golf"

    Apa lah jadi dengan Prebet Adam sekarang ya..

    ReplyDelete
  2. Betul tu JR.. masa tu keadaan memang tegang, huru hara sekejap negara masa tu.. dah dua tiga hari peristiwa itu berlaku baru tau keadaan sebenarnya kenapa Prebet Adam mengamuk..
    Itulah undang2 dunia cukup mudah mengatakan penjenayah besar.. padahal itu adalah hak seorang abang kepada adiknya.. saudara kandungnya.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Harap pentadbiran dan undang2 skrg ni lbh telus ......mcm penah dgr ...tp tak ingat .....tp ai dh lbh dr usia berita ni...hehe

    ReplyDelete
  4. Mungkin itu cara yang mampu menarik perhatian umum bila dia cuba cara yang 'betul' tetapi tidak dilayan..
    Apa khabar beliau sekarang agaknya ye..

    ReplyDelete
  5. mak saya pernah cerita kan benda ni..lama dah ni..masa dia cerita pun saya dah umur 14 /15 gitu la..

    ReplyDelete
  6. 1987..saya dah lahir, tapi belum pandai membaca.tak pernah dengar pulak ahli keluarga sy cerita pasal benda ni mungkin sebab orang Johor tak berani cakap pasal benda ni kot..huhuhu.

    ReplyDelete
  7. Abang saya selalu cerita pasal prebet ni, tapi takde pulak dia bagitau namanya.

    Abang saya bekas pesara tentera melayu.

    ReplyDelete
  8. Tengoklah dokumentari fiksyen ini untuk lebih lanjut https://www.youtube.com/watch?v=uT-kSfYuvEw

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....