13 May 2015

Jururawat Itu Isteriku, Jururawat Itu Adikku..


Sepatutya entri ini keluar kelmarin. Tapi kerana kelmarin internet bergerak macam siput babi tua, terpaksa entri ni ditangguhkan ke hari ini. Tak apalah kan. Better late than never.

Kelmarin 12 Mei adalah Hari Jururawat. Hari Jururawat disambut di seluruh dunia. Begitulah pentingnya jururawat. Kebetulan dua orang yang paling rapat dengan JR - isteri dan adik perempuan - adalah juga jururawat. Seorang bekerja di Alor Setar (isteri), seorang lagi di Penang (adik).

Jururawat seperti juga staf medical yang lain adalah antara manusia penting dalam hidup kita sebagai manusia. Bila kita lahir, merekalah yang sambut kelahiran kita. Bila kita kanak-kanak, dewasa dan di usia emas, merekalah yang merawat kita ketika sakit di hospital. Bila sedang nazak dan menunggu kedatangan Izrail, mereka juga di sisi kita cuba lakukan yang terbaik untuk membantu kita. Betapa besar jasa jururawat seperti juga besarnya jasa semua mereka yang bekerja di sektor perubatan dan kesihatan.

Kepada isteriku Imah dan adikku Yati, selamat hari jururawat. Bangga dengan kerjaya kamu sebagai jururawat yang telah membantu ramai orang. Walaupun kadang-kadang ada suara sumbang seperti tidak menghargai dan memperlekeh apa yang kamu lakukan, jangan pedulikan itu. Lakukan yang terbaik demi mereka yang sakit dan perlukan bantuan. Nursing is a noble profession. Ingat itu. 


                                              Isteri dan adik, kedua-duanya jururawat...

11 comments:

  1. Selamat Hari Jururawat buat isteri JR dan Adik JR..
    Jasa mereka amat lah berharga sekali..
    Berkorban masa dan tenaga..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Jururawat buat isteri & adik ipar JR.
    Ya, pengorbanan mereka amat banyak.
    Saya tengok kerja mereka..masa saya kerja di hospital dahulu.
    Kalau penggeli, kalau malas, kalau takde niat nak menolong orang, mmg tak boleh jadi jururawat

    ReplyDelete
  3. Dulu makcik2 saya pernah warning jangan cari jodoh yang kerja nurse, kononnya kerja agak kotor sebab dah sentuh macam2 benda (mereka maksudkan dubur). Rasa macam bengang pun ada sebab masa tu tengah berkenan kat sorang akak nurse. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. selamat hr jururawat kpd isteri dan adik JR

    ReplyDelete
  5. selamat hari jururawat buat semua jururawat termasuk isteri n adik JR dan kakak sy jugak..:)

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut HARI JURURAWAT untuk isteri dan adik JR...

    ReplyDelete
  7. my sister pun jururawat juga ...

    ReplyDelete
  8. klu jururawat nak bersalin, free of charge ye..atau sekadar dpt discount caj nya?

    ReplyDelete
  9. beruntung sebenarnya jika ada salah seorang antara kita kerja sebagai jururawat.

    macam saya, sepupu adalah jururawat di hosp besaar ipoh. bila mak maasuk hospital, dia selalu datang memberi khidmat...

    ReplyDelete
  10. Adik ipar seorang jururawat. Selamat hari jururawat untuk isteri dan adik JR.

    ReplyDelete
  11. selamat hari jururawat buat mereka berdua :-))

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....