»

27 May 2015

Glucosamine: Penawar Sakit Lutut


Kelmarin ada seorang rakan blogger, Yan,  tanya JR tentang sakit lutut. Agaknya dia pun hadapi masalah macam JR dulu juga kot?

Bulan November tahun lepas JR diserang sakit lutut yang agak serius juga. Akibatnya, hobi berjoging setiap hari terpaksa ditangguh seketika. Nak solat pun susah kerana bila lipat kaki rasa begitu azab. Bila naik tangga pula jenuh juga menahan sakit.

Sakit lutut disebebkan beberapa faktor: 
1) peningkatan usia 
2) terlalu kerap bersukan dan 
3) obesiti. 

Faktor nombor 3 itu rasanya tak berkaitan dengan JR. Setakat ini BMI (body mass index) masih di tahap ideal, walaupun beberapa bulan lepas BMI pernah terlebih 1 kg. 

Tapi faktor nombor 1 dan 2 tak dapat dielak. Usia dah masuk setengah abad dicampur dengan fakta gila joging sejak belum kawin sampai anak-anak sudah besar adalah penyebab utama sakit lutut yang JR hadapi.

Dipendekkan cerita selepas mendapat nasihat kawan-kawan (termasuk kawan blogger, Dr. Daddy Ziyyad) yang syorkan JR mengambil supplementary glucosamine, lalu pergilah JR ke farmasi untuk beli glucosamine. Di Alor Sertar ini JR memilih Farmasi Mutiara kerana dah biasa beli ubat di farmasi itu.

Pemilik farmasi itu tunjukan beberapa contoh supplemantary glucosamine yang dijual di farmasinya dari pelbagai syarikat. Ada yang cuma berharga RM50++ sebotol, ada yang harga RM100++ sebotol. Pemilik farmasi itu nasihatkan JR ambil supplementary yang mengandungi kombinasi glucosamine dan chondroitin bagi membantu mempercepatkan penyembuhan.

Walaupun farmasi itu menjual pelbagai supplemantary glucosamine dan chondroitin, tapi pemiliknya mencadangkan JR ambil supplemantary yang dikeluarkan oleh syarikat Bioiberica dari Barcelona, Sepanyol. Ini kerana katanya supplementary berasal dari Sepanyol itu paling tinggi permintaan di farmasinya dan mengikut kata pelanggan ia paling berkesan berbanding supplemantary glucosamine lain.

Lalu JR pun belilah sekotak glucosamine plus chondroitin:


Harga supplementary ini ialah RM80 sekotak untuk 100 kapsul. 

Pada bulan pertama, pesakit dinasihatkan makan kapsul ini sebanyak 2 biji 3 kali sehari. Selepas sakit berkurangan, mereka boleh kurangkan kepada 2 biji 2 kali sehari dan akhirnya cuma sekali makan 2 biji sehari.

Selepas 2 minggu makan kapsul ini, JR tak rasa SEDIKIT pun sakit berkurangan.Tak ada perubahan langsung!!

Masa tu dah rasa agak kecewa juga. Pada hal JR makan memang ikut peraturan: 2 kapsul 3 kali sehari. 

Dah makan ikut peraturan, mengapa tak nak baik juga? Tapi bila dipikir balik kapsul itu diperbuat dari herba tumbuhan dan bukan bahan kimia yang  boleh bertindak serta merta, hati JR berkata: sabarlah, sabarlah, sabarlah wahai lutut.. Jangan putus asa. Bila sebotol habis, beli lagi...jangan give-up!

Pada minggu ketiga lepas makan baru ternampak sedikit kesan. Sedikit saja!  Sebelum itu bila naik tangga memang perit, tapi lepas 3 minggu sudah boleh naik tangga tanpa kesakitan keterlaluan. Tapi nak lipat kaki masa solat masih bermasalah.

Masuk minggu keempat lutut rasa semakin pulih. Sudah boleh lipat kaki waktu solat walaupun masih perlu tahan sedikit kesakitan. Dah 90% pulih...

Masuk minggu kelima (lebih kurang sebulan) barulah lutut pulih seperti sedia kala 100%. Sudah boleh naik tangga tanpa kesakitan dan solat tanpa masalah lagi. Nak lipat kaki berpuluh minit masa solat pun tak rasa apa-apa kesakitan. Syukur alhamdulillah.....

Dan akhirnya selepas agak lama kaki berehat dari aktiviti joging, selepas sebulan setengah JR sudah boleh menyambung hobi berjoging 6 km setiap hari sampai sekarang...

Kepada mereka yang menghadapi masalah lutut, selamat mencuba....

11 comments:

  1. tq jr...3 perkara diatas adalah punca yan sakit lutut rasanya....yang paling azab waktu nak.naik turun tangga ..macam nak tercabut lutut...siap keluar bunyi lagi...

    arap2 herba nie serasi lah dengan yan..insyallah..amin

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    bestnya dapat jogging 6km...hebat!

    ReplyDelete
  3. memang kena makan berterusan..
    selalunya dua tiga bulan
    baru nampak kesannya

    sebab ia bukan ubat tahan sakit..

    ReplyDelete
  4. JR, glucosamine+ chondroitin tu perlu diambil berterusan, sebab majoriti akan nampak kesannya dalam tempoh 2- 3 bulan. ( sama macam nasihat rakan blogger saya, Dr Singa tu).

    Satu lagi JR, saya nasihatkan, di sebabkan faktor umur JR, tolong kurangkan aktiviti berjogging 6km setiap hari tu.
    Saya menulis ni berdasarkan kajian terkini para saintis & doktor, bahawasanya aktiviti long cardio endurance ( macam jogging sampai 5-6km tu), kalau dibuat hari hari utk tempoh yang lama, sebenarnya memberi kesan yang negatif lebih banyak.

    1- stress kepada jantung. Yang ini mmg bahaya, JR boleh Googel dan baca kajian yg valid, tentang heart stress kpd mereka yang " gila cardio", iaitu non stop everyday buat cardio exercises in long hours/ long distance ( eg jogging, cycling)

    2- stress kepada sendi2 badan, terutamanya weight bearing joints , macam lutut, pinggul, buku lali.

    DI sarankan yg terbaik ialah buat combination cardio + resistance training. Resistance training ialah secara mudahnya angkat berat. Tapi JR jgn salah faham, bukannnya nak angkat berat utk bina badan, bukan...cuma kena buat senaman ini dlm kadar yg sederhana, utk kuatkan otot..otot yg kuat akan support sendi & tulang. Dan combination cardio + resistance training ini mmg dah lama terbukti lebih effektif utk mengawal paras kolestrol, body weight, dan general health kita.

    JR boleh google atau tgk di Youtube set of simple resistance / weight lifting exercises..kalau tak nak masuk gym, boleh buat di rumah...beli set dumbbell, bench...

    Kalau JR susah nak buat resistance training, at least, nasihat saya...kurangkan frequency jogging tu...at least 3-4 kali seminggu, dan distance nya di kurangkan, maybe sekitar 3-4km..

    Saya tahu susah nak ubat habit, sebab ianya dah lama JR buat...hihihih..Tapi utk keselamatan & kesihatan jangka masa panjang, ini nasihat saya.

    ReplyDelete
  5. huhuhu.. part jogging tu cemburunya rasa.. awal tahun saya rajin jogging.. lepas tu tiba2 stop.. la ni sedang mencari rentak semula..

    ReplyDelete
  6. menarik gak ni..boleh beli untuk ayah, tapi taulah orang tua liat sikit bab ubat ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Bunda sampai kini masih amalkan supplement sakit lutut...keluaran e-cosway... Bio-Glucosamine 500 dan Bio-Chondroitin 400..
    Sama fungsi macam yang JR ambil cuma brand jer lain2...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan 4 kaedah untuk masalah sakit lutut yang merupakan gabungan ubat herba , urut, akupunktur dan infraray. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077 .

    ReplyDelete
  9. Tq JR for sharing... nk trylah cari products ni...sbb la ni mkn yg biasa x de + chondoritin.. hopefully boleh membantu sakit lutut den ni...insyaallah...hehehe

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian tuan

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....