Hari ini hari ketiga GST dikuatkuasakan di Malaysia. Bila bercakap dengan kawan-kawan tadi barulah JR tau rupa-rupanya masih ramai yang tak tau apa barang yang kena GST dan apa barang yang tak kena GST. Sebab itu JR gelak besar bila ada yang kata nasi lemak kuah pedas ikan bilis biasa dengan telur sehiris pun dikenakan GST. Dulu harga nasi lemak biasa RM1.00 sebungkus tapi mulai 1 April ada penjual yang dah naikkannya kepada RM1.05 atas alasan GST.
Apa logiknya nasi lemak kena GST? Bahan asas nasi lemak - beras, ikan bilis, telur, kelapa, gula, garam dan cili kering bukan kena GST pun? Melampau sungguh si-pengambil kesempatan ni!!
Bagi elakkan kekeliruan JR fotostat dan edarkan senarai barang yang kena GST dan tak kena GST kepada kawan-kawan yang masih keliru barang yang kena dan tak kena GST. Jika ada kalangan korang yang terlepas pandang senarai itu, di bawah ini senarai penuh 391 barang yang kena dan tak kena GST sebagai panduan agar tak tertipu oleh si-pengambil kesempatan:
(sumber: harakahdaily)
gst oh gst
ReplyDelete2 3 bulan ni jer....lepas tu senyap lah...nak tak nak.. suka tak suka...redhooo...
ReplyDeleteSenarai macam ni lah yang patut diwar-warkan dari awal. Tak perlu nak suruh buat iklan pakai artis bagai untuk seronokkan orang ramai dengan GST. Orang memang dah tak suka bila harga barang naik.
ReplyDeletepanik gst mcm tu lah kan . yg rajin baca panduan gst ni selalunya yg dok office kot . tapi yg dok luar bandar selalunya main taram je ... heeee
ReplyDeletepercayalah..kecohnya hanya sementara..lps ni senyap lah..
ReplyDeleteIni adalah list yang sangat bagus..Tapi berapa ramai yg nak ambil tahu?
ReplyDeletetq jr list barangan nie...harga nasi lemak tu sepatutnya tak boleh dikenakan GST kan...agaknya penjual kira GST minyak knderaan kot...huhuhu
ReplyDeletebyk yg kena dari tak kena..mmg nk kenal alh huhuuh
ReplyDeletetu dia eh..panjang list.kena print dan tampal kat rumah.bukan kisah sangat bab duit tu kalau setakat berapa posen tapi geram bila peniaga ambil kesempatan
ReplyDelete