03 April 2015

GST Prepaid: Menteri Bohong Atau Kementerian Bohong?


Semalam JR tonton sidang Parlimen secara live di TV1. Antara yang menarik perhatian JR ialah mengenai pengumuman Pak Menteri kita yang kata kad prepaid (top up) untuk henfon tak kena GST. Jadi kalau dulu kita top up RM10, kata Pak Menteri, harganya tetap kekal RM10 dan bukan RM10.60. Kata Pak Menteri sebelum 1 April kad prepaid dah kena SST 6%, jadi bila datang GST dikenakan GST juga 6%. Bila SST digantikan dengan GST maknanya 6%-6% jawapannya 0%. Jadi kalau dulu beli prepaid RM10, lepas berkuatkuasa GST tetap juga RM10, bukan RM10.60:


Tapi yang Pak Menteri cakap di Parlimen tu sebelah pagi. Sebelah petang GST pada kad prepaid ni dah jadi cerita lain pula:


Hasil perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kastam dan syarikat komunikasi mereka memutuskan setiap kad prepaid tetap dikenakan GST 6%. Jadi setiap pembelian prepaid RM10 kita tetap perlu bayar RM10.60. Bagaimanapun syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menambah masa berbual dan SMS untuk setiap prepaid dan dengan itu kata KPDNKK dan Kastam, pengguna tak akan rugi.

Dalam hal ini JR yang bukan pandai sangat soal kira mengira ni tertanya-tanya:

- Bagaimana kita nak pastikan setiap prepaid RM10.60 yang kita beli itu ada tambahan masa berbual dan SMS? Kalau syarikat telekomunikasi tipu dan tak tambah masa berbual dan SMS pengguna tahu ke?

- Kelmarin pagi Pak Menteri kata kad prepaid tak kena GST (atas dasar 6%-6%), harga prepaid kekal RM10. Kemudian kelmarin petang KPDNKK dan Kastam pula kata kad prepaid kena GST 6%, pengguna perlu bayar RM10.60. Mula-mula tak kena, kemudian kena..jadi siapa yang bohong ni.... Menteri yang bohong atau KPDNKK dan Kastam yang bohong?

- Kalau GST untuk kad prepaid kena tambah 6%, maknanya GST sebenar 12% lah, (SST 6% - GST 12% = +6%)?.

Atau mungkin aku ni yang tak paham?

Sapa yang paham tolong beri pencerahan kepada hamba yang masih tak paham ni....Keliru, keliru, keliru....

8 comments:

  1. Aduh aduh ... memang keliru JR... Kena BOHONG tu sudah tentu JR :)

    ReplyDelete
  2. tak tahu lah sape menipu dan sape yang tertipu ni..peninglah!

    ReplyDelete
  3. sama lah kita..aku keliru..aku keliru..satu jer paham..aku tertipu..kusangka manis..rupanya pahit..huhu..:)
    anak sy merungut harga brg kat bookshop skolah naik..budak2 pon tau!

    ReplyDelete
  4. #Saya benci UMNO #UMNO menipu #Najib Tahi #Kami sokong hudud
    #Kalau ade hudud najib yang kena dulu #Kami belia benci UMNO

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya bila GST dilaksanakan.. tak perlu dah adanya lagi 3 bulan tempoh percubaan.. terus laksanakan je..
    Macam ni akan menambah kemarahan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Satu aja komen saya:

    KERAJAAN KITA TERLALU BERLEMBUT / TAK TEGAS DENGAN PENIAGA2 YANG AMBIL KESEMPATAN, TERMASUKLAH ( TERUTAMANYA TYCOON BESAR MACAM SYARIKAT TELEKOMUNIKASI)

    ReplyDelete
  7. semlm nak beli prepaid tapi prepaid dah dibekukan seluruh negara sbb tambahan 6 % tu . sebenarnya yg saya faham lah , sblm gst dlm rm 10 tu dah ada sst . maknanya cukai sst tu diserap dl rm10 . bila sst tukar gst , maka nilai rm10 tu tetap x berubah sbb dah dok kat dalam rm10 aka diserap sebagai penganti sst . yg meletakkan penambahan 0.6 tu adalah telco yng nak ambil utg masuk poket sendiri bkn utk gomen ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....