»

02 April 2015

Jom Pindah Ke Bulan!!!


Nampaknya GST yang bermula kelmarin penuh dengan kecelaruan. Facebook dan media sosial dipenuhi dengan bukti-bukti resit pembelian yang menunjukkan hampir semua barang kena GST. 

Tiba-tiba teringat iklan GST yang dilakonkan oleh Abu Bakar Omar dan Sofi Jikan yang kata bila laksana GST kebanyakan harga barang turun. Ye ke ada barang turun? Kebanyakan barang naik adalah. Nasib baiklah lepas 1 April iklan itu dah hilang di kaca TV. Kalau tidak tentu ramai penonton yang gelak atau tutup TV!!

Nampak sangat semua pihak dari Pemerintah sendiri dan rakyat belum bersedia dengan GST. Kalau semua pihak bersedia tak kan beli seketul  belacan pun kena GST? Pasaraya Mydin kata beli di kedai mereka tak kena GST, tapi bukti yang ditunjukkan sebaliknya pula:

Mohon

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Beli di kedai runcit lagi teruk, GSTnya pakai hentam  dan pakai borong saja:



Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Tapi sapa yang tak nak terbeban dengan GST ikutlah nasihat Yang Berhormat BN dari Langkawi ini - sapa tak nak GST pi lah pindah ke bulan!

                                             

Kalau tanya JR sanggup ke pindah ke bulan? Tentulah JR kata sanggup dengan syarat YB kita yang kaya raya ini sanggup menyediakan pengangkutan  dan makan minum percuma  selama berada di sana, hehehehe....
 

11 comments:

  1. Nak kenakan GST kena ada kod yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam kan? Ni main tulis sendiri ni, mana kodnya?

    Alahai...

    ReplyDelete
  2. boleh buat aduan untuk GST kedai runcit tu melainkan dia ada sertakan nombor pendaftaran GST kat resit pembelian tu... lgpun x semua barang keperluan harian kena GST... sepatutnya sistem akan automated jumlah GST untuk certain barang keperluan yg kena GST... kalau tulis tangan macam tu confirm tak comply..... tapi itulah masalahnya, tiada penguatkuasa yang nak check semua kedai .

    ReplyDelete
  3. yan pun keliru jr...kata beras tak kena gst..tapi dekat resit beras ada gst...betul2 tak.faham...rasanya kalau pindah kebulan pun yan sanggup

    ReplyDelete
  4. Kalau macam tu JR.. boleh ajer kita tinggal dibulan .. sila sedia kan keperluan seperti JR tulis tu...
    Dorang ni sedap mulut jer bercakap kan JR... rasa nak cili kan aje mulut tu :(

    ReplyDelete
  5. Saya nak pindah ke Zuhal!
    Hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya nak pindah ke Muystari.

    ReplyDelete
  7. haha..jom pakat pindah dok bulan..

    ReplyDelete
  8. YB cakap senanglah.. fikir balik.. nak ke bulan pun kena ada pengangkutan..
    Apa kata YB sediakan..?
    Nak melawak pun janganlah pada isu sebesar ini..

    ReplyDelete
  9. resit kat bawah tu tak valid kan..
    itulah modal orang politik sekarang, pindah bulan, kuar mesia...huhu...

    ReplyDelete
  10. haha..nak mengadu cmane? mengadu hari ni, tahun depan baru ambil tindakan kot..negara lain pun buat GST gak, takde huru-hara..

    ReplyDelete
  11. bagi saya , org m'sia ni dah manja dengan subsidi . jadinya bila kena gst , masing2 meroyan . negara jiran semua dah buat ok je . kita kena berlapang dada bhw kerajaan perlukan dana utk pembangunan negara ... yg dikatakan harga turun itu ialah yg kena sst digantikan dgn gst , maka turunlah . dulu masa kena sst yg lbh byk yg tak di print atas resit itu , rakyat ok je . tapi bila tukar gst yg lbh murah dan print atas resit aka tak serap , rakyat meroyan gila . sbbnya hanya satu , rakyat x suka gomen dan ada pulak pihak yg simbah minyak atas api ... mcm kes kedai runcit tu , lbh baik tanya kat dia no pendaftaran gst . mereka ni mungkin x daftar gst tapi nak tumpang sekaki ambil gst masuk poket sendiri ... yg saya nampak adalah peniaga nak kambing hitamkan gomen dgn ambil kesempatan atas perlaksanaan gst supaya rakyat benci gomen . kepincangan gomen ialah , menterinya ramai yg tak study dulu pasal gst yg dikenakan di bawah kementeriannya . jadinya asyik melatah memanjang je bila buat komen ... masa sst , hanya perniagaan tertentu sahaja yg dikenakan sst . kesannya , ada peniaga besar yang buat company atas angin dgn tujuan utk larikan keutgn ke situ . Jadinya cukai yg mrk perlu bayar hanya melalui company yg berdaftar je . gomen tau perkara itu berlaku tapi x dpt nak detect . akibatnya gomen terlepas byk cukai korporat yg nilainya mmg besar . hal ini diakui sendiri oleh sahabat saya yg ayahnya memiliki company berstatus holdings berhad . malah rakan perniagaan bapanya juga buat mcm tu . boss my anak buah pun buat juga . jadinya , solution utk company yg lari dr cukai ini , gomen kena laksana gst . sbb gst mewajibkan semua jenis perniagaan berdaftar ... wallahu 'alam .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....