»

21 April 2015

Bila Toleransi Sudah Mati


Bila masih ada akal budi 
toleransi segar mewangi

 

Bila akal budi sudah mati 
tiada lagi toleransi


Hampir setiap hari JR menyusuri jalan itu ketika hantar anak ke tuisyen. Sebuah gereja dan sebuah kuil Sikh berdiri hampir sebelah menyebelah 50 meter dari tempat tuisyen. Tak pernah pula akidah JR tergelincir hanya kerana hari-hari melihat salib di atas bumbung gereja atau kubah sebuah kuil Sikh..

 "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

9 comments:

  1. itulah MALAYSIA ...

    yang pnting iman..

    ReplyDelete
  2. Asalkan kita berpegang pada firman Allah seperti dibawah.. InshaAllah, akidah kita tidak terpesong kan JR..

    “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)” (QS. Al Kafirun: 1-6)

    ReplyDelete
  3. saya ada menulis tentang isu ini di FB saya JR...saya katakan, ianya Salibphobia. Hahaha..

    Jr ada tgk tak gambar pejabat polis kat Pendang kalau tak silap, yg kecoh kononnya tiang tingkapnya lambang salib! haha

    ReplyDelete
  4. klu iman masih tebal..issue mcm tu x jadi masalah sepatutnya

    ReplyDelete
  5. hahaha iman dan taqwa. tak perlu nak menjerit2 berdemonstrasi hal macam ni. lagi memecah belahkan umat

    ReplyDelete
  6. Moga iman dan aqidah kita dijaga sebaiknya.. tidak gentar dan tidak mudah menyerah..

    ReplyDelete
  7. benda macam ni pun jadi isu besar . manusia manusia

    ReplyDelete
  8. Sampai macam tu skali. Nampak hodoh pulak bila melayu Islam tak mnghormati agama lain.

    ReplyDelete
  9. Honestly, Nurul merasa keliru berbaur sedih bila keadaan begini terjadi.. begitu tipiskah iman? masih banyak perkara yang jauhhhh lebih penting yang sangatttt perlu diperbaiki dan ditingkatkan selain melayan benda-benda kosong sebegini..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....