01 March 2015

Susahnya Bila Ditelan Mati Emak...


Susahnya nak buat keputusan. Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa!! Yang mana satu nak pilih??

Sejak terima tawaran dari Mara untuk belajar di MRSM pada Khamis lepas, sampai pagi tadi Fatrisha (Sha) masih belum buat keputusan muktamad nak pergi atau tidak ke MRSM Merbok. JR dah bagi target date untuk dia buat keputusan hingga  pukul 12 malam ini. Jika hingga pukul 12 malam ini dia masih susah buat keputusan, anggap saja dia tak nak pergi ke MRSM. Noktah!

JR faham mengapa dia susah nak buat keputusan. Seperti yang JR kata dalam entri lepas, menyambung pelajaran di Tingkatan Empat di MRSM Merbok atau kekal belajar di SMK Sultanah Asma ada pros & cons masing-masing.

JR dah beritau Sha, jika dia cuma mahukan kecemerlangan akademik, segalanya sudah ada di sekolah tempat dia belajar sekarang (SMK Sultanah Asma). Selain dari dekat dengan rumah (tak sampai 1 km) SMK Sultanah Asma adalah merupakan sekolah menengah harian terbaik di Kedah dan sekolah menengah harian ketiga terbaik di Malaysia. Berdasarkan keputusan SPM 2013, GPS (Gred Purata Sekolah) bagi SMK Sultanah Asma ialah 1.78. MRSM Merbok pula GPS untuk SPM 2013 ialah 2.335. Maknanya dari segi pencapaian akademik, sekolah tempat dia belajar sekarang 23.8% lebih bagus dari MRSM Merbok.

Jadi kalau Sha cuma memandang kecemerlangan akademik dia boleh teruskan persekolahannya di sekolah tempat dia belajar sekarang. Tak perlu ke MRSM Merbok.

Tapi jika dia melihat kepada kecemerlangan hidup secara lebih menyeluruh mungkin jawapannya ada di MRSM. Persekitaran yang berbeza di MRSM, tinggal di asrama yang banyak keputusan perlu dibuat sendiri tanpa bimbingan ibu bapa akan mengajarnya untuk menjadi lebih berdisiplin, berdikari, berani dan tabah menghadapi kesulitan dan memperluaskan pergaulan sosial dengan pelbagai variasi berbeza. 

Dan satu lagi yang menyeronokkan tentang MRSM ialah di sana makan 6 kali sehari! Di rumah pula Sha yang ada masalah tak berapa lalu makan sejak kecil cuma makan 2 kali sehari, itu pun sikit-sikit saja "macam gaya burung makan" (istilah JR berikan kepadanya bila tengok cara dia makan yang sangat sikit dan selalu tak habis kerana makan sikit pun sudah kenyang). Tapi jika dia belajar di MRSM, mungkin dengan pengaruh kawan-kawan yang kuat makan dia akan jadi lalu makan dan kata JR kepadanya, "Bila sesekali balik bercuti, harap-harap Sha  akan sedikit chubby!", mungkin naik 10 kg sapa tau..?

selalu...

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
 
 Kalau dok di asrama bolehlah tembam sikit kot....

16 comments:

  1. nak bg pendapat pun serba tak kena..terpulang pada empunya diri utk memilih...

    ReplyDelete
  2. duk asrama nnt kena buli... oopppsss

    ReplyDelete
  3. Ramai yg mengkritik sistem pendidikan malaysia tp bila anak2 kita dpt masuk mana2 sekolah yg berprestasi atau ipta pastinya dlm hati kita ada taman

    ReplyDelete
  4. kalau tanya saya... saya lebih suka dia tinggal dengan keluarga... kurus tak kurus tu belakang cerita... dia tetap membesar kan... since yang dekat tu dia boleh cemerlang...

    ReplyDelete
  5. CH pernah terbaca dr pakar motivasi Datuk Fazilah Kamsah. Jika anak dah selesa di sekolah berdekatan dirumah lebih baik anak2 itu belajar dirumah, kata DFK lagi Asrama itu utk anak2 yg tiada ruang yg selesa belajar Di rumah. Wallahualam.. keputusan Di tangan JR ;)

    ReplyDelete
  6. Susah nk buat kptsan. Kalo nk berdikari pergilah asrama. Ade pro n kontra kan. Kalo drumah sudah baik. Dan sek dkt rumah je. :)

    ReplyDelete
  7. Biasanya budak2 yang sedikit manja ni kalau duduk asrama, akan jadi makin kurus.

    *pada saya, tempat belajar kecemerlangan hidup paling baik adalah di luar rumah.

    ReplyDelete
  8. my anak buah ada yg masuk MRSM . Kelebihan MRSM ni mudah dapat tpt di U wpun result x berapa baik sbb MRSM ni orientasi pembelajarannya seperti pra u ...

    ReplyDelete
  9. psstt: Sha.. dok dengan parents je.. ;) hehehe..

    ReplyDelete
  10. Saya dulu pernah buatkan keputusan untuk memilih jurusan mechathronic untuk Angah belajar di Politeknik Kulim berbanding jurusan pilihannya mekanikal yang lebih kurang mencabar.

    Apa yang berlaku, cuma setahun setengah sahaja dia boleh bertahan di mana akhirnya dia ambil keputusan untuk keluar poly.

    Masa itu sesal saya sudah jadi bubur... Nak masuk semula dengan jurusan yang dia minat tidak mampu kerana kena selesaikan dulu hutang PTPTN.

    ReplyDelete
  11. Memang susah nak buat keputusan sebab Sha pandai sangat...kalau orang dah sedia pandai ni campak jer gi sekolah mana2 tetap pandai jugak dia...

    ReplyDelete
  12. Fuuuhhhh....ssh kan harap sha dan keluarga dpt buat keputusan yg terbaik

    ReplyDelete
  13. biar je dia pilih supaya ibu bapa tak dipersalahkan kemudian hari. sudah terkena pada diri sendiri

    ReplyDelete
  14. kat umah je la.. lebih selesa

    ReplyDelete
  15. Ok jugak dapat merasa pengalaman dok asrama. Saya dulu sekolah harian je tu sebab sampai sekarang ni kurus keramping je.haha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....