»

12 March 2015

Putus Urat Keting!!


Agaknya betullah kata isteri, JR ni memang jenis manusia ketegaq! Korang tau apa tu ketegaq? Ketegaq dalam dialek utara bermakna degil.

Dah 2 hari JR tak pi joging kerana rasa sakit di bahagian bawah buku lali kaki kanan.

Dulu sakit lutut kerana ada sedikit koyakan di bahagian itu. Lepas hilang sakit lutut, JR pi joging balik macam sebelumnya.

Ini sakit kat bahagaian bawah buku lali pula. Itulah masalah orang tua tak sedaq diri, dah berusia setengah abad masih berlagak macam orang muda berjoging 6 km sehari! Akhirnya terimalah hang akibatnya, jalan terjengkek-jengkek. Padan muka!

Akhirnya pagi tadi kerana tak tahan sakit, JR pun pergi jumpa doktor di Klinik Bandar Alor Setar. Terpaksalah ditunjukkan kaki JR yang seksi ni kepada doktor wanita tu:

                               Bahagian yang sakit dalam bulatan merah.

"Bengkak ni, nampak tu..merah-merah.. Ini mesti kes berjalan banyak ni, urat cedera...." kata doktor wanita berusia pertengahan 30an itu.

"Mungkin sebab hari-hari saya joging kot dok..."

"Patut pun...jaga-jaga masa joging tu, apa lagi bila dah berusia (dia nak kata aku dah tualah tu!!). Bila dah berusia urat tak elastik lagi, urat keras dan tegang, mudah cedera kalau guna berlebihan. Jangan sampai putus urat keting.....bahaya!!!"

Putus urat keting? 
Lalu doktor itu berceritalah tentang penyakit JR dan risiko putus urat keting....

Urat keting adalah tendon yang menjadi penghubung tulang tumit dan otot keting. Fungsinya menyelaraskan pergerakan ketika berjalan, berlari dan menjengketkan kaki. Urat ini walaupun tebal tapi ia boleh terkoyak bila melakukan aktiviti keras. Jika membuat gerakan mengejut misalnya melompat secara tiba-tiba, urat keting bukan saja boleh terkoyak, malah boleh putus!

Kata doktor, putus urat keting dianggap perkara biasa di kalangan atlet atau mereka yang sudah berusia yang gemar melakukan aktiviti keras secara berulang.

"Habis jika urat keting putus orang tu macam mana?" tanya JR.

"Kalau terkoyak sikit macam you ni pun dah rasa sakit, bayangkan kalau putus! Kalau putus ambik masa untuk sembuh, apa lagi bila dah berusia".

Akhirnya doktor wanita itu merujuk JR kepada unit fisioterapi untuk rawatan susulan. Jika rawatan di unit fisioterapi juga tak berkesan, dia akan merujuk JR kepada unit orthopedik yang mungkin akan memberi suntikan steroid bagi meredakan kesakitan. Tapi JR rasa JR tak akan sampai ke tahap tu, tak lama lagi baiklah tu...

Untuk sementara doktor itu membekalkan JR ubat tahan sakit:

 
Dan untuk seminggu ni JR kenalah berehat joging seketika. Takut putus urat keting!

5 comments:

  1. ketegaq bukan degil
    ketegaq = sangat-sangat degil
    betul tak?

    ReplyDelete
  2. setuju kata doktor singa...huhuhu...wat hang ketegaq sangat jr....
    slamat berehat kat rumah..arap cepat sembuh dan boleh melakukan aktiviti seperti biasa...amin..

    ReplyDelete
  3. Bila dah biasa dengan rutin yang kita selalu buat, tiba-tiba kena rehat.. rasa meronta-ronta nak buat tapi demi kesihatan kenalah bersabar hingga benar2 pulih.

    ReplyDelete
  4. 'Ketegaq' orang dah 'berusia' ni memang payah nak cakap lah..

    .memang tak serik2....

    ReplyDelete
  5. berehat je lah .klu putus urat keting tu nanti , dah menjadikan org2 tersayang sedih pula ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....