14 February 2015

Viral Kalimah Allah Di Langit: Fakta Atau Auta??


Antara viral yang paling popular dikongsi oleh ramai penggemar media sosial kelmarin ialah gambar awan yang membentuk kalimah Allah di hari pengkebunian Tok Guru Nik Aziz.

JR hanya melihat saja gambar yang ditunjukkan isteri tanpa komen. Ya lah dalam zaman ini tukang tokok tambah dan pakar edit mengedit tu ramai sangat hingga sukar nak percaya semua benda yang dijadikan viral laman sosial:



Tapi bila pagi tadi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 dengar suara Fiso Omar yang kebetulan berada di antara 50,000 orang yang memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tok Guru dan dia dengan matanya sendiri melihat awan berbentuk Allah itu dan sempat mengabadikannya, barulah JR percaya viral yang ramai orang kongsi itu fakta dan bukannya auta.

Fizo juga bercerita ketika keranda Tok Guru dibawa ke tanah perkuburan kelihatan segumpal awan yang sentiasa mengiringi jenazah Tok Guru, cuaca panas jadi teduh, sesuatu yang jarang terjadi dalam keadaan cuaca yang panas terik seperti sekarang.

Bila melihat kebesaran Allah terhadap mereka yang disayangiNya, JR rasa diri sangat kecil. Sangat kecil, lebih kecil dari semut, lebih kecil dari tungau, lebih kecil dari bakteria sebenarnya!!  Kalau tokoh agama berilmu tinggi sepeti Tok Guru meninggal dalam keadaan penuh kemuliaan, betapa nanti aku yang ilmunya cuma suam-suam kuku, amalan tak seberapa ini?? Kecilnya diri...


Dan bila melihat kebesaran Allah dan penghormatan manusia kepada Allayarham ketika matinya, betapa pula perasaan manusia yang pernah menghina Tok Guru ketika hidupnya?





Akhir kalam, jom kita layan lagu Datuk Siti Nurhaliza bertajuk lelaki yang ditujukan kepada Tok Guru. Lagu ini walaupun diterbitkan pada tahun 2013 tapi tak pernah tersiar di mana-mana radio atau TV milik kerajaan mahu pun swasta... kata orang lagu itu diharamkan dari siaran...
 

8 comments:

  1. siapalah kita ya....

    sembahyang fardhu pun lintang pukang berbanding beliau yang istiqomah tahajjudnya

    ReplyDelete
  2. betul tu im jr...amalan masih sekecil zarah...itu pun ada ker tak...

    subhanallah...awan pun mengiringi jenazah arwah...

    ReplyDelete
  3. Kita lihat semua yang terjadi ini, dari pandangan mata hati...
    Dan jadikan iktibar..

    apa apa pun, saya tertarik dan merasakan ada benarnya nasihat DFB ini...
    http://www.drfathulbari.com/2015/02/hati-hati-sanjung-nik-aziz-jangan.html

    ReplyDelete
  4. saya pun ikuti temubual di ntv9 pagi tadi...
    mendengar cerita dari mulut fizo sendiri...
    iktibar buat diri sendiri

    ReplyDelete
  5. menjadi kesedaran kpd diri sendiri ...

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..Allahuakbar..
    Kalau Fizo sendiri bercerita dari apa yang dia nampak memang betullah kan kecuali Fizo yang berkata dusta.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....