13 February 2015

Nik Aziz: Sampai Hati Tulis Begitu..


Ketika kematiannya ditangisi oleh ramai orang tak kira bangsa, agama dan ideologi, berpuluh ribu orang menziarahi untuk beri penghormatan terakhir kepadanya, TV dan radio juga beri penghormatan kepadanya, masjid di beberapa negeri termasuk Selangor, Perlis dan Kedah mengadakan solat ghaib lepas solat Jumaat tengahari tadi, ada juga pemimpin yang tak berhati perut sanggup menghina tokoh ulamak itu ketika jenazahnya belum dikebumikan lagi. Dan malangnya si-pengutuk yang menulis dalam facebook itu seorang pemimpin beragama lslam. Dan dia sendiri bila ditanya wartawan tanpa rasa menyesal mengaku itu adalah tulisan tulen dari facebooknya :

 

Ramai tak sangka, kata-kata itu datang dari seorang pemimpin yang pernah diangkat oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk menjadi calon pilihanraya Parlimen Pasir Mas dalam Pilihanraya Umum 2008 dulu.

Mereka yang terkejut membalas komennya dengan pelbagai cemuhan. Yang lebih memalukan mereka yang bukan Islam juga terkejut ada pemimpin Islam yang sanggup menulis begitu ke atas saudara seagamanya:


Tapi ramai yang membalas kata-kata Ibrahim Ali dengan membandingkan sifat rendah diri dan kebaikan Tok Guru Nik Aziz:

                                      

Sedikit mengenai Datuk Ibrahim Ali:  

~ Datuk Ibrahim Ali memulakan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas bila memenangi pilihanraya 1986 atas tiket BN. 

~ Ibrahim Ali kemudian keluar Umno dan pada 1990 Ibrahim Ali menang pilihanraya atas tiket Parti Semangat 46 mengalahkan calon BN.

~ Ibrahim Ali kemudian keluar dari Parti Semangat 46 dan menganggotai Umno semula.

~ 1995 Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN tapi tewas kepada calon Semangat 46.

~ 1999 Ibrahim Ali sekali lagi bertanding atas tiket BN tapi kalah kepada calon Pas.

~ 2003 Ibrahim Ali dipecat Umno.

~ 2004 Ibrahim Ali bertanding atas tiket Bebas tapi tewas kepada calon Pas.

~ 2008 Pas setuju untuk tidak bertanding dalam pilihanraya 2008 bagi memberi laluan kepada Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas. Bagaimanapun bagi memastikan semua penyokong Pas terus menyokong Ibrahim Ali, Pas setuju Ibrahim Ali menggunakan lambang Pas walaupun dia bertanding atas tiket Bebas. Dengan bantuan jentera pilihanraya Pas, Ibrahim Ali berjaya menewaskan calon BN dengan majoriti besar dalam pilihanraya 2008.

~2014 Ibrahim Ali sekali lagi bertanding atas tiket Bebas tapi ditewaskan dengan majoriti besar oleh calon Pas.

12 comments:

  1. as'salam JR..Etuza jg tak terlepas dari melihat gambar2 di watsup. Subahanallah ada kalimah ALLAH di langit ketika pengebuminanya ..arwah ni..sesungguhnya Allah maha mengetahui..kita manusia banyak kelemahan. Kita hadiahkan al fatihah

    ReplyDelete
  2. umur yang singkat atau umur yang panjang semua ada hikmah tersirat. allah maha tahu segala kejadian...kematian itu sangat dekat..tanpa kira usia kita

    ReplyDelete
  3. maaf bro JR. aku sikit pun tak respek pada si katak ni. bukan sahaja pasal dia suka melompat sana sini, tapi peribadi dia aku tak suka langsung. hidup selalu menyakitkan hati orang. cakap tak ingat. bela melayu konon. melayu yang dibela hanya yang terpilih. aku harap dia bertaubat dan berubah. mana tau esok lusa dia pula pergi mengadap Ilahi....
    penburukonline

    ReplyDelete
  4. ishhhh..x sensitif langsung

    ReplyDelete
  5. Semoga dia dikurniakan hidayah sebelum berakhir hayatnya...

    jangan menjadi anjing tersepit...

    ReplyDelete
  6. di saat semua kawan dan lawan mengakui ketokohan TGNA sebagai ulama dan ilmuan Islam, ada pula yg menongkah arus..

    ReplyDelete
  7. kekadang... viral di fb ni kena semak betul-betul...

    takut ianya fitnah.. dan kita pula sebar tanpa fikir panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya si-pemilik facebook itu sendiri mengaku itu adalah tulisan dari facebooknya. Cuma tulisan itu sekarang telah dipadamkan, mungkin dia rasa panas dikritik atas ketelanjurannya. Tapi tulisan di facebook boleh dipadam, terlajak kata diingat selama....

      Delete
  8. Benar tu Insan Marhaen. Tak pasal pasal dapat dosa sebar fitnah.

    ReplyDelete
  9. Macam2 sekarang ni...konfius..

    ReplyDelete
  10. yer bunda..macam2 perangai manusia..yang kadangkala sesedap mulut berkata2...sedangkan se agama..

    ReplyDelete
  11. Subhanallah betapa mulianya TGNA di mata nonmuslim juga. Allahyarham dapat lembutkan hati mereka ketika hidup. Ibrahim Ali? Banyak kali tewas dalam politik nampaknya.. Malas nak komen lebih sebab ramai dah komen pun. Harap kembali ke pangkal jalan je lah.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....