Bolehkah korang menilai kemampuan dan peribadi seorang lelaki hanya dengan melihat saiz jarinya? Satu kajian baru mendapati yang korang boleh menilai kemampuan dan keperibadian seseorang lelaki hanya dengan melihat saiz jarinya.
Para penyelidik dari Universiti McGill, Kanada telah mengkaji saiz jari lelaki dan mendapati saiz jari lelaki mempengaruhi cara bagaimana mereka melayan dan menghargai wanita.
Kajian mendapati lelaki yang mempunyai jari telunjuk lebih kecil daripada jari manis lebih mudah tersenyum dan ketawa, suka bertolak ansur dan lebih menghormati wanita. Sebaliknya lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang menunjukkan sifat yang lebih suka bertengkar dan tak boleh terlalu dipercayai.
Kajian oleh McGill University, Montreal itu dilakukan terhadap 155 partisipan dengan meneliti perilaku mereka ketika berinteraksi dengan pasangan selama 20 hari berturut-turut.

Dari kajian sebelumnya didapati hormon testosterone seseorang lelaki berkembang sejak mereka masih merupakan janin dalam kandungan ibunya lagi. Makin panjang jari
manis seseorang lelaki menunjukkan paparan hormon testosteronenya lebih banyak dan
inilah yang membuat lelaki berkenaan cenderung menjadi dominan, agresif, malah suka
mempermainkan wanita dan curang.
"Lelaki dengan jari telunjuk lebih pendek pula sebaliknya lebih cenderung untuk menjadi pendengar yang baik kepada pasangannya, mudah tersenyum dan ketawa, berkompromi dan suka memuji pasangan bicaranya, terutama jika ia melibatkan wanita," kata Debbie Moskowitz seperti yang tersiar dalam CBS News beberapa hari lepas.
Menariknya, kata Moskowitz lelaki dengan jari telunjuk yang lebih pendek rata-rata juga mempunyai lebih ramai anak. "Kami menjangka ia berlaku kerana mereka (lelaki dengan jari telunjuk lebih pendek) lebih mudah menjalin hubungan yang harmonis dengan wanita dan keharmonisan hubungan itulah yang menyebabkan mereka mempunyai lebih banyak anak" katanya.

JR tak pasti sama ada kajian oleh pihak universiti itu boleh dipercayai sepenuhnya. Tapi bila melihat jari telunjuk JR yang tidak begitu panjang dan membandingkan dengan bilangan anak yg boleh muat satu gerabak keretapi rasa macam hampir-hampir nak percaya juga dengan hasil kajian itu. Tapi segalanya itu mungkin kebetulan kerana urusan zuriat seperti juga jodoh dan maut, Dialah yang menentukankannya...
Ciri-ciri lelaki harmonis, penyayang dan mampu menurunkan zuriat yang ramai boleh dilihat dari jari telunjuknya yang tidak panjang??
Ciri-ciri lelaki harmonis, penyayang dan mampu menurunkan zuriat yang ramai boleh dilihat dari jari telunjuknya yang tidak panjang??
hm, rasanya jari telunjuk memang lebih pendek kan? agak beruntung bagi yang ada kecacatan fizikal (takde jari atau seumpamanya), orang lain tak boleh baca personaliti.
ReplyDeletesaya sebenarnya tak percaya langsung dengan kajian2 macam ni. manusia ni bukannya macam buah manggis, yang boleh tau berapa ulasnya. setiap kita ni kan berbeza. sedangkan anak kembar pun ada perangai tersendiri, walau pun semuanya seiras.
Inilah salah satu hasil kajian yang paling kelakar dan paling tak boleh dipercayai. Hihihi
ReplyDeleteJari telunjuk bukan lebih pendek ke..?
ReplyDeleteSetakat baca bolehlah.. nak percaya.. eemm.. terpulang.. sebab dia telah ditakdirkan untuk kita, jadi pendek atau panjangnya jari itu bukan penentu sikap sebenar lelaki itu..
mgkn ada kot tapi 1:10000 sape tau kan kerja ALLAH..
ReplyDeleteTerus telek jari sendiri lepas baca entry JR ni!
ReplyDeleteHahahaha
jari kaki pun termasuk x? hehe
ReplyDeleteBetul ke ni jari JR ke?
ReplyDeleteHehe..1 gerabak ye.
Ada yang kata, kalo jari telunjuk lebih panjang drpd jari manis, maknanya dia berbakat dalam sukan. Tapi hati2 JR post gmbr jari kat sini. Ada org boleh tau rahsia sulit JR melalui pengamatan jari je. Heheheh.
ReplyDeletesepantas kilat tengok jari hubby :-P
ReplyDeletecomel je jari tu.. jari Jay ke jari anak? wahahaha :p
ReplyDelete