Ketika ibu mengandungmu, kami kedua ibu bapamu hanya mengharapkan kau dilahirkan selamat dan sempurna seperti 5 abang-abangmu. Sama ada anugerah Allah nanti seorang putera atau puteri kami tidak begitu teruja untuk mengetahuinya. Jika lelaki seperti sebelum-sebelumnya alhamdulillah, jika perempuan satu bonus istimewa dari Allah bagi melengkapkan keluarga ini.
Dan ketika petugas Hospital Alor Setar beritahu ibumu telah selamat melahirkanmu dan waris dibenar melawat, ayah pergi sambil hati terus berdoa semoga ibu menghadiahkan anak comel yang sempurna.
Ketika menuju ke Bilik Bersalin, terlihat seorang petugas sedang menolak kerusi dari Bilik Bersalin ke Wad Kelas Satu, di atasnya ibumu dengan wajah ceria - lebih ceria dari biasa - sedang memangku wajah kecil berbungkus kemas.
"Boleh saya yang tolak kerusi ini ke wad?" ayah meminta izin dari petugas Wad Bersalin. Petugas Wad Bersalin mengizinka ayah menolak kerusi itu memasuki wad.
Sebelum masuk ke wad ayah berhenti seketika untuk menatap wajahmu lebih lama buat pertama kali. Ayah mengucupmu... terima kasih Tuhan menganugerahkan aku seorang anak yang sempurna!
"Abang tak nak tau ke anak lelaki ke perempuan?" tanya ibumu, kerana biasanya itulah soalan pertama yang akan keluar dari mulut ayah setiap kali ibumu melahirkan anak-anaknya sebelum ini.
"Dah tau... masuk dalam wad nanti abang azankan.." kata ayah.
"Awat pula nak azan... anak perempuan kena iqamat.." jawab ibumu masih tersenyum.
"Iqamat? Jadi anak perempuan la ni..?? Alhamdulillah...."
Ingatkan anak lelaki lagi seperti sebelum-sebelumnya, rupanya dapat juga anak perempuan!
Tiba-tiba mata ayah berair.....
Sudah 10 tahun sejak kelahiran anak pertama hingga kelima, kami mengharapkan akan lahir seorang puteri bagi menyeri dan melengkapkan keluarga ini. Tidak sangka sama sekali akhirnya Allah anugerahkan seorang puteri kerana kami menyangka seperti kelahiran terdahulu yang akan lahir ialah seorang putera.
Terima kasih Tuhan atas kurniaan ini...terima kasih kerana melengkapkan keluarga ini dengan anak-anak lelaki dan perempuan yang semuanya sempurna dan sihat hingga kini...
Wajahmu ketika berusia 4 bulan
Kini kau telah dewasa, anakku. Hari ini 17 Februari 2015 adalah ulang tahun kelahiranmu yang ke-16.
Selamat hari lahir ke-16 Fatrisha Amira. Semoga kau berbahagia selalu...
Kami kedua ibu bapamu tidak mengharapkan apa-apa darimu kecuali kau membesar dan dewasa sebagai muslimah sejati, mematuhi perintah Allah dan mengingatiNya selalu...
happy birthday Fatrisha!!
ReplyDeleteIni anak bongsu JR kan?
Dan satu satunya puteri..
Mesti kemanjaan mak ayah ni...hihihih
selamat ulang tahun fatrisha..
ReplyDeleteramai juga ank jr :-)) ...alhamdulilah ..semoga semu diberi kesihatan dan perjalanan hidup yang baik2..insyallah..amin
selamat menyambut hari lahir fatrisha . semoga akan menjadi anak kebanggan ayah ibu ...
ReplyDeleteSelamat hari lahir Fatrisha..ohhh baru 16 tahun ehh...dah pandai berpandai bergaya kalah sis JM tau...
ReplyDeleteSelamat hari Lahir Fatrisha... sorang anak perempuan dah tentu tentu jadi adik manja keluarga tu kan...
ReplyDeleteHB gigirl...ni mst anak manja ayah ni...
ReplyDeleteamboii manis dan sopannya anak dara..semoga menjadi insan yg solehah ya..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Fatrisha..
ReplyDeleteMoga sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian..
Pasti dia seronok bila berada dikelilingi abg2 kesayangan.. ;)
psstt: nak tanya.. 17 Januari ke 17 Februari 2015 dalam entry JR tu..? typo..?
saya dulu tak sempat nak sambut kelahiran anak sebab tertidur atas kerusi kayu.
ReplyDeletetau-tau jururawat tolak katil keluar wad bersalin pindah ke wad biasa...