Korang pernah makan belut? Sejujurnya JR sendiri belum pernah makan belut.
Kata orang daging belut sangat sedap. Dagingnya lembut seperti daging ayam. JR belum dapat mengesahkannya sejauh mana kesedapan tanpa merasa sendiri nikmat kesedapannya.
Kata orang daging belut sangat sedap. Dagingnya lembut seperti daging ayam. JR belum dapat mengesahkannya sejauh mana kesedapan tanpa merasa sendiri nikmat kesedapannya.
Teringat cerita seorang kawan JR masa belajar kat kampus dulu yang akan meninggalkan makanan setiap kali disebut belut kerana katanya dia boleh muntah jika disebut belut masa makan. Setiap kali disebut belut dia teringat ular!
Suatu hari kawan JR itu ikut seorang rakan lain balik ke kampungnya di Perlis. Ketika makan tengahari, punyalah sedap makan 'kari ikan' masakan ibu kawannya sampai dia bertambah 2 kali sedangkan dia yang selalu jaga badan biasanya makan tak betambah.
Malam itu kawan dari Perlis tu tanya: "Makan tengahari tadi sedap tak?"
"Sedap... 'kari ikan' tu paling sedap. Balik nanti aku nak suruh emak aku buat. Tapi resepi gulai ikan Perlis tak sama dengan kari ikan Johor. Kalau mak kau bagi resepinya baguslah, nak minta mak aku masak..."
"Betoi hang nak resepinya? Kalau hang nak resepinya aku boleh bagi..." jawab kawan dari Perlis tu, "Bahannya... pertama, seekor atau dua ekor belut saiz sederhana yang..."
"Apa...belut? Jadi..." terkejut beruk kawan JR dari Johor tu..
"Ya lah, gulai yang hang makan tadi tu gulai belut. Hang ingat gulai apa..?" jawab kawan dari Perlis tu tergelak kuat.
"Masa makan tengahari tadi kau kata gulai ikan, aku ingat gulai ikanlah.."
"Haa laaa.. kalau aku kata gulai belut sure hang tak lalu makan punya, aku katalah gulai ikan. La dah hang pun mengaku gulai belut sedap, aku bagitaulah perkara sebenar..." terang kawan dari Perlis itu.
Kawan JR dari Johor tu termenung beberapa minit sambil mengurut dada. Kalaulah beberapa minit lepas makan tengahari tadi kawan dari Pelis tu beritaunya apa yang dimakannya sebentar tadi itu gulai belut, mesti dia dah muntah kuning! Tapi sekarang dah malam, dah 10 jam lepas makan belut, tekaknya tak rasa apa-apa lagi...
"Esok suruh mak kau buat gulai belut lagi, tak tau pula belut tu sedap...Patutlah harga belut di Jepun mahal..." pinta kawan dari Johor itu.
Korang tau mengapa tiba-tiba JR bercerita tentang belut? Ini kerana pagi kelmarin JR pergi dengan puan isteri dan anak perempuan kami ke Pasar Kg Berjaya, Alor Setar dan ternampak belut kering yang dijual oleh seorang lelaki muda dibantu oleh seorang perempuan, mungkin isterinya:
Terliur tak tengok belut kering di Pasar Kg Berjaya ni?
JR tanya peniaga tu apa resepi masakan yang paling sedap untuk belut kering? Jawab lelaki itu belut kering boleh dibuat sambal tumis, goreng berempah juga boleh. Masak ala gulai ikan kering campur nenas dan terung pun boleh. Tapi katanya sebelum masak rendam dulu belut itu sampai kembang untuk melembutkannya.
JR rasa macam nak beli belut kering tu tapi isteri menunjukkan muka tak suka. Kalau JR beli agaknya JR lah sendiri yang kena masak. Dan kalau JR masak, JR dah agak anak isteri akan boikot belut yang dimasak. Ramai yang masih teringat ular bila melihat belut, itu masalahnya....
Kalau korang pernah makan belut, JR nak kongsi satu resepi belut yang JR cedok dari blog Suzannazamri. Tapi resepi belut di bawah ini sesuai untuk belut hidup, bukan belut kering kot....:
Xpernah dgr belut kering. Tp kalo belut biasa tu...mkn.sedap. Sgt suka.. Kalo mkn sushi pon. Belut yg dicari..nyum2..
ReplyDeletepernah makan sup belut dan belut goreng kunyit kat kuala selangor.... not bad rasanya... hehe
ReplyDeleteDiana pernah mkn...x tahu nak kata mcm mn...sbb ms tu beli sup belut...tauke Kedai potong kecik2 belut tu..dah mcm dadu pun ada...x dpt nak menikmati sepenuhnya...nak beli yg hidup2..,agak geli ngk rupa paras belut tu (^_^)
ReplyDeletesaya asal johor . masa kecik adalah kerap juga jumpa belut ni bila arwah abah nak dalamkan parit sempadan kebun ... belut ni geraknya laju juga mcm ular . bdnnya licin n mmg susah nak tangkap ... my bunda suka je sbb ada lauk utk dimasak . selalunya y bunda goreng atau masak lemak cili padi ... rasa daging belut ni lbh kurang mcm ikan keli ... ikan darat kan ...
ReplyDeletesaya boleh makan..yang penting saya tak nampak masa siang dan bersihkan.kalau dah masak jadi lauk, tak kisah dah..telan je
ReplyDeletex penah mkn belut...errr...x lalu bl teringat upa parasnya...hihihi tp area umah mak byk belut :p
ReplyDeleteSaya mmg tak makan belut. Ikan keli pun tak makan. So, saya dah tahu saya ni jenis yg memilih makanan. Setiap kali sebelum makan apa2 saya akan tanya dulu, ni ikan apa? Ni daging apa? Takut daging arnab ke, landak ke. Mana la tahu kan. Heheh.
ReplyDeleteasalamualaikum jr..dh lma tak singgah sni..alahai..kembang tekak yan...nampak belut tu
ReplyDelete