»

10 February 2015

Kenapa Hantar Anak Ke Sekolah Agama Swasta?


Setiap kali hantar anak perempuan JR ke sekolah menengah, pasti melalui sekolah rendah agama swasta itu yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar. Sesuatu yang tak menyeronokkan ketika melalui jalan itu ialah kesesakan yang boleh tahan juga. Ini kerana kereta berbaris untuk turunkan anak masing-masing di luar pagar sekolah. 

Melihat kenderaan-kenderaan yang hantar anak ke sekolah agama swasta itu, kita boleh agak latar belakang keluarga kanak-kanak itu. Memang ada yang menghantar anak naik motor kapcai, tapi yang menyumbangkan jam ialah ibu bapa yang berkereta, sebahagiannya kereta mewah. Bila ibu bapa berkereta mewah - BMW, Mercedes, Accord dan pacuan 4 roda berjenama, kita boleh agak pekerjaan mereka. Mereka pasti bukan penjual goreng pisang, penjual nasi lemak gerai tepi jalan atau kakitangan kerajaan dan swasta pangkat rendah. Mereka pasti seseorang yang banyak duit.

Ironisnya, sekolah rendah agama swasta itu  nampak seperti biasa-biasa saja. Ia sebuah sekolah 2 tingkat diperbuat dari kayu dan catnya juga nampak sudah agak pudar. Ada yang kata kemudahan di sekolah rendah agama itu tidaklah sebaik sekolah kebangsaan. Tenaga pengajarnya pula cuma kelihatan seperti cikgu/ustaz biasa-biasa saja, tak nampak membawa perwatakan penuh kemegahan duniawi..

Pernah tak korang terpikir mengapa ibu bapa berpangkat besar, bekerjaya bagus, status sosial ternama, menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama swasta yang kurang kemudahan, guru kurang terlatih dan yuran yang dikenakan pula agak tinggi? Satu lagi yang ironis ialah ada guru sekolah,  penolong kanan sekolah, pengetua sekolah kerajaan sendiri menghantar anak mereka ke sekolah agama swasta yang nampak seperti "ketinggalan"? Mengapa berlaku begitu?

Tadi JR baca jawapan kepada persoalan ini di Facebook:





86 comments:

  1. Subhanallah, indahnya pemikiran mereka. Solat itu tiang agama.
    bila tiangnya tidak kukuh rebahlah amalan/displin yang lain.

    ReplyDelete
  2. cucu yan 2 2 sekolah tahfiz swasta...mudahan jadi anak soleh dan solehah....

    mula2 yan tak setuju juga..tapi melihat perubahan mereka..syukur alhamdulilah..ayat al quran..zikir tak lengkang di bibir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul puan. byk perubahan. berlumba2 hafal surah al quran. zikir jd amalan

      Delete
  3. Patut la engineer sy hntr 5 org anak2 dia ke skolah agama swasta...mgkin ni la jwpnnya...Subhanallah...

    ReplyDelete
  4. kalau Hana sendiri pun prefer benda yang sama. Tapi sekarang sekolah agama swasta pun dah upgrade dan sgt hi tech macam ASIQ bukan sebarang pondok..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, makin ramai ibubapa yang menitikberatkan perkara ini pada anak2 mereka. Satu perkembangan yg sihat saya rasa. InsyaAllah saya juga berniat nak hantar anak ke skolah swasta jika ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
  6. JR , CH nak kongsi juga pengalaman CH ni yg menghantar anak sekolah agama swasta dan selepas tu CH change tu sekolah kerajaan.. setahun CH menahan rasa menyesal yg amat sangat dimana anak2 CH mengalami "enviroment shock" dari sekolah rendah agama swasta dari darjah 1-4 lepas tu pergi sek. kebangsaan biasa.. yang CH kesal bila anak CH nak minta keluar solat cikgu boleh cakap tak pe solat dirumah ajer lagi pun belum akhil baligh lagi.. aduh.. rasa tertampar dipipi CH rasanya bila anak balik cerita macam tu, puas kita mendidik anak, cikgu boleh cakap macam tu (CH pernah buat entri mengenainya http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2013/01/bukan-mama-yang-suruh-tetapi-allah-yang.html ) Esoknya CH boleh gi sekolah jumpa cikgu kelas minta tolong bagi perlepasan untuk solat. Sampai CH terpaksa ajar mereka pergi solat dulu baru rehat di kantin. Ini kerana mereka bersekolah petang. Masuk Kelas pukul 1.15 pm jadi belum masuk waktu solat zohor, jadi rehat pukul 3.15pm tu lah mereka dpt solat zohor dan nasib baik balik CH jemput sendiri dan suruh mereka bersolat asar dulu sebab balik pukul 6.30pm nanti sampai rumah dah nak maghrib.. solution tahun depan tukar balik mereka ke sekolah agama swasta balik semula.. cuma kakak ajer terpaksa teruskan sekolah disitu.. frust juga sebab kebanyakan mata pelajarannya drop berbanding di sekolah lama.. fikirkan masa disekolah lama bila periksa dapat nombor periksa dalam kelas mesti bawah 10... mula2 masuk sekolah kebangsaan periksa awal tahun dapat periksa no 6 dalam kelas, akhir tahun dapat periksa no 31 aduh.. sekali lagi rasa tertampar..
    Sesungguh CH bukan orang berada JR tapi CH kena korbankan wang ringgit demi masa depan anak2 di akhirat kelak.
    Maaf lah panjang pulak komen CH ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo mcm tu...sy pn tgh survey skolah agama utk anak sy kelak

      Delete
    2. Ooo mcm tu...sy pn tgh survey skolah agama utk anak sy kelak

      Delete
    3. Sy dh hantar anak sy ke sekolah agama swasta seawal 4 thn.....alhamdulillah....anak sy dh boleh hafal surah2 pendek dan bacaan2 dalam solat.....sgt berbaloi wpun mahal sikit berbanding sekolah kerajaan

      Delete
    4. Bintu Hani9/10/16 2:57 PM

      Inilah sebab utama mak ayah saya menghantar kami ke sekolah menengah agama swasta dan kerajaan....2 orang sekolah agama swasta 5 org sekolah menengah agama kerajaan....walaupun ada antara kami yg dpt sekolah berprestasi tinggi tp kerana kekhuatiran dan kerisauan seorang ayah takut anak2nya menjadi seorang yg meringankan solat malah lebih teruk meninggalkan solat....beliau menghantar kami semua dlm persekitaran yang mengutamakan solat....kami pernah kecil hati dahulu sbb tak tahu tujuan ayah menentukan sekolah2 kami....tp sekarang baru tahu hikmahnya....ayah jarang2 bertanya tentang solat kami....tp sebenarnya ayah lihat dlm diam....ayah tahu kami mengutamakan solat sbb setiap kali kami pulang asrama...sewaktu tiba di stesyen bas kami akan minta izin solat dahulu sebelum bertolak pulang ke rumah....di situ ayah tahu...walau kemana pun anak2 nya pergi....dia yakin anak2nya tidak akan meninggalkan solat...satu hadiah yg amat besar baginya...

      Delete
    5. Bintu Hani9/10/16 3:06 PM

      Inilah sebab utama mak ayah saya menghantar kami ke sekolah menengah agama swasta dan kerajaan....2 orang sekolah agama swasta 5 org sekolah menengah agama kerajaan....walaupun ada antara kami yg dpt sekolah berprestasi tinggi tp kerana kekhuatiran dan kerisauan seorang ayah takut anak2nya menjadi seorang yg meringankan solat malah lebih teruk meninggalkan solat....beliau menghantar kami semua dlm persekitaran yang mengutamakan solat....kami pernah kecil hati dahulu sbb tak tahu tujuan ayah menentukan sekolah2 kami....tp sekarang baru tahu hikmahnya....ayah jarang2 bertanya tentang solat kami....tp sebenarnya ayah lihat dlm diam....ayah tahu kami mengutamakan solat sbb setiap kali kami pulang asrama...sewaktu tiba di stesyen bas kami akan minta izin solat dahulu sebelum bertolak pulang ke rumah....di situ ayah tahu...walau kemana pun anak2 nya pergi....dia yakin anak2nya tidak akan meninggalkan solat...satu hadiah yg amat besar baginya...

      Delete
  7. Sudah dikatakan bahawa solat itu tiang agama, maka kenalah kukuh tiangnya untuk terdirinya agama di dalam jiwa...

    Bila kita sendiri 'tak sempat' mengajar biarlah ada yang lebih arif memberikan tunjukajar agar jalan hidup anak2 tidak tersasar...

    ReplyDelete
  8. majoriti anak sedara saya pun dihantar ke sek ren agama. Kecuali di tempat yg mmg takde, terpaksalah ke sek biasa. Bayaran lebih, kemudahan mungkin tak selengkap sek kerajaan. Tapi yg penting didikan agama yg diterapkan tu yg tinggi nilainya.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Takut juga klu anak2 rajin solat semasa kat sekolah je...balik rumah tak solat sebab parent sendiri pun x jaga solat... yg pentingnya didikan parent di umah sejak awal umur anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga..kawan saya lain kes..anak pulak yg tazkirahkan dia balik.. :)

      Delete
    2. btol...kadang2 anak2 ni bila dh dapt didikn di sekolah...die boleh tazkirah mak ayah die balik...tk kn mak ayah tk terase kot...

      Delete
    3. btol...kadang2 anak2 ni bila dh dapt didikn di sekolah...die boleh tazkirah mak ayah die balik...tk kn mak ayah tk terase kot...

      Delete
    4. Sekolah anak sy pon ada borang checklist stiap kali pulang bercuti

      Delete
  11. kalau anak tak cukup solat 5 waktu , itu bkn salah sekolah atau cikgu tapi salah ibu bapa yang tak dapat didik anak dgn baik di rumah . Bapa adalah imam dlm rumahtangga yg brtanggungjwb mendidik isteri dan anak - anak termasuklah mengajar solat serta hukum hakam agama lainnya . klu di rumah ibu bapa tak buat solat berjamaah , biarkan anak leka dgn waktu solat , tak perlulah salahkan cikgu . cikgu hanya di sekolah dan mereka tak boleh ajar dan pantau sampai rumah . di akhirat nanti malaikat akan tanya ibu bapa bukan cikgu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju...

      Delete
    2. Ya betul..ibu bapa lepas tangan Dan harapkan orang lain untuk membentuk dan mendidik anak

      Delete
  12. saya bekas sekolah sekolah agama swasta. Memang best dan pelajaran yang berkaitan dengan agama kalau nak dibandingkan dengan sekolah menengah biasa. Biasalh parent keutamaan buat anak adalah tidak lupa pada agama bila besar nanti dan tidak terhanyut dengan hiburan yang semakin hari semakin agresif. Duit bukan satu keutamaan bagi ibu bapa yang ingin membesarkan anak dengan ilmu agama.

    ReplyDelete
  13. saya cuma mampu hantar anak yang sulong ke sekolah agama swasta. anak kedua dan ketiga sekolah biasa sebab dah tak mampu.

    memang banyak bezanya antara anak sulong dan anak keduaapatah lagi yang ketiga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga yg siling dpt Bantu ayahnya bimbing adik2nya yg lain. Tp yg utama, ayah n ibu perlu didik dgn guna apa jua cara walau di mana pun anak bersekolah.

      Delete
  14. ohhh itu sebabnya. betoi kan. kadang kita ni sibuk cari duit utk besarkan dorg bila time office hours tak dapat tengok ajar dorg. baik lah sekolahkan dekat sekolah agama swasta

    ReplyDelete
  15. Sy rasa sy tahu nm sek yg sdra mksudkn. Sy juga mnghntr 4 dr 5 ank sy ke sek agama swasta. Semua yg anda persoalkn ttg sek, ttg ustaz dn ustzhnya semua btul.. Sy pntingkn tarbiyyah dan persekitaran sek ank pd peringkt ia membesar.. Tahniah dgn entri ini..:)

    ReplyDelete
  16. Saya pun antara parent yg hantar sekolah tersebut. Penekanan solat, surat & mengaji AL Quran ditekankan dari tahun 1.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Saya juga antar anak kesekolah agama swasta di selangor dr tadika hingga ting 5.Wp sekolah jauh dr rumah sy sanggup antar d ambil anak setiap hr. Memang tarbiyahnya berbeza d pergaulan pun berbeza tetapi pd sy ibu bapa di rumah pun sepatutnya mmainkan peranan yg sama ptg ngan guru di sekolah agama klau tidak ank jd confuis d lbh suka akhirnya mgikut mn yg senang d seronok pdnya.maksud saya di sekolah di ajar d dididik lbh keagamaan tp di rumah suasana berbeza mk bapak gemar bekaraoke, tidak solat, jarang ada di rumah sibuk berniaga d yg sedihnya mk x menutup aurat. Hasilnya tarbiyah dr sekolah umpama memcurah ke daun keladi x melekat di hati.Ini sy lihat sendiri dr student lain di sek anak sy yg umpama hidup dlm 2 alam berbeza yg penuh kepura2an.Pd sy mk bapak x blh harapkan sek agama 100% utk mbentuk ank yg soleh d solehah.Tarbiyah d didikan mk bapak dr rumah lbh utama manakala sekolah agama hanya mbantu setakat yg mampu.

    ReplyDelete
  19. Anak sulung saya sekolah tahfiz.alhamdulillah...tahun depan masuk darjah 2.dah dapat solat dgn baik.xpernah tinggal solat dhuha.solat sgt dijaga.byk amalkan sunnah rasulullah.faham tentang aurat.sudah pandai membaca al quran..saya bersyukur sgt2.Walaupun guru yg mengajar bkn opsyen,akademik dia bagus.saya juga seorang guru.so,dapatlah saya bantu mana yg boleh.kepada ibu bapa semua...sekolah tahfiz adalah pilihan terbaik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya tidak bersekolah tahfiz..tp tetap cukup solatnya , solat dhuha dan solat tahajud tak tinggal, baca al quran setiap waktu lps solat dan skrg sdg cuba mengafal surah2 pula...alhamdullillah..bagi saya tak kisah sekolah mana ..pendidikan itu bermula dihati dan dirumah...di sekolah pengukuhan sahaja...

      Delete
    2. Rezeki masing2x di dlm mendidik anak2x. Ada yg mudah adakalanya sukar.

      Delete
  20. Ada sapa2 tahu dan boleh recommend mana sekolah agama swasta yang bagus2...
    Jauh pon takpa lah, boleh ajar anak berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah Menengah Islam Tahfiz AlAmin (SMITA) Chenderong Balai Teluk Intan Perak.
      Google la..

      Delete
    2. Sekolah Menengah Islam Tahfiz AlAmin (SMITA) Chenderong Balai Teluk Intan Perak.
      Google la..

      Delete
    3. Sekolah tinggi islam as sofa rembau negeri sembilan terbuka utk ting 1-5 lelaki. Utk perempuan di Seremban.

      www.stiasrembau.blogspot.com

      Delete
    4. Sekolah tinggi islam as sofa rembau negeri sembilan terbuka utk ting 1-5 lelaki. Utk perempuan di Seremban.

      www.stiasrembau.blogspot.com

      Delete
    5. Assalamualaikum, saya pun nak share. Anak2 saya 6 org, sorg je puteri yg sulung. Ekonomi Kami sederhana tp suami nak ketika itu anak baru 4 org semua sekolah swasta agama dijohor.ada akademik n agama. Dari tadika islam ke sekolah rendah n terus kemenengah. Yuran mmg terasa mahal. Ikat perut dan brg2 syurga dunia. Alhamdulillah.. tp bila lahir anak ke 5 dan ke 6 kami berpindah jauh dN daerah tu xde sekolah swasta agama. Jd yg dua org tu masih kecil dihantar ke sekolah kerajaan. Mmg berbeza, dr segi kerja sekolah yg setiap subjek ada banyak homework setiap hari, pikul beg besar n berat. Stress dibuli n melihat anak2 lain kena buli, dan sgt kurang sihat perkembangan emosi. Kemudian saya fikir xkan sampai bila2 begini, kesian saya lihat anak2 lelaki saya xdpt mcm kakak n abg yg lain belajar. Walau pun mlm saya hantar lima hari seminggu ke kelas fardu ain swasta tetap xsama. Saya dan suami terus tekad hantar anak2 saya masuk ke madrasah tahfiz dijohor bahru. Alhamdulillah mereka gembira dan sgt teruja belajar qalam Allah. Kini anak2 saya yg 4 org telah pun berjaya dan hampir berjaya kearah cita2. Seorg pendidik sekolah islam, seorang doktor, seorang tukang masak, dan seorang bahagian perladangan. Saya bangga dan bersyukor kerana xsia2 suami melabur wang pd jalan Allah. Anak2 saya sangat mudah tersentuh dan lembut hati dgn agama dan sekeliling mereka. Bukan sekolah kerajaan semua xbagus tp saya dN suami nak kan saham akhirat dan anak2 yg soleh. Kita yg mencorak kain buat mereka. Kita juga yg akan dipersoal dihadapan Allah swt. Sekurang2 nya ibu vapa dah cuba yg terbaik untuk agama islam anak2 kita. Hidayah Allah yg beri. Maaf panjang cerita saya..semoga ibu2 diluar sana xteragak2 memilih jln yg betul buat anak2 bakal saham kita.

      Delete
    6. Assalamualaikum, saya pun nak share. Anak2 saya 6 org, sorg je puteri yg sulung. Ekonomi Kami sederhana tp suami nak ketika itu anak baru 4 org semua sekolah swasta agama dijohor.ada akademik n agama. Dari tadika islam ke sekolah rendah n terus kemenengah. Yuran mmg terasa mahal. Ikat perut dan brg2 syurga dunia. Alhamdulillah.. tp bila lahir anak ke 5 dan ke 6 kami berpindah jauh dN daerah tu xde sekolah swasta agama. Jd yg dua org tu masih kecil dihantar ke sekolah kerajaan. Mmg berbeza, dr segi kerja sekolah yg setiap subjek ada banyak homework setiap hari, pikul beg besar n berat. Stress dibuli n melihat anak2 lain kena buli, dan sgt kurang sihat perkembangan emosi. Kemudian saya fikir xkan sampai bila2 begini, kesian saya lihat anak2 lelaki saya xdpt mcm kakak n abg yg lain belajar. Walau pun mlm saya hantar lima hari seminggu ke kelas fardu ain swasta tetap xsama. Saya dan suami terus tekad hantar anak2 saya masuk ke madrasah tahfiz dijohor bahru. Alhamdulillah mereka gembira dan sgt teruja belajar qalam Allah. Kini anak2 saya yg 4 org telah pun berjaya dan hampir berjaya kearah cita2. Seorg pendidik sekolah islam, seorang doktor, seorang tukang masak, dan seorang bahagian perladangan. Saya bangga dan bersyukor kerana xsia2 suami melabur wang pd jalan Allah. Anak2 saya sangat mudah tersentuh dan lembut hati dgn agama dan sekeliling mereka. Bukan sekolah kerajaan semua xbagus tp saya dN suami nak kan saham akhirat dan anak2 yg soleh. Kita yg mencorak kain buat mereka. Kita juga yg akan dipersoal dihadapan Allah swt. Sekurang2 nya ibu vapa dah cuba yg terbaik untuk agama islam anak2 kita. Hidayah Allah yg beri. Maaf panjang cerita saya..semoga ibu2 diluar sana xteragak2 memilih jln yg betul buat anak2 bakal saham kita.

      Delete
  21. Boleh google sekolah menengah islam tahfiz al amin (SMITA) Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.
    Anak saya bersekolah disitu.

    ReplyDelete
  22. Asas pendidikan agama bermula di rumah.. seawal dlm kandungan. Bukan sekolah yg mencorak anak2 menjadi soleh/solehah tetapi ibubapa itu sendiri. Cuma kalau dia bersekolah di sri satu bonus utk mengukuhkan apa yg tlh bermula dr rumah.
    SK yg keseluruhan muridnya Islam xde masalah utk pentadbir menerapkan nilai2 n jiwa Islam dlm diri murid2. Tetapi bg SK yg muridnya bercampur mereka perlu menjaga sensitiviti agama lain. Murid tidak bermasalah tetapi ibubapa mereka.
    Ada juga sri/smi yg byrn pengajian tinggi hanya menjaga bab2 solat tetapi akhlak murid tidak dpt dijaga dgn baik krn masalah ibubapa yg memberi sumbangan besar tidak membenarkan anak2 mrk disentuh sekiranya ada masalah disiplin. Maka skolah menetapkan masalah disiplin tidak terlalu dititikberatkan demi menjaga dana yg diperlukan utk kegunaan skolah.
    Sy mengeluarkan pendapat dr pengalaman sendiri...

    ReplyDelete
  23. SEK REN DAN SEK MEN ISLAM HIDAYAH JB JOHOR.

    www.hidayah.edu.my

    ReplyDelete
  24. Koi seorang guru sekolah kebangsaan... Anak koi sekarang sedang belajar di maahad tahfiz al quran al ahmadi tanjung batu, nenasi, pekan, pahang.
    Anak koi mula belajar di maahad seawal usia 11 tahun dan kini tahun kedua anak koi berada di maahad.12 tahun bermakna anak koi akan menduduki UPSR namun bagi koi biarlah anak2 koi terus mendalami ilmu al quran sehingga selayaknya bergelar hafiz.... Bukan gelaran yang dicari dan didambakan tetapi keredhaan Allah jauh lebih penting... Pendapat koi... Apabila ilmu al quran penuh didada ilmu lain dengan mudah untuk diisi.... Al Quran sumber segala ilmu....
    Di maahad anak koi sentiasa menjaga perlakuan, tatasusila dan pergaulan. Namun yang paling utama segala amalan solat sunat terjaga... Tahajud, witir, taubat, dhuha terjaga rapi dan menjadi amalan harian...... Apalagi yang kita nak sebagai ibubapa

    ReplyDelete
  25. Koi seorang guru sekolah kebangsaan... Anak koi sekarang sedang belajar di maahad tahfiz al quran al ahmadi tanjung batu, nenasi, pekan, pahang.
    Anak koi mula belajar di maahad seawal usia 11 tahun dan kini tahun kedua anak koi berada di maahad.12 tahun bermakna anak koi akan menduduki UPSR namun bagi koi biarlah anak2 koi terus mendalami ilmu al quran sehingga selayaknya bergelar hafiz.... Bukan gelaran yang dicari dan didambakan tetapi keredhaan Allah jauh lebih penting... Pendapat koi... Apabila ilmu al quran penuh didada ilmu lain dengan mudah untuk diisi.... Al Quran sumber segala ilmu....
    Di maahad anak koi sentiasa menjaga perlakuan, tatasusila dan pergaulan. Namun yang paling utama segala amalan solat sunat terjaga... Tahajud, witir, taubat, dhuha terjaga rapi dan menjadi amalan harian...... Apalagi yang kita nak sebagai ibubapa

    ReplyDelete
  26. Sekolah Rendah Al Hidayah Ipoh Perak.
    Sekolahku Syurgaku.
    Saya dengan bangganya memperkenalkan sekolah Al hidayah Ipoh. Sebuah sekolah swasta yang agak terkenal di Ipoh. Banyak rahsia yg ada dalam sekolah swasta ni yg menyebabkan ibubapa sanggup menghantar anak2 ke sana walaupun yuran agak tinggi. Diantaranya Kasih sayang guru2 pada anak didiknya. Kami bukan dipanggi guru, tapi kami adalah murrabbi. Tugas seorang murrabbi, bukan hanya mengajar, malah mengcakupi semua aspek. Mendidik, mengajar ,mengasuh, memberi kasih sayang, menyantun dan lain-lain lagi. Anak-anak sukakan guru dan sekolah. Nilai-nilai yang diajar di sekolah akan diamalkan di rumah. Tiap-tiap pagi sebelum kelas bermula. Kami akan bacakan doa Rabitah, dan pada hari khamis pula kami akan baca al makthurat. Kaifiat doa rabitah ni sangat ampuh. Allah cantumkan hati-hati guru dan murid. Sebelum setiap mata pelajaran bermula murid2 akan bacakan surah-surah yang telah ditetapkan untuk setiap pelajaran dan berselawat ke atas Nabi SAW. Bila ada anak2 yang bermasalah, guru akan dekati dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Tiada istilah denda yang menyakitkan. Malah denda bagi murid yg nakal ialah solat sunat taubat, baca Yasin dan tulis surah panjang2. Gaji guru bukan besar. Jauh sangat kalau nak bandingkan dengan guru kerajaan, tapi kami tetap beristiqamah dalam mendidik. Saya selalu berpesan kepada anak2 didik saya. "Anda semua adalah saham saya di akhirat nanti. Saat saya berada di alam Barzakh saya akan bersenang lenang dengan pahala yg anda kirimkan." Target kami di sekolah ialah membimbing anak2 agar jagi "soleh wa musleh"

    ReplyDelete
  27. Boleh senaraikan sape2 tahu sekolah rendah agama sekitar kajang yg yuran berpatutan.t.k

    ReplyDelete
  28. Saya juga hantaq anak ke maahad mudah-mudahan anak saya boleh berdisiplin, jaga solat, dibimbing mengikut acuan Islam yg sebenaq berbanding dengan sekolah kerajaan yg sistemnya tidak konsisten malah disiplin juga sukar dikawal sejak kebelakangan ni.

    ReplyDelete
  29. saya juga menghantar anak saya ke sekolah agama. tp agak jauh ke GONTOR Indonesia. Kombinasi pelajaran yang seimbang antara pelajaran akademik dunia dan akademik agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gontor adalah antara yg terbaik...syabas

      Delete
    2. gontor adalah antara yg terbaik...syabas

      Delete
  30. Maka dgn itu saya terpanggil utk buat tadika. Sllybus kami tekankan fardhu ain. TADIKA FIRDAUS B'GENIUS. Genius bersama Al Quran & As Sunnah. Yg berhampiran skudai JB meh kami bantu anak² syurga kita. Sms/wsap 0127891858 utk info lanjut.

    ReplyDelete
  31. Maka dgn itu saya terpanggil utk buat tadika. Sllybus kami tekankan fardhu ain. TADIKA FIRDAUS B'GENIUS. Genius bersama Al Quran & As Sunnah. Yg berhampiran skudai JB meh kami bantu anak² syurga kita. Sms/wsap 0127891858 utk info lanjut.

    ReplyDelete
  32. JR..sy telah share penisan ini di FB sy..Raja Norhajjah..dan 455 org share pula. Dgn sdkit penambahan pnglmn sy...mnta dihalalkan utk mnfaat ummah..tksh

    ReplyDelete
  33. Hantarlah anak-anak anda ke Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau, atau mana2 cawangan As Sofa yang merangkumi Maahad Tahfiz As Sofa, Maaahad Turath As Sofa dan Kolej Islam As Sofa.

    Institusi As Sofa sangat menekankan tentang solat 5 waktu secara berjamaah, ditambah pula bacaan al Quran secara beramai2 setengah juzuk pagi dan setengah juzuk malam.

    Sekolah ini merupakan salah satu sekolah agama swasta yang mendapat pengiktirafan 5 bintang dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Jadi, jangan lepaskan peluang utk menghantar anak2 anda ke sini.

    Layari FB
    Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau
    Maahad Turath As Sofa
    Maahad Tahfiz As Sofa
    Kolej Islam As Sofa

    Untuk makluman lanjut, hubungi saya, Fais 0133950965. Tenaga Pengajar di As Sofa.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah.. di sra almukmin, temerloh... pihak sekolah menekankan solat sunat dhuha dan zohor berjemaah sebelum pelajar dibenarkan pulang... inshaa Allah anak2 dididik dengan ilmu ukhrawi dan akademik.... setiap darjah..ade hafalan surah yg telah ditetapkan... belajar ilmu hadis...dan lain2....

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah.. di sra almukmin, temerloh... pihak sekolah menekankan solat sunat dhuha dan zohor berjemaah sebelum pelajar dibenarkan pulang... inshaa Allah anak2 dididik dengan ilmu ukhrawi dan akademik.... setiap darjah..ade hafalan surah yg telah ditetapkan... belajar ilmu hadis...dan lain2....

    ReplyDelete
  36. Anak saya dari darjah 1..sy hantar anak sy ke sek agama swasta...bukan sebab sy kaya..tp..itu sek agama yg tdekat di rumah...syukur alhamdulillah....setiap pagi sebelum belajar...semua murid...akan solat dhuha tlebih dulu..kalau sek agama petang...solat zuhur dan asar bjemaah...semua murid...syukur...dah biasa gitu..di sek keb pun..cikgu akan suruh solat asar kemudian terus p rehat....

    ReplyDelete
  37. Sy salah seorg guru sek kerajaan yang jgk hantar anak ke sek agama swasta....
    Mmg akui sek swasta kualiti guru jauh ketinggalan dr sek kerajaan. Tp alasan sy sama seperti yang lain sebab penekanan didikan agama yang lebih kukuh berbanding sek kerajaan. Selain itu faktor subjek yang terlalu banyak di sek kerajaan membebankan kemampuan anak2 untuk terima.
    Guru2 sek kerajaan bkn lah tidak mengasuh anak2 pelajar tentang agama, cume terhad dengan terlalu byk tugasan yang terpaksa diikuti...

    ReplyDelete
  38. Sy pun nak htr jg anak sy pegi sekolah tahfiz...sebab sy tahu persekitaran dia berbeza dgn sekolah biasa..biar la mahal..sebab sy pun dulu dah rasa bezanya sekolah biasa dgn sekolah tahfiz..

    ReplyDelete
  39. Nak kongsi pengalaman saya. Saya hantar anak sulong ke sek rendah agama. Alhamdulillah sangat. Nak keluar rumah automatik nak pakai tudung n baju lengan panjang. Solat tak payah nak suruh. Quran lagi lancar dari saya.

    Allahuakhbar. Tak salah pilihan saya.

    ReplyDelete
  40. Tak betul tu...solat patut ditekamkan oleh ibubapa. Sebab sebenar jadi trend ramai hamtar anak ke sekolah agama/ tahfiz ialah ibunapa jadikan anak anak sebagai smart tag/ touch m go/jalan pintas nak ke syurga,..tak payah susah susah buat amal...bukan ke anak hafiz boleh bawak mak ayah sekali ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep iye nye trend bg ibu bapa yg ada kesedaran ttg pentingnya agama sebab iman tak dpt diwarisi ayah yg bertakwa. Pendidikan ya. Klu parents rs seorg hafiz tu dpt bw parent ke syurga apa salahnya. Setidak tidaknya parent dah lakukan sesuatu yg betul dan berada dijln yg benar krn menghantar anak utk jadi hafiz. Mudah mudahan anak yg soleh itu dpt doakan agar parent berubah menjadi lbh baik. Jgn halang sesiapa pun utk htr anak ke tahfiz. Rezki tu Allah yg bg tp menghalang kebaikan sesuatu yg tidak blh diterima.

      Delete
    2. cuba awk try hntr ank2 awk ke tahfiz. ank2 yg sekecil 4 thn ajarkan awk tentang pentingnya jaga aurat, al quran & zikir amalan harian. awk yg jahil pun akan terikut ikut nk berubah sebaik ank awk. itu yg terjadi pd sy skrg. alhamdulillah bertuah nya ade kesedaran nk hntr ank ke sek tahfiz

      Delete
  41. 2org ank sy bersekolah di SJKC.blk dari sekolah dia trs ke tmpt tuisyen utk buat homework n tuisyen.sy n suami xmampu nk tlg siapkn homework sbb kami xpandai chinese.tp alhamdulillah..wlpn ank sy tuisyen dikelilingi kwn2 cina, dia tetap solat zohor n asar d tmpt tuisyen.sy minta kbnrn dgn owner utk bg ruang solat pd ank saya.xde masalah.anak sy jug xpergi sekolah agama petang.tp sy hntr kelas Rsudhatul Huffaz 3jam setiap ahad.ank sy juga mampu menghafal surah2 lazim dgn baik walaupun dia sekolah cina.sebenarnya itu semua datang dari kita sbg ibubapa. 2org lg ank sy hntr ke tadika tahfiz dan insyaallah akn diteruskn ke sekolah rendah jg nt.sekurang2nya ada bhs extra utk ank2 saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dan Alhamdulillah. Anak anak lahir mcm kain putih kitala yg mencorakkannya.

      Delete
  42. Assalam maaf bertanya....saya juga nak hantar anak saya berlajar di maahad tahfiz...kerana zmn telah berubah ibubapa perlu tekankn agama lebih pd anak2...cuma skrg sy dlm dilema...bantu sy beri pandangan....anak sy telah diterima di maahad tahfiz yg ade akademik....tapi anak bantah taknak blajar disana..alasan tidak tahu arab kerana sblm ini anak blajar di sjkc hingga darjah 4...darjah 5 & 6 disekolah biasa....masuk tingkatan 1 disekolah biasa....tapi anak minat dgn sains dan math....pendedahan di sek men skrg anak teruja dgn subjek geografik, sains dan bercita2 nak blajar kimia & fizik....di maahad tahfiz hanya blajar sains tapi tiada aliran sains tulen masa tingkatan 4 & 5, jadi mcmn ye? Saya ade minta pndangan pengetua sek men ank sy yg skrg...dia kata bahan pengajaran di maahad kurang...dan utk sambung ke tingkatan 4 &5 dari skolah maahad slalunye xdpt sains tulen....ssya nk tahu hala tuju anak sy....supaya xtercicir dlm akademik juga....mohon pendpt ye...terima kasih...boleh juga email sy di ashikinmz@moh.gov.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sedara sy sek agama swasta..fizik kimia semua dpt A

      Delete
    2. Sekolah tahfiz anak saya ada aliran sains tulin.

      Delete
  43. Alhamdulillah saya salah seorang bapa yang berpandangan begini,hingga ke hari ini dah 4 tahun anak saya bersekolah di sekolah agama rakyat,biarpun pencapaian akademik dia kurang,tapi akhlak nya cukup membanggakan kami.

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum

    Sangat menarik cerita diatas, mana tidaknya, saya diantara hasil dari sekolah agama. Walaupun konteks disini adalah sekolah rendah agama swasta, tapi saya ingin memberi pandangan apabila masuk ke Sekolah Menengah Agama. Saya ingin ceritakan salah seorang rakan saya yang dari seumur 4 tahun, sudah masuk sekolah rendah agama swasta. Apabila beliau masuk ke sekolah menengah agama, beliau cukup hebat dan sangat kehadapan. Bukan sahaja dari segi matapelajaran Arab dan islam, malah, dalam Akademik seperti Sains dan Matematik.

    Saya pernah bertanya, apakah rahsianya, mmg dari dlu, dri sekolah rendah agama swasta diajar agar hormat semua ilmu walaupun ilmu itu dating dari ilmu manusia. Kerana semua ilmu di dunia adalah milik Allah. Hafalan, jangan dinafikan, memang beliau sangat pantas, walaupun bukan Al-Hafiz, tapi, kami semua rasa sangat kerdil. Saya masuk ke Sekolah Menengah Agama ini kerana Akademik saya tidak beberapa bagus, apatah lagi Arab, namun, cikgu2 disitu (memang tidak sehebat guru dari IPG) tapi apa yang saya rasa bersyukur adalah, mereka ajar saya hormat ilmu, dan ajar tentang akhlak dan tasawuf. Alhamdulillah, saya Berjaya dalam pembelajaran saya.

    Ramai orang kata, jika berasal dari sekolah aliran agama, kurang mendapat pekerjaan, atau lebih popular, boleh jadi ustaz/uztazah sahaja(pada ketika itu), tapi saya buktikan bahawa ianya tidak benar. Alhamdulillah, kini saya bekerja salah satu university di Malaysia sebagai pegawai kerjaan.

    ReplyDelete
  45. AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan izin Sang pencipta saya Aky sadewa akan membantu semua pemasalahan anda,
    Apakah anda masuk dalam Kategoti dibawah ini..!!
    *butuh dana cepat dalam jumlah ratusan juta
    *butuh dana cepat dalam jumlah milyaran.
    *hutang anda sudah banyak di bank
    *usaha anda tidak maju alias akan bangrut
    *ingin punya rumah dan mobil mewah
    *ingin punya usaha/perusahaan sendiri
    *susah nendapatkan keturunan alias mandul
    *belum menikah alias susah dapat jodoh
    *susah mendapatkan pekerjaan tetap
    *pangkat dan jabatan tidak naik-naik
    JANGAN PUTUS ASA SEKARANG ANDA TIDAK PERLU RESAH INSYA ALLAH AKY SADEWA
    AKAN MEMBANTU ANDA... JIKA ANDA BERMINAT SILAHKAN KONSULTASI LANGSUNG
    KE PAKAR AHLI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA DI NOMOR TLP: 0823,9966,6829
    ATAU KLIK DISINI.=> RITUAL ISLAMI AKY SADEWA










    WASSALAM..


























    AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan izin Sang pencipta saya Aky sadewa akan membantu semua pemasalahan anda,
    Apakah anda masuk dalam Kategoti dibawah ini..!!
    *butuh dana cepat dalam jumlah ratusan juta
    *butuh dana cepat dalam jumlah milyaran.
    *hutang anda sudah banyak di bank
    *usaha anda tidak maju alias akan bangrut
    *ingin punya rumah dan mobil mewah
    *ingin punya usaha/perusahaan sendiri
    *susah nendapatkan keturunan alias mandul
    *belum menikah alias susah dapat jodoh
    *susah mendapatkan pekerjaan tetap
    *pangkat dan jabatan tidak naik-naik
    JANGAN PUTUS ASA SEKARANG ANDA TIDAK PERLU RESAH INSYA ALLAH AKY SADEWA
    AKAN MEMBANTU ANDA... JIKA ANDA BERMINAT SILAHKAN KONSULTASI LANGSUNG
    KE PAKAR AHLI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA DI NOMOR TLP: 0823,9966,6829
    ATAU KLIK DISINI.=> RITUAL ISLAMI AKY SADEWA










    WASSALAM..

    ReplyDelete
  46. nak hantar anak ke sek men islam tahfiz al amin (puteri) di ulu langat...ada yang pernah hantar anak perempuan ke sini?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....