02 February 2015

Cuti-Cuti Hatyai 2: Teh Ais Tarik Leleh


Hari ini masih nak bercerita tentang cuti-cuti ke Hatyai, sambungan entri semalam..

Ni nak bercerita tentang tempat makanan yang sedap dan murah kat Hadyai pula. JR bukanlah arif sangat tentang Hatyai, seperti JR kata dalam entri sebelum ini, JR datang Hadyai pun 10 tahun sekali. Jadi setiap kali nak makan kenalah tanya orang-orang Hadyai  tentang muslim food yang sedap kat sini. Mujur juga di sini separuh penduduknya beragama Islam, peniaga pula kebanyakannya dapat berbahasa Melayu dengan baik.

Masa mulanya kami nak pergi makan di Restoran Hamid - sebuah restoran makanan Islam yang agak terkenal di Hadyai. Tapi seorang pemandu tut-tut beragama Islam (malangnya dia tak begitu fasih berbahasa Melayu), mencadangkan kami cuba makan di Restoran Decha atau Restoran Kelantan kerana katanya makanan di kedua-dua restoran itu sedap dan harganya pula  lebih murah berbanding Restoran Hamid.

Lalu kami ambil keputusan cuba makan di Restoran Decha (Kai Tod Decha). Bila pergi ke sana memang tengok kebanyakan pelanggannya orang Malaysia. Nak solat pun senang, ada surau lelaki dan perempuan di restoran itu.



Seorang pelanggan Malaysia di situ mencadangkan kami mencuba nasi kuning ayam kerana katanya ia antara makanan terkenal di restoran itu. Nasi kuning ayam menyerupai nasi ayam kat Malaysia, cuma berasnya lebih sedap, maklumlah beras siam bermutu tinggi. Ayam untuk setiap pinggan juga agak besar hingga kebanyakan anak JR tak dapat habiskan ayamnya dan terpaksalah JR meratahnya untuk elakkan pembaziran, hehehehe.... Harga sepinggan nasi kuning ayam ialah 65 baht (RM7.20).


Yang paling istimewa di restoran ini ialah teh ais tariknya...bukan saja teh ais tariknya sedap tapi paling istimewa ialah buihnya menimbun dan meleleh hingga ke bawah gelas! Harga segelas teh ais tarik di sini ialah 30 baht (RM3.30) segelas.



Nanti JR akan sambung lagi bercerita tentang lawatan ke Hatyai, insyaallah....

12 comments:

  1. wahhhhhh....teh ais pun mereka tarik?? haha..
    tapi mmg nampak menarik...
    cuba tak tomyam kat hadyai?

    ReplyDelete
  2. oh my!betullah cakap-cakap orang kat Hatyai makanan sedap-sedap dan senang cari yang halal..

    ReplyDelete
  3. Pergghh memang meleleh sungguh tengok teh ais tariknya tu JR... buih pun sama banyaknya.. :)

    ReplyDelete
  4. Tinggi buihnya.. ;)
    Takde gambar close up nasi kuning ayam tu ke..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. teh ais tarik ka atau teh tarik ais (ada beza ka)?... Saya pernah juga pi Hatyai mungkin 20 tahun dulu. Susah saya nak telan makanan walaupun restoran muslim...

    ReplyDelete
  7. Betul-betul meleleh ni..hihi

    ReplyDelete
  8. tinggi betul buihnya...mau penuh misai jr..haha..gurau jer jr

    ReplyDelete
  9. baru tgk dah memelh ni belum slurrpp lagi

    ReplyDelete
  10. amboi teh tariknya .... klu buat sendiri pun x menjadi mcm tu ...

    ReplyDelete
  11. makin bersemangat nak pegi ni Jay..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....