24 February 2015

Cellulitis


Petang kelmarin JR dan isteri pergi ke  Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar melawat R, adik lelaki kepada isteri yang sakit. R diserang penyakit cellulitis, sejenis penyakit radang kulit yang kata R agak menyakitkan..

Masuk saja ke bilik yang menempatkan R, terlihat betisnya yang membengkak sebesar anak kaki gajah, dengan kulit cekang dan merah. Sebotol antibiotik sedang dialirkan ke tubuh besarnya melalui lengan.

                                           Betis dan kaki R bengkak sebesar kaki anak gajah!

Ini bukan kali pertama R masuk wad kerana penyakit yang sama. Setiap tahun sejak 4 tahun lepas dia akan diserang oleh cellulitis, kadang-kadang setahun sekali, kadang-kadang setahun 2 kali. Setiap kali cellulitis menyerang gejalanya sama - kakinya rasa sakit, membengkak dan merah, diikuti demam. Selalunya dia akan ditahan di wad selama 4-5 hari hingga bengkak dan kemerahan di kakinya beransur surut.

Selalunya cellulilitis menyerang cuma sebelah kanan kaki R, tapi serangan kali ini lebih dahsyat dari dulu - kedua-dua belah kakinya diserang cellulitis. Mungkin adik ipar JR ini ada diabetes, luka yang sedikit di bahagian betisnya sudah cukup untuk membenarkan bakteria cellulitis menyerang kulitnya.

Mulanya JR ingat penyakit cellulitis yang sering menyerang adik ipar JR itu tak begitu bahaya - just a skin infection. Tapi malam tadi bila JR search internet barulah tau jangan main-main dengan penyakit ini, walaupun ia cuma penyakit kulit tapi ia boleh membiak dan membawa kemusnahan besar kepada pengidapnya. Cellulitis bukan saja boleh merosakkan tisu tubuh tapi mencacatkan sistem imun badan, jika berlaku berdekatan mata boleh merosakkan saraf mata, malahan lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan kematian:

                                                      (sumber: livesciense)

                                                    (sumber: wikipedia)


                                                (sumber: Ocala.com)

10 comments:

  1. nauzubillah...semoga R cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  2. Kaki anak gajah? Hehe..
    Cellulitis over bilateral legs?
    Huh..
    Ade diabetes ke,JR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya doc.. dia ada diabetes dan obesiti lagi dengan berat badan lebih 100 kg, itu yg menyebabkan penyakit itu sering menyerangnya kot...

      Delete
  3. Pertama kali dengar. Memang penyakit yang jarang ke.

    ReplyDelete
  4. Umur berapa si R ni? Bunyinya macam penyakit selulit.

    ReplyDelete
  5. ya Allah teruknya sakit nih... baru kali ni dengar...

    ReplyDelete
  6. sebab ape ye penyakit ni menyerang? Moga Allah permudahkan urusan beliau.. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab yg tak pasti - mungkin akibat gigitan serangga atau kesan luka yg menyebabkan jangkitan bakteria di bawah kulit..

      Delete
  7. Kalau tak salah dulu2 orang pernah cakap penyakit kaki untut...yang ini ke...

    Dan pernah terbaca kalau tak silaplah jangkitan dari sejenis nyamuk atau serangga....wallahualam..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....