»

25 January 2015

Pas Sempadan (Border Pass)


Itulah untungnya jadi orang yang lahir di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand (Perlis, Kedah, Perak, Kelantan) - mereka boleh memasuki  Thailand tanpa passport antarabangsa. Tapi tanpa passport antarabangsa bukan bererti mereka senang-senang boleh masuk Thailand tanpa apa-apa pengenalan. Mereka kenalah buat Pas Sempadan di Pejabat Imegresen. Harga Pas Sempadan cuma RM10, tak seperti Passport Antarabangsa berharga RM200 untuk orang dewasa.

Petang kelmarin, JR dan 4 anak pergi ke Pejabat lmegresen Kedah untuk buat Pas Sempadan (passport antarabangsa JR dah mati tahun lepas!!). Ini kerana pada Jumaat depan JR, isteri dan 4 anak kami bercadang nak ke Hadyai. Saja jalan-jalan sehari dua kerana kami sendiri dah lama tak ke bandar di selatan Thailand itu yang cuma terletak kira-kira 60 km dari sempadan Malaysia. Kali terakhir JR ke Hadyai dan Songkhla ialah pada 2004. Tu dia...dah 10 tahun tak pergi ke bandar yang sentiasa hidup siang dan malam itu...

Dulu Pas Sempadan cuma dalam bentuk sekeping kad, sekarang dalam bentuk buku setebal 16 muka surat, boleh digunakan sampai penuh bagi mereka yang rajin berulang alik antara Malaysia dan Thailand. 

Inilah rupa Pas Sempadan yang dikeluarkan kepada JR:


Syarat-syarat permohonan Pas Sempadan:

1. Pas sempadan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang dilahirkan di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan atau warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain yang telah menetap lebih dari 3 tahun di negeri-negeri itu. 

2. Tempoh sah laku pas sempadan ialah selama 1 tahun sahaja.

3. Pas sempadan ini boleh digunakan untuk memasuki 5 wilayah Thai iaitu  Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

4. Pemohon yang ingin mendapatkan Pas Sempadan cuma perlu membawa kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm ke pejabat Imegresen. Bagi kanak-kanak berusia 15-18 tahun mereka juga perlu membawa surat beranak, manakala bagi yang berumur 15 tahun ke bawah, nama kanak-kanak itu hendaklah dimasukkan dalam Pas Sempadan ibu atau bapanya.

5. Bayaran yang dikenakan untuk pengeluaran Pas Sempadan cuma RM10 seorang sahaja.

26 comments:

  1. Kali terakhir menghidupkan paspot ialah akhir 80an...

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah apply pas sempadan ni .. tapi kiranya bole la apply ni sebab saya lahir di perak , biarpun menetap di kuala lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even lahir di Perak tapi sekarang dalam IC nak address area Pengkalan Hulu sahaja

      Delete
  3. sy bru tau juga mgnai pas ni lps kawan bgtau..lps JR cerita lagi clear... murah tu..bayo 10 je...

    ReplyDelete
  4. akhirnya melancong juga ye jr...semoga urusan dpermudahkan...selamat pi dan balik...sapa jaga mak mertua jr ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mentua tinggal kat rumah adik ipar. 2-3 hari jaga mak mereka tak ada masalah, kalau lebih macam2 pula mulut berbunyi, hehehehe....

      Delete
  5. Soalan yang sama dengan iryanty ahamad.

    ReplyDelete
  6. saya kena guna passport lah klu nak ke sana ...

    ReplyDelete
  7. kena guna pasport la cmni...cheq org Penang...errr...paspot pon dh expired rsnya...hik3

    ReplyDelete
  8. wahh..ke Hatyai kita yek..happy holiday nanti

    ReplyDelete
  9. Bro JR, thanx share ni.
    Warna biru rupanya Pas Sempadan.
    Baru tau keistimewaan penduduk negeri ni.
    Selamat jalan-jalan.
    Saya pun teringin nak pi Hatyai tapi x berkesempatan.

    ReplyDelete
  10. bro kwan lahir perlis tapi alamat penang bole apply x?

    ReplyDelete
  11. Ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk meluluskan permohonan Pas Sempadan untuk Seluruh Warga Negeri Perak dan bukan hanya di bahagian Hulu Perak seperti sekarang.

    Ini kerana sebelum ini seluruh warga negeri Perak mendapat pas pelepasan untuk ulang alik ke sempadan Malaysia-Thailand. Selain daripada itu, negeri-negeri lain iatu Kelantan, Perlis dan Kedah mendapat perlepasan bagi keseluruhan negeri

    email saya: bsubbra@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong..apa kata kita buat permohonan kpd TPM..TPM kita org Perak

      Delete
  12. Border pass boleh pergi sampai hatyai ? Mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..sehingga ke Songkla sebenarnya..wilayah Satun sehingga ke Langu..lps sikit Langu kena international passport le...

      Delete
  13. Alamat di ipoh boleh ke buat border pas

    ReplyDelete
  14. alamat gerik boleh buat border pass x jr?

    ReplyDelete
  15. alamat gerik boleh buat border pass x jr?

    ReplyDelete
  16. Alamat padang rengas blh buat border pass x

    ReplyDelete
  17. Alamat kedah boleh ke buat borderr dekat imigresen negeri lain seperti perak

    ReplyDelete
  18. Salam...ic 02 lahir di kedah...tapi kini ic tukar dah beralamat pineng....masih boleh mohon border pass tak nak masuk ke satun, Thailand?

    ReplyDelete
  19. Salam...ic 02 lahir di kedah...tapi kini ic tukar dah beralamat pineng....masih boleh mohon border pass tak nak masuk ke satun, Thailand?

    ReplyDelete
  20. nak tya nk buat bolder ni..
    klau ank lahir almt kl cmna ye..
    sb suami dh ada paspod
    kira ank kena buat paspod gak ke or ada cara lain

    ReplyDelete
  21. kalau alamat kelantan tp nk buat border pass dekat pejabat imegresen kat sekitar kl boleh tak

    ReplyDelete
  22. Border ni boleh bt di mana2 ke? Sy mmg asal kedah. Tp keja di kl. So boleh bt di kl terus ?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....