Malam tadi JR baca berita kat internet tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Cheras bernama Breatney Nicole yang dihalau keluar dari kelas kerana berbaju kurung. Maka ramailah orang yang memberi komen menghentam pihak sekolah kerana tak benarkan murid berpakaian sopan ke sekolah. Pakai skirt yang menampakkan paha dan betis boleh, berpakaian menutup paha hingga ke kaki tak boleh pula. Pelik!!!
Lawrence (tengah) tak dibenarkan berbaju kurung
“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara”.
JR sendiri kadang-kadang terkeliru juga dengan banyak perkara yang berlaku di negara ini. Tak habis lagi cerita JAWI nak tangkap budak Melayu bertudung yang memeluk artis Korea dan pada masa yang sama JAWI pejam mata bila artis Melayu hari-hari berpelukan di TV, ini dah timbul soal murid tak dibenarkan berpakaian sopan ke sekolah. Kontradik!!
Tapi ada juga guru yang memberi alasan mengapa pelajar bukan Melayu tak dibenarkan berbaju kurung ke sekolah:
Sekolah menengah tempat anak perempuan JR belajar juga ramai murid-murid Cina dan India berbaju kurung. Ada cikgu pernah beritau ramai pelajar perempuan bukan Melayu pakai baju kurung kerana ia kelihatan lebih praktikal dan tak panas seperti pakai baju biasa yang kemudian ditutup pula oleh gaun biru yang merimaskan.
Jika isu murid perempuan bukan Melayu tak dibenarkan pakai baju kurung kerana mereka tak pakai singlet, sekolah boleh buat peraturan semua murid perempuan yang berbaju kurung kena pakai singlet supaya tak nampak baju dalam mereka. Tak perlulah halau budak yang berpakaian sopan dari masuk kelas, menyusahkan ibu bapa saja...
setuju ngan JR ..bukan big matter pun kan pakai singlet tuh..halau dr masuk kelas tuh yg lg tk blh diterima akal...
ReplyDeletebetul tu, daripada pakai skirt baik dia berbaju kurung. Cuma tambah peraturan pakai singlet je lah. Takde isu rasanya.
ReplyDeletesepatutnya cikgu tu cakap baik2..bagi nasihat ke..bukan dengan cara mnghalau
ReplyDeleteKalau iya pun budak tu tak pakai singlet, tegur aja lah, tak perlu nak HALAU keluar dari kelas. Tak berhemah punya cikgu.
ReplyDeleteAku rasa benda ni dimanipulate oleh certain pihak. Padahal halau student pakai baju tak proper tu biasa je. Kita pun faham, baju kurung ni ada jenis kain yang jarang sampai bole nampak dalam. Tak kan nak biar je student pakai macam tu. Bukan isu boleh tak boleh pakai baju kurung.
ReplyDeletePakai singlet wajib walaupun pakai tudung kat sekolah anak saya JR. Cikgu yang menegur tiada budi bicara lalu kerana nila stitik rosak susu sebelanga.
ReplyDeleteHaah, walaupun alasannya sbb seksi, buat la peraturan wajib pakai singlet tu. Malah saya rasa sejak saya sekolah lg, peraturan wajib pakai singlet tu dah ada walaupun utk pelajar yg bertudung. Sbb pakai tudung pun nampak kat tepi badan kalo tak pakai singlet.
ReplyDeletecikgu tu halau ada sbb . klu sekadar baju kurung , ramai je pelajar bkn melayu pakai . masalahnya , budak2 ni degil x nak dgr arahan ...
ReplyDeletetak baik lah main halau2..benda macam ni leh lagi bawak bincang..untu peljar bukan islam nak pakai baju kurung tetap kan peraturan pakai baju singlet...kurang lah sikit terdedah aurat nyer,,
ReplyDeletekadang-kadang yang mengarang tu sengaja menggembar gemburkan keadaan dengan tajuk yang menarik perhatian contoh "Menghalau pelajar" padahal pelajar tu di hantar pulang oleh gurunya, perkataan menghalau tersebut di guna supaya ramai yang tertarik dan membaca. Semua itu adalah teknik penulisan, saya bukan pengarang tapi kebanyakan org buat begitu lebih2 lagi media.
ReplyDeleteseriously, budak kecikpun yang dah tumbuh buah dadapun malu kalau guna baju polos dan ketara bra dia. Sekolah ku dulu, tak pakai baju dalam confirm rotan. Nowadays yang baik pun jadi buruk. pemikiran yang singkat