01 January 2015

Nostalgia Rumah Kayu Bertiang Batu


Setiap hari bila joging di Taman Rimba (Taman Jubli Perak), Alor Setar pasti JR melalui rumah kayu bertiang, berlapik batu dan berbumbung atap ini:




Tiba-tiba teringat hati pada rumah kayu tempat JR dan adik beradik membesar dulu. Rekabentuk rumah kami tinggal masa kecik-kecik dulu sebiji macam rumah itu - berdinding dan bertiang kayu, berlapik batu dan berbumbung atap nipah. Cuma rumah kami saiznya lebih kecil, lebih kurang separuh saja dari saiz rumah di atas.

Yang paling seronok tinggal di rumah kayu berbumbung atap ialah suasana rumah yang sentiasa sejuk. Bumbung atap nipah dan kayu yang menjadi dinding rumah menyimpan haba panas, menyebabkan rumah tidak rasa begitu panas. Rumah kayu dulu-dulu tak perlukan kipas, aircon lagi tak nak, kerana rumah tak panas sangat pun. Apa lagi waktu malam, kalau hujan pula suhu tersangat sejuk, kalau tak pakai selimut memang boleh menggigil.

Ada beberapa ciri unik rumah kayu tadisional Melayu yang tak ada pada rumah moden yang kita diami sekarang:

i) Tiang: semua rumah kayu zaman dulu mesti ada tiang. Tiang didirikan untuk menampung lantai rumah. Juga untuk mengelakkan rumah dimasuki binatang buas dan berbisa.

ii) Beranda: Setiap rumah kayu mesti ada beranda. Beranda adalah tempat untuk tuan rumah melayan tetamu yang datang, serupa dengan fungsi ruang tamu dalam rumah moden..


iii) Para: Para terletak dalam ruangan dapur. Para merupakan tempat pinggan mangkuk diletakkan, serupa dengan fungsi rak pinggan mangkuk kat rumah kita.


iv) Pelantar: Pelantar tempat basuh pinggan mangkuk. Lantainya dibina jarang bagi membolehkan air basuhan tumpah ke bawah rumah. Di kampung JR dulu, pelantar rumah ditutup dengan dinding kayu. Jadi orang luar tak nampak ahli keluarga membasuh pinggan atau aktiviti lain kat pelantar...


Rindu sangat pada suasana kedamaian kampung dan tinggal di rumah kayu sebegitu. Malangnya bila balik kampung sekarang tak ada lagi rumah kayu bertiang. Semua rumah orang kampung sekarang merupakan rumah batu atau rumah separuh batu separuh kayu, kebanyakannya setingkat. Tak ada lagi rumah bertiang seperti dulu-dulu...

Nota Kaki Kemaafan

Harap kawan-kawan maafkan saya kerana entri semalam mengenai tragedi rumah terbakar tidak boleh di link seperti yang sepatutnya, kesilapan teknik barangkali... Kesilapan itu sudah dibetulkan, sekarang dah boleh link. Terima kasih Kamsiah dan Daddy Ziyyad kerana peringatan itu...

Nota Kaki 2015:

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015.
Sedih meninggalkan 2014, lebih sedih bila mengingatkan Allah dah ambil setahun lagi umur kita, sedangkan amalan masih tak seberapa... Bermakna simpanan umur kita semakin berkurang setahun sebelum kita dijemputNya pergi...

7 comments:

  1. i) `tiang' tu maksud abang JR `tiang seri' kan? kalau tiang seri, memang rumah moden takde sebab fungsi tu dah diambil alih oleh `column' dan jugak `beam'.

    ii) bila tengok balkoni rumah moden sekarang, teringat beranda rumah dulu-dulu. cuma beranda sekarang dah tak boleh jadi tempat lepak-lepak, cuaca panas kalau kat taman perumahan!

    *apa pun, dari segi ketahanan, saya memang salute hasil kerja orang zaman dulu...

    ReplyDelete
  2. tiang seri masih ada kat rumah kg ... plantar u lah yg buat bawah tu jadi becak . klu ada itik lagi haru . mrk berkubang kat ctu ...

    ReplyDelete
  3. Rindunya saya dengan suasana kampung.. dulu sempatlah merasa tinggal dengan arwah wan di mana suasana rumahnya lebih kurang sama macam tu..

    ReplyDelete
  4. kalau kat melaka... tangga nya menjadi tarikan.
    kalau kat negeri sembilan.... bumbungnya menjadi tarikan.

    ReplyDelete
  5. rumah kat kampung ada yang dimamah anai2 :-))

    ReplyDelete
  6. Teringat rumah kampung yang dulu.. sebelum yang sekarang ini.. sedih mengingatkan rumah yang tak seakan rumah namun keadaan itu menjadi kenangan yang tidak brnilai buat kami..

    ReplyDelete
  7. http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html klik selawat sempena maulidur rasul ya..lawa lah rumah JR ni cantik

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....