31 December 2014

Jika Aku Tiada, Adakah Aku Dimaafkan??


Lepas joging tadi tiba-tiba hati teringat nak lalu depan rumah lama JR di Jalan Stadium, Alor Setar. Rumah semi-detach setingkat itu sekarang  JR sewakan kepada seorang jurutera KTM.

JR lalu depan rumah saja, tak singgah pun. Rumah itu masih seperti dulu...

Rumah itu meninggalkan beberapa kenangan kepada JR dan keluarga, kebanyakannya kenangan tak manis. Kami pernah disamun tiga kali dan yang paling tak dapat dilupakan rumah itu pernah terbakar. Lebih dari 75% struktur rumah hancur akibat kebakaran.
  
Yang paling mendebarkan dalam tragedi kebakaran itu ialah salah seorang anak JR yang tertidur dalam bilik hampir-hampir terkorban kerana dalam keadaan kelam kabut kami terlupa masih ada seorang anak yang tertinggal dalam rumah. Dan dalam keadaan kelam kabut dan api sedang marak dengan cepat itu juga JR tiba-tiba hilang rasa takut, merempuh rumah yang sedang terbakar untuk menyelamatkan anak keempat, walaupun ketika itu ramai yang menghalang JR masuk. JR pernah ceritakan tragedi ngeri itu dalam satu entri di sini.....
Sampai sekarang JR tak dapat bayangkan jika JR sebagai ayah tidak berada di rumah ketika kebakaran itu berlaku. Bayangkan jika ketika itu JR outstation atau JR pergi ikut kawan-kawan main golf memancing, mesti JR sampai sekarang tak dapat maafkan diri sendiri.

Jika JR tiada di rumah ketika itu sama ada outstation atau main golf memancing atau apa juga aktiviti lain yang tak penting, adakah anak-anak dan isteri akan memaafkan JR walaupun kononnya JR berada di luar rumah 'demi masa depan keluarga'?

Mungkin betul jika sekali pun JR tak berada di rumah, rumah yang nak terbakar tetap juga terbakar. Memang betul yang memainkan peranan penting memadam kebakaran bukan JR dan jiran-jiran, tapi anggota bomba. Memang betul kalau JR tak ada di rumah, anggota-anggota bomba tetap akan memadam kebakaran.

Tapi jika JR tak ada siapa yang akan berani masuk dalam rumah untuk menyelamatkan anak keempat yang sedang terperangkap di dalam bilik? Mungkin juga ada jiran yang baik hati cuba mempertaruh nyawanya demi anak JR, tapi ia cuma kemungkinan. Jika tak ada yang berani ambil risiko untuk masuk ke rumah yang terbakar bagaimana? Untuk masuk ke dalam rumah yang terbakar dalam keadaan kayu struktur bumbung rumah sudah mula jatuh  ke bawah dengan asap tebal memerlukan naluri keibu bapaan yang kuat. Hanya naluri keibu bapaan yang kuat, naluri rela berkorban hingga mati demi anak yang memberi kekuatan untuk kaki JR berlari sekuat hati merempuh api, asap dan runtuhan bumbung untuk membawa anak yang hampir lemas itu keluar dari rumah!

Dan jika seorang ayah tak berada di situ, siapa yang akan mententeramkan isteri dan anak-anak yang seperti histeria menangis melihat kemusnahan di depan mata? Hanya seorang lelaki, hanya seorang ayah, dengan sisa-sisa ketenangan yang ada mampu memujuk dan mententeramkan ahli keluarganya yang tak tahu lagi nak buat apa ketika itu.

Jiran-jiran lain mungkin boleh mengambil peranan ayah yang tak ada ketika itu untuk memujuk isteri dan anak-anak yang panik, tapi bolehkah mereka mengganti peranan seorang ayah?

Nasib baik JR berada di tempat tragedi itu berlaku. Walaupun banyak yang musnah tapi JR bersyukur kepada Allah kerana diizinkanNya melakukan banyak perkara - menyelamatkan anak keempat, memberi sokongan moral kepada anak isteri ketika mereka sangat memerlukan wajah seorang bapa dan suami ketika itu.

Jika JR tiada di rumah ketika itu atas apa sebab sekalipun termasuk sebab-sebab 'demi masa depan negara keluarga' dan kebetulan sesuatu berlaku kepada anak isteri JR, JR tak boleh bayangkan kekesalan di hati hingga kini. Jika itu terjadi JR akan rasa menyesal seumur hidup, JR akan terpaksa redha jika mereka tak maafkan kesalahan JR sampai bila-bila walaupun lepas itu JR cuba berbuat baik dan memujuk mereka setiap hari...

Nota terakhir 2014: Selamat tinggal 2014 yang mencatat banyak insiden duka kepada negara. Selamat datang tahun baru 2015, semoga tiada lagi catatan hitam mewarnai perjalanan kita...


10 comments:

  1. Semoga sinar 2015 memancar dengan ceria buat kita semua...

    ReplyDelete
  2. akan dimaafkan JR, sebab niat baik..syukran selamat. Pasti JR ambil banyak iktibar.terbaca memancing..memancing acara yang sangat hebat masa ni..boleh menang besar hadiah wang..dalam internet ada Etuza baca ..hal pancing ikan ...appaun Etuza manusia lemah..tak mampu nak katakan..semoga apa juga rezeki kita yang halal dan terbaik. InshaAllah

    ReplyDelete
  3. Memang tak boleh di bayangkan kalau yang buruk tu yang jadi kan..lumrah manusia suka ber'kalau'.tapi banyak sangat ber'kalau' ni x elok abg Jr

    ReplyDelete
  4. Hmmmm... artikel ini nampak mcm nk perli bapa menteri kita yg bermain golf di hawaii ketika rakyat ditimpa musibah pulak...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum JR

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
  6. banyak ujian yg JR dah alami di rumah itu kan...
    saya klik pautan tu, tak ada lah JR..

    dan pernah tak JR tulis cerita pasal kena samun tu? nak juga saya membacanya..

    selamat tahun baru buat JR sekeluarga :)

    ReplyDelete
  7. pengalaman memberikan pelajaran yg terbaik.

    saya sama dgn Daddy Ziyyad jugak..tak boleh klik link yg diberikn tu..

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulillah DIA gerakkan hati dalam usaha menyelamatkan anak ketika itu..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah jr n family selamat ... seriau baca cerita ni .

    ReplyDelete
  10. Bergenang airmata empati dengan keadaan yang diflashback kembali.. moga kejadian itu tidak berulang lagi.. alhamdulillah, naluri kebapaan menyelamatkan anak ke4.. syukurlah semua jiwa selamat.. itu yang paling penting

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....