»

22 January 2015

Makhluk Halus??


Masa joging kelmarin terjumpa dengan rakan jogger yang bercerita tentang anak kecilnya berusia 2 tahun yang selalu menangis menjelang malam. Biasanya anaknya itu akan menangis tak henti-henti sampai 1-2 jam dan ia sangat mengganggu dia dan isteri. Dia dah puas berubat dengan perubatan moden dan tradisional tapi Allah belum mengizinkan anaknya sembuh.

Tiba-tiba JR teringat anak nombor 5 kami yang pernah mengidap satu penyakit misteri ketika dia berusia lebih kurang 2 tahun.  Kejadian itu bermula pada suatu hari setengah jam sebelum maghrib apabila tiba-tiba anak lelaki JR bernama Farhan tak dapat bergerak. Anggota kakinya seperti lumpuh menyebabkan dia tak dapat bangun langsung. Anggota tubuh lain pula dapat digerakkan seperti biasa, cuma kaki saja (kedua-dua belah) tak dapat bergerak. 

Selepas menyapu minyak angin, menjelang isyak Farhan dapat bergerak semula...Alhamdulillah!!

Kami ingat masalah itu selesai di situ tapi rupanya tidak. Esoknya kira-kira setengah jam sebelum maghrib, sekali lagi kaki Farhan menjadi seperti lumpuh. Kalau dia nak ke bilik air atau nak ke dapur terpaksalah digendong sebab kakinya tak dapat digerakkan langsung. Dan menjelang isyak kakinya pulih seperti sediakala.

Selepas 4 hari berturut-turut dia diserang penyakit yang sama dan pada waktu yang hampir sama, JR dan isteri membawa Farhan ke Hospital Alor Setar. Lebih kurang seminggu juga dia menerima rawatan di wad pediatrik hospital itu. Selama Farhan di sana dia menerima rawatan daripada beberapa doktor pakar saraf, fisioterapi, ortopedik dan entah apa lagi kumpulan pakar yang cuba mencari punca penyakitnya. Berbagai ujian dilakukan terhadapnya, banyak sampel darah diambil untuk diagnosis.

Tapi selepas lebih kurang seminggu keadaan Farhan masih tak berubah. Bila hampir maghrib kakinya lumpuh tiba-tiba selama kira-kira sejam dan lepas itu pulih seperti sediakala. Doktor sendiri tidak bersedia dengan jawapan yang orang biasa seperti JR faham apa sebenar sakitnya...

Akhirnya Farhan dibenarkan keluar dari hospital. Ketika keluar seorang doktor lelaki yang berpenampilan alim menasihatkan JR dan isteri supaya mencuba perubatan alternatif. Masih ingat kata-katanya: "ilmu perubatan yang dikuasai manusia terlalu kecil berbanding ilmu Allah,  teruslah berikhtiar untuk berubat kerana Allah akan sentiasa membantu hambaNya yang tak berputus asa"..

Beberapa hari kemudian atas nasihat bapa mentua, kami membawa Farhan pergi mendapat rawatan di rumah seseorang tak jauh dari pekan Changlun. Kebetulan orang itu ada hubungan darah dengan ipar JR, jadi mudahlah untuk kami ke sana.

Kami sampai ke rumah Pak Puteh sebelum masuk waktu asar. Ketika itu Farhan masih boleh berjalan kerana kakinya cuma akan menjadi lemah ketika masuk waktu maghrib. 

Masuk saja ke rumah, belum lagi kami duduk, Pak Puteh telah bersuara, "Anak sakit kaki ka??"

Terkejut juga kami, belum diberitau Pak Puteh, dia dah terlebih dulu dapat meneka apa penyakit anak JR.

"Tak nampak dia macam sakit pun!!" kata lagi Pak Puteh sambil memanggil Farhan yang ketika itu sedang lasak berlari ke setiap penjuru rumah. Kami beritau Pak Puteh penyakit itu cuma menyerangnya pada waktu menjelang maghrib saja.

Pak Puteh kemudian mengurut-ngurut kaki Farhan sambil mulutnya terkumat kamit membaca doa..

"Dekat-dekat maghrib baru-baru ni ada bawa budak ni masuk hutan tak??" tanya Pak Puteh.

"Ada juga bawa dia sekali pi bersih tanah dusun yang baru kami beli tu" terang JR, "Kami pi lepas asar bersihkan kebun tu,  bila dengar azan maghrib barulah kami balik ke rumah"

"Haaa... tu lah sebabnya!! Budak ni dah terpijak anak jin kat hutan tu! Anak jin tu tak boleh jalan lepas kena pijak, sebab tu mak bapa dia marah, depa kenakan balik budak ni...Lain kali dekat-dekat maghrib jangan biarkan budak-budak masuk hutan, kita tak tau apa ada dalam hutan."

"Habis apasal anak saya cuma tak boleh berjalan pada waktu dekat-dekat maghrib saja? Masa lain kakinya OK pun..?" tanya JR.

"Makhluk halus tu biasanya dia akan balas dendam pada waktu yang sama depa disakiti. Kalau manusia sakitkan depa lepas zohor, setiap kali lepas zohor orang yang sakitkan makhluk tu akan rasa sakit, kalau lepas asar, lepas asarlah.."

Ooooo... gitu pula, pandai juga makhluk halus tu bermain dengan masa?? Agaknya jin pun masuk kelas sains dan geografi kot???

Pak Puteh kemudian menjampi sirih pinang, memberi air untuk diminum Farhan dan air yang sama juga perlu dijelum ke kepala Farhan setiap kali selepas mandi dan sebelum masuk tidur.

Selepas beberapa hari mengamalkan 'ubat' yang diberi Pak Puteh, suatu hari kami sangat gembira bila Farhan tidak lagi menghadapi kelumpuhan sementara menjelang maghrib seperti sebelumnya hinggalah sekarang. Alhamdulillah...

Benarlah kata doktor pediatrik itu, ilmu perubatan manusia sangat terbatas berbanding ilmu Allah. Apa yang penting jika anak-anak sakit, sebagai ibu bapa kita tak perlu berputus asa dan sentiasa berikhtiar berubat, insyallah Allah akan tunjukkan jalannya....

                     
                                Alhamdulillah, Farhan sudah besar sekarang...

tapi sebenarnya cuma ilusi....

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Sekarang

Copy and WIN : http://bit.l
Sekarang Farhan dah besar, tak mungkin hilang kat gerai lagi..haha

Copy and WIN : http://bit.ly/copy


Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win


Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

13 comments:

  1. Masalahnya kadangkala kita ni konon kerana terlampau moden, kita enggan percaya tentang adanya kes-kes p[enyakit yang tak boleh diubati dengan perubatan moden.

    Tapi janganlah pulak percaya sampai jatuh syirik atau sebagainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Cik... kita kadang nak menolong tapi orang yg nak ditolong tu tunggu dia percaya baru nak buat... padahal isterinya dah teruk terlentang bertahun2... cemana tu yer...

      Delete
  2. Alhamdulillah. Dah besar anak Bro JR sekarang.
    Terima kasih untuk ilmu baru berkenaan masa attack di waktu Maghrib tu.

    ReplyDelete
  3. Betul JR. Saya pun selalu nasihatkan patient.
    Apa2 pun perubatan yang kita pilih. Kita kena yakin yang penyembuhnya hanya Allah. Jadi, kembalilah pada Allah. Sebab, patient pernah tanya saya kenapa dah makan macam2 ubat tapi kencing manis & darah tinggi masih tak terkawal? Makan pun dah pantang. Saya tanya, adakah dia dah memohon dari Allah? Dia terus senyap.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..
    Kalau kat kampung memang tak berani nak keluar dekat waktu maghrib..
    Confirm kena bebel..

    ReplyDelete
  5. Itu sebab terpijak anak jin..
    Kalau bapak jin yang dipijak nya? hahahaha..
    apa apa pun, ilmu alam ghaib ni, mmg misteri...berusahalah kita selaras dgn tuntutan agama.. ..kalau saya yg check anak JR pun, saya akan minta dia berubat dgn ustaz

    ReplyDelete
  6. baca entri terasa nk up entri baru lebih kurang camni gak.dok teragak2 nk karang tkut org x caya plak....esok lusa leh up nmpknya

    ReplyDelete
  7. tau pulak pak puteh meneka niat dan tujuan JR ye.. ; nasib betul kalau sebaliknya adakah JR nak meneruskan rawatan pada masa tu.. :)

    ReplyDelete
  8. maknanya betul la orang tua2 dulu kata kalau petang nak dekat manghrib tu jangan dok main kat luar takut diganggu jin sebab waktu tu jin banyak keluar..ye la kot..kan??ke mitos je tu?/hehhe

    ReplyDelete
  9. sebenarnya perkara yg berlaku pada waktu maghrib mmg ada kaitan dgn jin sbb waktu tu adalah waktu mrk bangun dr tidur ... klu jr on kan ayat rukyah pd masa tu , akan ada tindak balas berlaku ... bab jin tau ilmu sains atau geografi tu , jgn terkejut klu jin tau lbh byk dr manusia sbb mrk hidup lbh lama dr kita ... ni klu saya story lbh , dah jadi lain dah nanti ...

    ReplyDelete
  10. betul tu jr...yan pun masih berusaha untuk sembuh..dah 2 tahun menangung sakit :-((

    ReplyDelete
  11. saya percaya dengan benda2 halus... selalu juga saya ingatkan teman atau saudara, masuk petang jer terus duduk dalam rumah... nak keluar lepas maghrib sebab masa kita siang dia malam, masa kita malam dia siang... jadi masa pertukaran jangan bertembung... tapi anak2 moden susah nak dengar kata selagi tak nampak...

    ReplyDelete
  12. Membongkar Rahasia Paranormal Gadungan :

    - Sedot Makhluk halus menarik mahkluk halus dan dimasukkan botol.

    - Sedot darah dengan totok jari

    - Sedot penyakit dengan media telur

    - Tarik santet dengan Tangan kosong sang ahli penyembuh tiba - tiba dapat mengeluarkan benda - benda tajam seperti paku

    - Surban / kain bertuah yang dimiliki Paranormal yang dikatakan mempunyai kekuatan gaib

    - Keris beraura ketika dikeluarkan dari rangkanya memancarkan aura sinar

    - Tangan tidak basah dicelup air

    - Disiram air keras

    - Makan silet dan beling

    - Mandi beling

    - Dililit petasan sekujur badan

    - Anti Bacok

    - Makan bara api


    http://pelatihanintienergi.com/pelatihan-ilusionis.php


    0812 8202 7639 / 085 777 269 266

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....