Dalam khutbah Jumaat kelmarin, khatib di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar mengingatkan makmum supaya besederhana dalam menyambut Maulidur Rasul. Katanya apa yang penting bukan kemeriahan sambutan atau perayaan tapi pengisian dan penghayatan agama Allah itu sendiri.
Khatib mengingatkan makmum supaya jangan ikut gaya Abu Lahab merayakan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Disebabkan terlalu gembira dengan kelahiran Muhammad, Abu Lahab mengorbankan 100 ekor unta miliknya untuk penduduk-penduduk Mekah. Begitulah cara Abu Lahab menyambut dan merayakan kelahiran orang yang disayanginya ketika itu.
Tapi 40 tahun kemudian selepas Nabi diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab telah menjadikan Nabi sebagai musuh nombor 1 nya, dia bukan saja engkar perintah Allah dan RasulNya, malah Abu Lahab telah melakukan apa saja untuk memusnahkan agama Allah.
Oleh itu kata khatib, tak perlulah kita berperangai seperti Abu Lahab. Tak perlulah merayakan kelahiran Nabi berlebih-lebihan tapi dalam masa yang sama tak mengikut ajaran Allah dan mengingkari sunnah Rasul. Kalau kita cuma merayakan kelahiran Nabi tapi dalam masa yang sama tak mengikut akhlak Nabi, tak beribadah seperti Nabi, tak berpakaian seperti yang diperintahkan agama, apakah bezanya kita dengan Abu Lahab??
Salam Maulidur Rasul 1436 H. Semoga semua kita bukan sebahagian dari edisi Abu Lahab 1436...
tepat sekali!bukan sekadar sambut sehari, pastu lupa terus.
ReplyDeleteSaya juga terkesan dengan entry yang saya buat hari ni..
ReplyDeletememang menjadi tuntutan dalam islam untuk bersederhana dalam banyak perkara.
ReplyDeleteterbaik betul khutbah tu JR..
ReplyDeleteMmg betul,jangan kita jadi macam Abu Lahab.
terbaik peringatan..sebeb itu hari ini ..di blog Etuza kita klik selawat tu..nasyid lain tak apa ..sebeb vedio kat blog Etuza ada muatkan nasyid lain..apapun first vedioa selawat ke atas nabi..
ReplyDeletedi kampung sebelah Isteri ..majlis bacaan yasin..tak ada lah sambut cara lain ..melainkan imarahkan kehebatan pemimpin kita nabi junjungan..di rumah etuza juga ada bacaan yasin dan orang rumah masak bubur kacang hijau ja...dan anak masak kek ja JR
ReplyDeleteMeraikan maulid nabi merupakan syiar Islam di Malaysia. Dalam masa yang sama pendidikan agama yang betul juga perlu ditekankan.
ReplyDeleteBagi saya ianya umpama pokok besar. Keteguhannya berpunca dari akar tunjang.
termenung sejenak bila membaca ayat yang abu lahab pernah menyayangi nabi muhammad sampai mengorbankan 100 unta...
ReplyDeletebetul juga yer jr...kadangkala kita kata sayang nabi sayang agama islam...tapi sendiri alpa akan perintahnya...kerdilnya terasa diri ni....
Pengisian tu yg lebih penting drpd upacara-upacara ritual tanpa pengisian.
ReplyDelete