Satu segi, JR sokong apa yang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ni buat:
Tapi pegawai-pegawai Jawi yang rumah mereka mesti ada TV (ada ke rumah di Malaysia yang tak ada TV??) tentu juga sedar adegan peluk memeluk antara lelaki dan perempuan bukan muhrim ini hari-hari kita nampak dalam TV di rumah kita. Kalau satu hari ada 10 drama Melayu, dalam 7 drama (kalaupun tak semuanya) mesti ada adegan peluk memeluk ini. Malah adegan peluk memeluk bukan muhrim dalam drama Melayu ini bukan berlaku baru minggu lepas, bukan baru berlaku sebulan lepas tapi dah berpuluh tahun yang lepas berlaku masa budak-budak Melayu yang memeluk artis K-Pop tu belum lahir lagi!
Tak tahulah apa yang pihak berkuasa agama kita buat selama ini kerana perkara ini dah lama berlaku. Untuk bersangka baik, mungkin kita boleh kata Jakim dan Jawi pernah tulis surat kepada pihak pengurusan TV meminta adegan peluk memeluk bukan muhrim dipotong, tapi surat mereka tak dilayan pihak pengurusan TV? Begitu ke..?
Kadang-kadang generasi muda kita ini pikir kejadian peluk memeluk bukan muhrim bukan satu kesalahan kerana ia telah berpuluh tahun berlaku di depan mata mereka sendiri sejak TV ada di rumah mereka. Jika adegan peluk memeluk bukan muhrim antara pelakon-pelakon drama Melayu bukan satu kesalahan, mungkin ada wanita yang berpikir apa salahnya mereka memeluk artis Korea? Bukankah artis lelaki Korea dan artis lelaki Melayu sama-sama jantan, sama-sama bukan muhrim?? Mengapa ada lelaki yang boleh dipeluk sejak berpuluh tahun dulu dan ada pula lelaki yang tak boleh dipeluk 4 hari lepas?? Atau adakah peluk lelaki Melayu tak salah tapi peluk lelaki Korea salah??
Kalau lepas ini ada pelakon-pelakon drama Melayu yang berpelukan di TV dipanggil mengadap Jawi barulah nampak JAWI bekerja seperti yang sepatutnya... Masalahnya bukan kerana tudung dan bukan juga K-Pop, kerana hukum Allah tak kira K-Pop atau Melayu Pop, perkara yang salah tetap salah...
Itu jugalah yang kakcik maksudkan dalam catatan kakcik di blog...
ReplyDeletebila tokoh wanita vvip melayu cium artis bollywood di genting dulu, kemudian tokoh yang sama peluk lee chong wei tak teringat pula jawi ke jakim ke nak pergi tangkap vvip tu. ada berani ke tangkap dia atau nasihat dia??
ReplyDeleteentahlah JR ada sahaja pelik berlaku di negara kita masa ini..sukar di bendung anasir pengaruh ni...
ReplyDeletemasalah dgn penguatkuasaan undang2 di malaysia ni ialah 'double standard'.... org2 biasa buat salah, cepat je ambil tindakan tetapi kalau org yg berpengaruh buat salah dibuatnya mcm tak nampak ajee.
ReplyDeleteMereka hanya nak tunjukkan yang mereka buat kerja kot, sbb tu nak panggil budak2 tu serah diri. Kesian dgn anak2 zaman sekarang. Pemikiran dan dikelirukan dgn keadaan sekeliling. Peluk dlm tv boleh. So, kenapa dia peluk KPop takleh?
ReplyDelete